Iklan

Ahad, 20 Oktober 2013

Resipi Mudah Sambal Telor

Harini saya nak berkongsi resepi turun temurun keluarga saya iaitu sambal telur. Resipi ini amat mudah disediakan dan sesuai dimakan dengan kebanyakan menu dan disukai oleh semua lapisan umur. Resipi ini sesuai dijadikan sarapan digandingkan dengan bubur nasi atau boleh juga untuk makan tengahari dan malam dengan lauk-pauk lain seperti masak kari, masak kicap dan sebagainya atau boleh juga untuk minum petang dicicah dengan roti atau lempeng.
 
Mula-mula kita kena menyediakan bahan-bahannya. Menu ini sesuai untuk keluarga yang beranak kecil atau keluarga besar dan yang paling penting ringkas disediakan dengan bahan-bahan yang mudah. Bila para suri dah biasa memasak menu ini, bahan menu boleh ditambah atau dikurang seperti nak lebih banyak bawang atau telur.

Bahan-Bahannya :
 

Bawang merah kecil (6 ulas)
Bawang putih (4 ulas)
Telur 4 biji (untuk 7 orang makan)
Cili mesin (5 sudu besar)
Garam, gula, perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :

Bawang-bawang tersebut ditumbuk dan setelah minyak panas ditumis sehingga naik bau. Setelah masak dimasukkan cili mesin dan tumiskan lagi sehingga cili tersebut pecah minyak. Saya biasanya menumis cili ini lama sedikit supaya sambalnya tahan lama dan lebih sedap. Apabila cili masak, letakkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
 



Setelah dikacau kecilkan api dan pecahkan telur ke dalam sambal. Tunggu sehingga telur masak barulah dikacau agar sebati dan dibiarkan sehingga nampak masak telurnya dengan api yang kecil.

Jika ingin tambah serbuk perasa boleh letak waktu ini ini, dikacau dan ditutup api. Sambal telur sedia dimakan bersama keluarga anda. 
Kalau makan dengan bubur nasi (kami panggil nasi lembik sebab tidak berkuah) macam inilah rupanya. Letak kicap dan boleh tambah dengan ikan goreng atau ikan masin.
 
Harap para suri di rumah dapat mencubanya. Resepi ini menjimatkan masa, bahan-bahannya senang didapati,  masakannya mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga. Selamat Menjamu Selera!
 
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971

2 ulasan:

  1. walaupun mudah...terliur juga menengoknya...

    BalasPadam
  2. Kami sekeluarga suka makan sambal simple ni. Sebagai seorang ibu memang memudahkan kerja saya (haha..)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...