Iklan

Isnin, 16 Februari 2015

Kembara Singkat di Dublin, Ireland

Syukur..alhamdulillah sekali lagi saya diizinkan Allah mengikut kembara singkat melawat ke salah sebuah negara di bumi Allah ini. Kali ini saya sempat singgah ke Ireland. Tempat yang dituju ialah Dublin. Matawang Dublin menggunakan Euro bukan pound. Hanya Ireland Utara termasuk di bawah United Kingdom manakala Ireland tidak. Selama 13 jam penerbangan terus dari Malaysia ke London menyebabkan saya rasa letih kerana duduk terlalu lama. Selesai tidur, makan, menonton, begitulah berulang-ulang. Lega apabila flight sudah menjengah airport Heathrow. Sepatutnya kami hanya transit sebentar dan terus ke terminal 1 dan menaiki flight ke Dublin. Proses perjalanan di imigresen London amatlah kurang memuaskan. Queue yang panjang, semakan yang agak lama malah mahu ke Terminal 1 juga jauh dengan menaiki bas. Mungkin lapangan terbangnya sudah berusia tidak seperti KLIA yàng masih baru. Walaupun sudah dimaklumkan kepada pegawai mereka bahawa masa flight kami agak suntuk tetapi tiada maklumbalas atau tindakan untuk memberi laluan kepada kami. Sebenarnya bukan sahaja kami malah beberapa penumpang lain yang sama destinasi seperti kami. Akibatnya kami terlepas flight. Yang bagusnya mereka memberikan flight percuma untuk waktu penerbangan yang lain. Yang tidak seronok, kami berkampung hampir separuh hari di terminal 1 tersebut dan mengganggu jadual perjalanan yang diaturkan.

Cuaca bulan November sudah menjengah ke musim sejuk. Menaiki Aer Lingus, flight domestic Ireland seperti menaiki Firefly. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Sesampainya kami di bumi Ireland, kami disambut dengan hujan renyai-renyai. Rasa penat hilang apabila melihat kota Ireland yang pertama kali dijejaki. Ia nampak seperti bandar Eropah lain yang tampak lama tidak seperti bangunan di Perth. Di Dublin berbeza masa lebihkurang 8 jam dari waktu di Malaysia.


Kami dibawa ke hotel tidak jauh dari bandar Dublin. Saya memang terlupa dengan nama hotel tersebut. Memang selesa dan di hadapan hotel kami ialah tram yang kerap lalu mengikut jadual. Sempatlah juga saya bergambar sebagai kenangan. 



Malam itu kami dinner dengan wakil kedutaan Malaysia di restoran anak Malaysia berbangsa Cina, restoran Nyonya. Menu makanannya sudah tentu menu Malaysia tetapi restoran tersebut penuh dengan aksesori keCinaan. Oleh sebab terlalu penat di siangnya kami makan ala kadar sahaja. Lauk-pauk yang masih banyak dibungkus untuk pegawai dan pelajar.

Keesokan harinya terdapat program lawatan ke Kedutaan Malaysia dan di sebelah malamnya ada program bersama pelajar-pelajar Malaysia. Masa agak suntuk dan program agak padat menyebabkan kami tak dapat berjalan ke banyak tempat. Kami sempat berjalan-jalan di bandar Ireland sahaja. 

Hari kedua kami makan di restoran Langkawi. Pemiliknya anak Malaysia berbangsa Serani. Persembahan dan keenakan makan di Langkawi lebih menepati citarasa rombongan kami. Memang terbaiklah hidangan mereka malah lebih sedap dari setengah-setengah restoran di Malaysia.


Ramai juga pelajar Malaysia di sini. Ada yang mengambil jurusan perubatan, perakauanan dan lain-lain lagi. Malah ada di antara mereka yang terus bekerja di sini dan masih belum pulang kerana ingin mencari pengalaman kerja. Apapun situasi mereka, nampaknya kami menemui rakyat Malaysia yang masih kukuh identiti dan jati diri sebagai anak Malaysia. Syabas! Moga kalian menjadi rakyat yang cemerlang dan membanggakan negara serta agama.

Tidak banyak tempat yang dapat dikongsikan kerana tiada kesempatan untuk sesi jalan-jalan dan 'melontar'. Hanya gambar-gambar untuk kenangan yang sempat dititipkan di sini. Moga ada kesempatan untuk saya kembali lagi pada masa akan datang.


Sampai jumpa kembali Dublin!

5 ulasan:

  1. Seronok baca blog sis. asalam.saya orang baru dalam blog. Join la blog saya. shazwaniafiq.blogspot.com =)

    BalasPadam
  2. Wkmslm. Terima kasih. Sayapun orang lama yang baru juga berblogging, hihi...Insyaallah nanti saya ke blog sis;)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Seronok baca blog puan azz hana.. Lain kali singgah lagi.. Selama ni saya travel tak pernah cerita kat blog.. Senyap sunyi je blog tak pandai nak guna..

    BalasPadam
  5. Saya teringin sangat nak berkerja di dublin..adakah puan ada kenalan di sana yg boleh membantu saya?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...