Iklan

Jumaat, 18 Oktober 2013

10 Tips Cari Kepuasan Diri Suri

Salam kepada semua pembaca. Siang tadi saya mendapat mesej dari guru saya www.zailabinimdae.com untuk mengkhatamkan bacaan ebook asas blog. Malam ini (dah pagilah!) saya sanggup tidur lewat untuk menelaahnya. Wow! Kandungannya membawa saya ke satu lagi cabang bisnes lain iaitu ebook melalui penulisan harian di blog. Rupa-rupanya ada kaedah dan strateginya. Sebab itulah kita disarankan berguru apabila menuntut ilmu. Saya fikir saya akan menyahut seruan membuat ebook sendiri suatu masa nanti. Setakat ini sebagai murid baru di dunia blog ini, saya gembira dapat berkongsi cerita, pengalaman dan serba sedikit bisnes yang mudah untuk para suri ceburi.
 
Apa yang boleh saya kongsikan pada pagi ini ialah I'm feeling happy. Perasaan gembira ini menuntut pengorbanan agar berjaga hingga lewat malam, menulis coretan ini untuk memberitahu semua para suri tentang tips mencari kepuasan diri.
  
Sebagai seorang suri amat penting untuk kita mencari kepuasan diri sendiri bukan pentingkan diri sendiri. Berbeza ya! Saya bekerja di pejabat selama lebih 15 tahun dengan pelbagai rasa dalam kehidupan dan arena pekerjaan. 5 tahun pertama sudah tentu gembira dan berpuashati kerana dikurniakan pekerjaan selepas tamat pengajian, melangsungkan perkahwinan, merancang kerjaya dan masa depan, dikurniakan cahayamata, ada ramai kawan-kawan dan bekerja dengan riang. 5 tahun kedua sudah mulai menurun kepuasannya kerana anak-anak sudah ramai dan menuntut perhatian sewajarnya, pembantu atau pengasuh kadangkala memberikan masalah dan mulai menghadapai tekanan di tempat kerja. 5 tahun ketiga bertambah-tambah tekanan kerana diberikan tanggungjawab lebih berat, sering balik lewat dan outstation, anak-anak semakin membesar yang perlu diperhatikan, penyakitpun mula menyinggah diri, sudah mula memikirkan masa depan keluarga dan hidup yang kekal abadi yang sering bermain di ingatan. Akhirnya saya mengambil keputusan bersara awal.
 
Kenapa saya ceritakan diri saya? Saya ingin menunjukkan suri mesti mempunyai semangat yang kuat, keghairahan terhadap apa yang diinginkan dan fokus tentang matlamat yang ingin dicapai. Apabila berada dalam fasa ke 2 dan ke 3, fokus saya telah beralih arah. Pekerjaan bukan merupakan minat utama saya kerana perhatian kepada keluarga lebih utama. Oleh itu, pekerjaan saya rasakan tidak lagi menggembirakan walaupun imbuhan gaji yang lumayan.
 
Setelah berhenti, saya menjadi surirumah sepenuh masa dan masih tidak mencapai kepuasan sebenar apabila dibebani dengan pekerjaan di rumah yang masyallah tidak pernah henti. Akhirnya, saya membuat keputusan bekerja semula dengan harapan saya menjumpai kepuasan diri. Ya, saya baru memahami kepuasan diri itu letaknya pada diri sendiri. Saya bertemu kepuasan diri bukanlah kerana saya mendapat keuntungan beribu-ribu. Saya faham nikmat bersyukur yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Saya akhirnya 'berkuasa' menentukan masa saya sendiri (kecuali yang ditakdirkan Allah), saya bebas merancang kehidupan saya setiap hari, saya dapat memperhatikan anak-anak tanpa hambatan kerja, saya menjadi diri saya yang sebenar. Saya meneruskan minat berniaga dengan kadar kemampuan dan dengan keghairahan untuk berjaya dan bahagia. Saya tidak mahu hilang fokus kerana keluarga masih merupakan keutamaan dan dengan kerjaya tambahan secara sambilan membantu saya mencapai kepuasan diri.
 
Ini bukan bermakna suri mesti berhenti bekerja untuk mendapat kepuasan diri. Bagi mereka yang berkerjaya hendaklah cari kepuasan diri dalam bekerja, tentukan fokus semula bagi mengelakkan rasa ketidakpuasan bercambah. Atasi tekanan yang ada untuk kekalkan semangat dan motivasi yang tinggi. Bagi suri yang tidak berkarier adalah penting mencari kepuasan diri agar sentiasa hidup kita berseri kerana ada taman di dalam hati. Membuat kerja-kerja rutin di rumah hendaklah diserikan dengan hobi dan carilah keinginan memuncak anda untuk sentiasa rasa gembira di rumah. 
 
Secara ringkasnya tips untuk kepuasan diri suri itu mestilah pertama selalu berdoa dan memohon kepada Allah sebagai tempat bergantung, kedua tentukan matlamat diri, ketiga wujudkan keghairahan dan keseronokan, keempat fokus terhadap matlamat tersebut, kelima sentiasa berfikiran positif dan mencari rakan-rakan positif, keenam sekali-sekala cabar diri dengan impian baru, ketujuh jadikan hobi sebagai pemangkin keghairahan tersebut, kelapan libatkan ahli keluarga dalam sasaran matlamat tersebut supaya perkongsian kejayaan akan lebih seronok bersama mereka yang tersayang, kesembilan sentiasa membantu orang lain dan kesepuluh sentiasa beri semangat dan motivasi diri sendiri. Apabila kita puas dan bahagia, aura kebahagiaan itu akan menyinari orang-orang di sekeliling kita.
 
Penting sangat ke kepuasan diri ini? Memang penting kerana kepuasan diri, hidup kita akan menjadi lebih bererti. Ibarat senyum satu atau dua menjadi senyum tiga. (Cuba senyum dan sebut nombor) Kepuasan diri ini juga menjadi momentum kepada setiap aktiviti kehidupan para suri. Hidup di dunia hanya sekali, carilah kepuasan diri anda supaya hidup lebih bahagia, tenang, diredhai dan diberkati.
 
 
#Sesiapa yang berminat dan ingin rasa gembira dengan menulis sambil berbisnes, bolehlah menyertai kami di Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage.  Anda boleh hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com.
#Untuk melihat contoh blog, layari http://www.azhanaam.blogspot.com.
#Untuk melihat contoh fanpage di facebook, taip Miracle4U atau Sihat Melalui Makanan Sunnah atau klik www.facebook.com/pages/sihatmelaluimakanansunnah
#Sekiranya anda  mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan produk, testimonial atau kedai anda, bolehlah iklan di http://www.sohodirectory.blogspot.com

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...