Iklan

Selasa, 22 Oktober 2013

Pesona London Di Hati Kami (Bhgn 1)

Sungguh tak dirancang tiba-tiba pada cuti sekolah di pertengahan bulan Disember 2012 kami sekeluarga berangkat ke kota famous London. 2 minggu sebelum bertolak semua persediaan dibuat terutamanya pakaian sejuk. Bercuti keluar negara ketika musim sejuk memang tinggi kosnya ditambah dengan `rakyat jelata yang ramai'. Percutian pada waktu begini hendaklah mengambil kira kos pakaian kerana kesejukan melampau sehingga negatif darjah Celcius tidak seperti di tempat kita, kos makananpun akan bertambah disebabkan cuaca sejuk, kos pengangkutan kerana kami menyewa kenderaan khusus untuk keluarga dan kos-kos tersembunyi yang lain.
 
Penerbangan dari KLIA Malaysia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow London memakan masa 10 jam. Mujur anak-anak tidak banyak karenah cuma kepenatan berada lama dalam pesawat. Pelbagai perasaan bersilih ganti, rasa teruja yang amat sangat menemani kami semua walaupun masing-masing agak kepenatan. Setibanya di Heathrow, pemeriksaan beg dibuat dengan menggunakan anjing polis. Selesai dengan urusan imigresen (saya berpandangan imigresen Malaysia lebih sistematik dan cekap), seorang rakan suami telah menunggu kami membantu mengangkat bagasi ke sebuah MPV. Anak-anak berseronok dan berebut-rebut bercakap untuk menunjukkan asap keluar dari mulut mereka.
Kami terus dibawa ke penginapan kami, sebuah apartmen 1 bilik di Vancouver Street. Apartmen tersebut walaupun agak kecil untuk kami sekeluarga 7 orang namun semua kemudahannya lengkap. Malah di ruang tamu sofanya akan menjadi katil di malam harinya. Di dapur, peralatan memasak semuanya lengkap cuma bawalah sabun thoharah untuk menyamak terlebih dahulu. Di sini kami banyak memasak kerana telah membawa stok-stok segera dari Malaysia seperti sardin, kari ayam, sup, maggi dan macam-macam lagi.
 
Oleh kerana kami tidak melalui pihak travel maka urusan perjalanan diuruskan kami sendiri dengan bantuan rakan-rakan suami. Kebetulan suami mempunyai program di London dan kami turut menyertainya. Disebabkan sebelum itu sayapun sibuk bekerja maka kami tidak sempat menelaah dan membuat rujukan mengenai kota London. Keesokan harinya kami telah pergi ke Westminster Abbey, Menara Jam Big Ben, London Tower Bridge, House of Parliament, Kensington Garden dan Hyde Park. Tempat-tempat ini tidak jauh dari kediaman kami, lebihkurang dalam 10 ke 15 minit jika tidak sesak di jalan raya. Bas-bas di kota London amat berdisiplin dan hampir kesemuanya on time. Tidak susah untuk menaiki bas tetapi kena pastikan nombor bas dan tempat yang dituju. Jika sering menaiki bas eloklah membeli tiket kerana tidak perlu mencari duit syiling pound di dalam bas. Bagi saya pengangkutan bas dan tube (keretapi  laju bawah tanah) di kota London amat convenient. 
 
Nampaknya tiada rezeki kami kerana hari yang kami pergi guard tidak bertukar. Ia bertukar selang sehari dan ada majlis pertukaran guard yang boleh pengunjung saksikan. Oleh itu kami hanya mengambil gambar di kawasan sekitarnya sahaja.
 
 
 
 
 Guard dok diam2 kat dalam
 Jam besar yang terkenal Big Ben
Gereja Westminster Abbey tempat William dan Kate berkahwin
 
 
 Tower bridge London
 
 
 
                                                       Memorial Walk  Princess Diana


 Dah letih, pakat dok rehat sat
 
Kami sempat singgah bergambar di Royal Albert Hall, tempat artis terkenal dunia mengadakan persembahan. Artis Malaysia yang pernah mengadakan persembahan seperti Siti Nurhaliza dan Allahyarham Sudirman Hj Arshad.
Pada hari pertama kami bersiar-siar ini, kami banyak mengambil gambar dan menikmati pemandangan di kota London. Tiada apa yang kami beli lagipun matawang pound agak tinggi, 1 pound bersamaan lebih kurang RM5.00. Barang-barang cenderamata di kawasan ini harganya juga mahal. Selepas puas berjalan-jalan kamipun balik ke rumah nmenaiki bas London untuk apa lagi, makanlah. Sejuk-sejuk ni kenalah isi perut.
 
         Dah kelaparan semua dalam bas kat tingkat 2
 
Dalam perjalanan balik naik bas London terserempak kami dengan keluarga Melayu dari Singapura yang bercuti ke Paris tetapi sedang berjalan-jalan di London. Jadi kat tingkat 2 tu semua orang Melayu. Ok, nantikan sambungan akan datang mengenai kisah percutian kami ke London.  Sampai jumpa lagi!

1 ulasan:

  1. Ok..no problem Tuan Rafiq. Untuk makluman rakan2 blogger yang ingin ke London, harga hotel memang agak mahal, elok juga dapat tinggal di penginapan yang menepati bajet masing2.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...