Iklan

Selasa, 24 Jun 2014

Acar Ikan Masin, Sambal Hitam Mak Mi dan Sambal Hijau Sodap Yang Istimewa

Alhamdulillah...syukur kerana saya masih berpeluang menitipkan kata-kata di blog ini. Mulai bulan Mei dan Jun, saya banyak menerima tempahan Miracle Refreshing Spray (MRS) dan produk sambal hijau sedap oleh para suri sekalian. Kebetulan bulan Mei lepas adalah promosi MRS khusus untuk sambutan Hari Ibu, Hari Jururawat dan ulangtahun kelahiran Puan Ceo MRS kami. Jadi Hana LittleShop agak sibuk membuat promosi dan penghantaran tempahan.

Pada bulan yang sama, saya mula mempromosikan produk sambal hijau sodap yang memang sesuai kepada para suri yang bekerja di rumah mahupun yang bekerja di pejabat. Masakan sambal hijau secara `homemade' berasaskan dari bawang, cili dan ikan bilis ini memang sedap dan pedas. Boleh dimakan begitu sahaja kerana ia telah dimasak atau boleh dijadikan rencah dalam masakan. Harganya juga amat murah iaitu hanya RM10 sebotol.


Syukur juga kerana bulan Jun ini, kedai kecil secara maya iaitu Hana LittleShop telah berjaya memasarkan produk acar ikan masin. Ada 2 jenis acar ikan masin iaitu acar ikan masin talang yang berharga RM10.90 dan acar ikan masin kurau berharga RM14.90. Memang sedap poh paleh kata orang Pahang. Makanlah dengan nasi putih panas-panas atau dengan roti, memang sangat menyelerakan. Rasa manis, masam dan masin menaikkan selera sehingga bertambah-tambah nasi. Ia juga amat sesuai bagi mereka yang tidak boleh makan terlalu pedas. Acar ini juga antara yang paling laris dalam bulan Jun ini sehingga ikan masin talang telah kehabisan stok. Insyaallah bermula Ramadhan stok ikan masin talang kembali seperti biasa.

Satu lagi produk yang baru berusia seminggu di kedai maya Hana turut mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari para pengunjung di Karnival Gempak Puncak Alam pada 21 & 22 Jun baru-baru ini. Ia diberi nama Sambal Hitam Mak Mi. Boleh dimakan begitu sahaja kerana sudah dimasak dengan belimbing buluh, bawang dan cili. Ia dimasak ssecara `homemade' oleh Mak Mi dengan penuh kasih sayang. Sambal ini rasanya enak dan pedas. Harganya hanyalah RM13.00 sebotol. Murah bukan!

Dah tentu semasa bulan puasa ini anda akan tercari-cari sambal dan acar yang sedap dan boleh dibuat sahur serta berbuka. Tak perlu `survey' lagi dah kerana Hana LittleShop telah menyediakan yang terbaik untuk anda nikmati. Memang sambal hijau sodap, acar ikan masin dan sambal hitam Mak Mi ini amat sesuai untuk menjamu selera anda sekeluarga. Boleh sms/wassap Hana 0133510426 atau boleh juga email kepada azhana.am@gmail.com untuk sebarang tempahan.

Sampai jumpa lagi, semoga anda sentiasa ceria dan diberkati Allah selalu.

Salam sayang,
HANA
Hana LittleShop 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...