Iklan

Khamis, 24 April 2014

Sambal Hijau Sedap

Sebagai seorang suri di rumah, adakalanya datang juga mood kepenatan atau mood kemalasan atau keuzuran. Namun persediaan makanan anak-anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Jika ada kelapangan bolehlah beli `lauk tunjuk', tapi kalau membeli je tentulah muakkan. Cara mudah para suri kena standby beli pes segera, makan sejukbeku dan makanan kering yang tahan lama macam serunding.

Baru-baru ni saya mencuba satu sambal ni. Namanya `sambal hijau sedap'. Bila makan memang sedap gilerr.. Insyaallah, kalau tekak saya rasa memang best. Tak rugi saya membeli beberapa botol. Belumpun habis sebotol, rakan mukabuku dan rakan pejabat lama dan tempah pula. Rupa-rupanya sambal hijau nii punya ramai peminatlah.


Para suri tak perlu susah-susah nak menumbuk cili dengan ikan bilis. Semua dah siap sedia untuk dimakan sahaja. Kandungannya cili hijau, bawang dan ikan bilis. Rasa-rasa nak makan je cedok sesudu. Memang sesuai sangat dimakan dengan nasi putih panas-panas, dengan rotipun boleh. Kalau Cik Abang tak ada selera makan, eloklah disuakan sambal ni, mesti bertambah-tambah nasi. Bulan puasapun tak lama lagi, elok juga menjadi stok simpanan suri di rumah. Dari segi harga memang amat berpatutan, hanya RM10.00 sebotol.



Selain itu, ada satu lagi perkara yang mesti menggembirakan para suri di rumah ialah ia juga boleh dijadikan bahan dalam masakan. Contohnya suri nak memasak peria goreng. Tak perlu memotong bawang dan sebagainya. Cuma ambil sedikit sambal hijau dan tumiskan sekejap dan masukkan peria. Begitu juga kalau nak masak sambal petai. Tumiskan sekejap satu sudu sambal hijau, masukkan bawang besar yang dihiris dan masukkan petai. Nak buat masak lemak telurpun boleh masukkannya terlebih dahulu. Memang saya suka sangat. Amat menjimatkan masa, memudahkan para suri dan paling penting rasanyapun memang sedap.



Selain saya yang mengakui keenakan sambal hijau ini, ramai juga pelanggan-pelanggan lain yang menggemarinya. Pelanggan ini siap beli 3 botol lagi untuk simpanan di rumah.


Bermula dari seorang pengguna, akhirnya menjadi agen. Mana taknya ramai kawan-kawan yang order. Sambal hijau power ini memang menjadi kesukaan ramai. Siapa-siapa yang berada di Melaka boleh dapatkan stok sambal hijau ini di Restoran Cempaka Ria, dekat je dengan Tesco dan berhadapan stesen bas Melaka Sentral. Boleh tempah awal dengan wasap Abg Muz 0196800415. Mereka yang berada di sekitar Shah Alam, Klang, Subang dan Kota Damansara boleh sms/wasap saya Hana 0133510426.

Harga memang murah. Hanya rm10.00 sebotol. Buatan bumiputera, halal, sangat enak, pedas dan menyelerakan. Jom rasai kepedasan membara bersama Sambal Hijau Sedap !!!

Ahad, 20 April 2014

Testimoni Ekzema Miracle Refreshing Spray Yang Mengujakan

Syukur kepada Allah kerana dengan izinNya, seorang anak yang mengalami ekzema kembali sembuh. Sebagai pengedar dan agen produk Miracle Refreshing Spray (MRS), saya mestilah mahu produk ini dimiliki oleh semua orang. Ini tidak lain kerana mahu kebaikannya dikongsi dan dinikmati oleh semua.

Dalam satu group di muka buku, tiba-tiba saya terpandang rintihan seorang ibu berkenaan anaknya yang mengidapi ekzema. Disebabkan telah ada testimoni ekzema sebelum ini dengan MRS, jadi saya yakin dengan kebaikan MRS lalu mencadangkan kepada ibu berkenaan untuk mencuba produk MRS.

Alhamdulillah, tidak sampai seminggu telah mulai menunjukkan kesan yang positif. Ikuti maklumbalas yang saya terima dari ibu berkenaan.


Syukur kepada Allah yang menjadikan MRS sebagai asbab kepada kesembuhan anak ini. Bagi sesiapa yang ingin mengenali MRS dengan lebih lanjut, boleh like dan lawati page Miracle Refreshing Hana. Banyak testimoni yang datangnya dari pelanggan MRS sendiri. 

Miracle Refreshing Spray bebas dari bahan kimia, ia diadun dari bahan organik iaitu terdiri dari 3 kandungan utama iaitu minyak kelapa dara, minyak mint dan minyak aromaterapi. Gabungan 3 minyak ini telah membantu anak ini pulih dari ekzema yang dihadapinya. Lihat perubahan yang ketara pada wajahnya, alhamdulillah.

MRS didatangkan dalam 3 jenis botol untuk anda mencubanya iaitu 10ml, 30ml dan 50ml. Walaupun ia merupakan gabungan minyak namun ia tidak melekit dan berbau wangi. Untuk botol 10ml terdapat 3 pilihan haruman iaitu elegant, sweet dan lovely manakala botol 30ml dan 50ml terdapat 2 jenis haruman sahaja iaitu elegant dan sweet. Elegant menggunakan pati sunflower, berbau wangi dan lembut. Sweet pula menggunakan pati berries, berbau wangi yang kuat dan manis. Lovely pula diestrak dari pati bunga ros, sudah tentu berbau wangi seperti bunga ros. Yang paling seronok ialah ia boleh dibawa solat dan amat sesuai dengan semua golongan sama ada dari peringkat bayi hinggalah warga emas.
Anda boleh menghubungi Hana 0133510426 atau email kepada azhana.am@gmail.com untuk mendapatkan satu hari ini. Kami juga menawarkan program dropship bagi mereka yang berminat membuat bisnes sampingan tetapi dengan satu syarat iaitu anda hendaklah menggunakan MRS terlebih dahulu. Saya berharap semoga lebih ramai yang akan menggunakan MRS untuk diri dan keluarga mereka untuk rasa sihat dan segar sepanjang masa. Produk MRS ini bukannya fokus untuk melariskan jualan semata-mata tetapi ia ingin menambah nilai setiap orang dengan perkongsian kebaikan MRS. 

Sabtu, 19 April 2014

Resepi Terung Masak Berlada

Ramai juga yang suka resepi terung masak berlada atau disebut juga terung goreng bercili. Kebetulan anak ketiga saya, Ziyad tiba-tiba asyik teringin makan menu yang satu ni. Masa tu kami makan di Restoran Sari Ratu. Bila anak dah suka, ibupun apalagi mestilah mencari bahan-bahan untuk memasaknya. Tak sangka pula komennya, sambal ibu lebih sedap dari restoran. Haha...kembanglah hati si ibu dan bermula dari itu hampir setiap hari ibu memasak menu tersebut. 

Kebetulan juga ramai para suri yang suka dengan resepi terung masak berlada. Sifu saya dalam Akademi Bekerja Di Rumah, Cikgu Zaila turut memohon resepi semasa saya ada urusan di luar tempohari. Apalagi kami saling berwhatsapplah. Oleh sebab itu, untuk tidak menghampakan semua teman-teman yang dikasihi, saya nukilkan resepinya di sini.

Bahan-bahannya :

1. 3 batang terung panjang sederhana besar (terung bulatpun boleh)
2. Cili merah - 6-8 biji (boleh tambah 3-4 cili padi jika mahu pedas)
3. Bawang merah - 6 biji
4. Bawang putih - 4 biji
5. Bawang besar - Setengah/ 1 biji dihiris kasar (kalau mahu)
6. Sedikit ikan bilis atau boleh diganti dengan setengah kiub bilis (kalau serbuk dalam 1 sudu kecil)
7. Sedikit gula dan garam

#Bahan-bahan ini boleh disesuaikan banyaknya mengikut banyak mana terung yang dimasak. Practice and adjust will make perfect, insyaallah.

Cara Memasaknya :

Terung tersebut bolehlah dihiris menyerong atau menegak, kecil atau besar mengikut kreativiti masing-masing. Semasa memotong lihat juga kalau ada yang busuk di dalamnya dan perlu dibersihkan. Biasanya terung panjang jarang yang rosak, terung bulat yang mudah rosak di dalamnya. Kami suka terung yang panjang kerana yang bulat sedikit keras jika tidak dimasak lama. Setelah dibasuh, terung digoreng dengan sedikit minyak atau boleh juga diibakar menggunakan kuali yang tidak melekat. Setelah masak, asingkan ketepi.

Dengan menggunakan minyak yang sama, kita bolehlah menumis bahan-bahan lain. Kalau minyak banyak, keluarkan dahulu sebahagian. Bawang merah, bawang putih dan cili merah ditumbuk atau dimesin kasar (jangan mesin terlalu hancur seperti mesin cili kering). 


Tumiskan kesemua bawang tersebut, masukkan juga kiub ikan bilis/ ikan bilis dan bawang besar. Api jangan terlalu besar dan dikacau-kacau sehingga masak dan nampak sedikit garing. Bolehlah tambahkan garam dan gula secukup rasa. Semua bahan dalam kuali dikacau agar sebati dan akhirnya dimasukkan terung-terung tadi. Gaul balikkan terung dan bahan tumisan dan masakan anda sudahpun selesai. Bolehlah dihidangkan buat keluarga tersayang.


Taraa... dah siappun. Senang je.. kan! Bolehlah tunjukkan skil anda di depan suami, anak-anak, ibu bapa, mertua dan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah.

Bagi yang ingin kelainan, boleh juga campurkan kentang atau ayam dalam masakan ini. Maknanya terung dengan kentang atau terung dengan ayam. Jangan lupa gorengkan ayam atau kentang terlebih dahulu. Macam saya sesekali campurkan terung dengan ayam sebab dah jemu makan terung je...Tapi anak-anak ni tak bosan pulak ye..

Mudah, ringkas dan senang sahajakan resepi ini. Cubalah resepi ini di rumah. Dah tentu lebih bersih, lebih sedap dan lebih menjimatkan makan di rumah dari membeli di luarkan!

Selamat mencuba!!

Selasa, 8 April 2014

Kelas Bursa Station 2 April 2014

Apakah itu Bursa Station? Ia adalah satu software terbaik yang membantu mereka yang membuat pelaburan saham. Ada banyak software dan tools di pasaran tetapi saya mengikut kata sifu yang mencadangkan agar mempelajari penggunaan Bursa Station. Akhirnya pada 2 April 2014 baru-baru ini, saya telah menghadiri program ini, Bursa Station Mastery bersama Ir Sofian, trainer hebat dalam technical analysis


Kelas kami ini dikatakan antara yang paling ramai mengikuti program Bursa Station. Dalam kursus diterang dan ditunjukkan cara-cara mudah untuk menganalisa 30 kaunter terbaik pada hari tersebut mengikut sektor-sektornya dan bagaimana menyusunatur features di dalam software tersebut. Kalau buat sendiri, mahu terkebil-kebil tengok komputer dan tengok urusniaga saham yang berkelip-kelip tu. Lepas tu ditunjukkan cara melihat graf-graf dalam analisa teknikal. Bolehlah faham sikit-sikit daripada zero knowledge sebelum ini. Sekurang-kurangnya ilmu saham berkaitan fundamental dan teknikal asas dah lengkap dalam diri saya yang masih baru ini. Insyaallah selepas kejayaan trade dengan bimbingan Bursa Station, saya berhajat pula untuk mengikuti program Advanced Trader pula. Dah submit doa, moga Allah kabul dan permudahkan. 

Memang tak rugilah hadir ke kelas ni, dapat pula melanggan software Bursa Station ini selama 6 bulan. All in inclusive. Software ni memang sangat awesome. Best ke best!

Bersama Hj Mohd Asri Ahmad

Bersama Ir Sofian dan Jerry

Di akhir program saya sempat bergambar dengan sifu-sifu dalam pelaburan saham. Moga-moga aura kepakaran saham itu juga terpalit kepada saya. Program ini hanya separuh hari. Saya cukup rasa seronok kerana masih berpeluang menuntut ilmu walaupun menjadi seorang suri. Tambahan pula ia diadakan di Shah Alam dan saya dapat menguruskan anak-anak ke sekolah di awal pagi dan pulang tengahari untuk kembali menguruskan mereka. 


Bagi mereka yang berminat dengan pelaburan saham, melaburlah dengan ilmu. Boleh hubungi Wealth Magnet atau mana-mana mentor yang anda sukai untuk meningkatkan kefahaman anda di bidang pelaburan saham ini. Moga saya dan anda semua kaya, berjaya dan bahagia.

Isnin, 7 April 2014

Koleksi Terbaru Cathkidston

Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah, syukur walaupun hanya 3 koleksi beg Cathkidston (CK) yang sampai untuk bulan April namun ia sudah cukup menceriakan saya buat menjamu mata peminat-peminat CK. Koleksi panas ini baru sahaja sampai dari kota London. Koleksi CK kali ini adalah koleksi asli dengan kualiti yang memang bagus dan terbaik. Kualiti produk original amat berbeza dengan produk tiruan walaupun tiruan yang gred A. Rasa puashati apabila dapat memilikinya sebagai koleksi. Jenama CK juga terkenal dengan warna-warna ceria dan lembut. Malah beg-begnya cukup tahan lasak. 


Beg tangan CK ini sederhana besarnya. Sesuai dibawa ke pejabat atau dibawa berjalan-jalan sewaktu cuti. Tali beg ini merupakan design baru dengan corak stripe yang cantik. Warna bunganya lembut dan matching dengan apa jenis pakaianpun. Anda boleh memakai baju kurung, jubah atau berseluar untuk menggayakan beg tangan ini.

00-CK Handbag

Kedua sisi beg ini mempunyai kocek yang berbutang. Di tengahnya mempunyai zip supaya barang-barang yang dibawa selamat dan terpelihara. Di dalam beg tangan ini juga mempunyai satu lagi kocek kecil berzip. Bolehlah kalau hendak meletak alat-alat solek, aksesori kecil dan sebagainya. Isian beg ini juga luas. Anda boleh letakkan dompet, buku nota malah botol air mineralpun boleh. Koleksi beg tangan ini hanya ada satu sahaja. Boleh hubungi saya jika berminat.


Koleksi kedua dan ketiga ialah note bag. Satu beg berwarna putih bermotifkan bunga-bunga Rose English dan satu lagi warna biru lembut dengan gambar bangunan yang dihiasi sedikit bunga. Kedua-duanya cantik dan lembut dipandang. Beg ini dinamakan note bag kerana sesuai diletakkan fail dan nota-nota. Ia sangat bersesuaian kepada para pelajar universiti, bagi para eksekutif untuk membawanya ke tempat kerja dan boleh dijadikan beg solat untuk mengisi telekung dan sejadah. Anda boleh juga menjadikan beg ini untuk mengisi barang-barang keperluan anak seperti botol susu dan lampin ketika berjalan-jalan.

01-White (SOLD)
02-Blue (SOLD)

Note bag juga terhad, hanya ada 2 sahaja dalam koleksi saya. Jika anda berminat boleh sms atau whatsapps saya 0133510426 atau email azhana.am@gmail.com. Setiap pembelian akan saya hadiahkan minyak wangi mini percuma dari Paris. 

Harap anda gembira dapat menjamu mata dengan koleksi CK yang terkini. Terubat jiwa dengan terapi warna ceria dan lembut koleksi CK ini. Sehingga jumpa lagi, jaga kesihatan diri dan hiasi peribadi dengan akhlak yang baik.

Ahad, 6 April 2014

Tips Menuntut Ilmu Pelaburan Saham

Assalamualaikum rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian.

Suri Hana agak sibuk untuk mencapai beberapa impiannya untuk tahun ini. Masa amat mencemburui saya sehinggakan disiplin penulisan saya agak terabai. Jangan salah sangka, penulisan blog masih merupakan passion saya tetapi seringkali tidak konsisten kerana tumpuan kepada subjek baru yang dipelajari. Nak tahu apa dia? Pelaburan saham. Kerjaya ini (kalau boleh diistilahkan sebagai kerja) memang sesuai sangat untuk surirumah yang menjadi WAHM. 

Salah satu passion baru yang menguliti hidup saya ialah mempelajari ilmu saham. Pada bulan November 2013 saya telah menghadiri program Smart Investor Traders (SIT). Bulan Januari saya mula menjadi seorang investor bukan lagi seorang trader kerana tahap ilmu yang masih cetek. Alhamdulillah saya berjaya memperolehi, membeli dan menjual sebuah kaunter setelah mencapai ROI yang ditetapkan. Bulan Februari dan Mac saya betul-betul sibuk dengan bisnes online saya iaitu berkongsi kebaikan Miracle Refreshing Spray (MRS) dengan semua orang. Produk yang sangat hebat, 100% dari bahan organik, buatan orang Islam, boleh dibawa solat dan memang miracle. Saya hanya sempat membeli beberapa lagi kaunter tanpa sempat memantau perjalanan kaunter tersebut. Beberapa kaunter juga telah melonjak naik dan saya terlepas peluang untuk menjualnya. Sesudah itu saya mula merasa tidak cukup yakin apabila saya membeli sesebuah kaunter hanya berdasarkan maklumat latar belakang syarikat dan news dari akhbar, internet dan group. Sumber-sumber saya tidak cukup kuat untuk membantu perkiraan saya dalam membeli atau menjual sesebuah kaunter. Saya percaya hanya dengan ilmu boleh membantu kebuntuan ini.

Dalam sibuk-sibuk nak menguruskan persiapan  menjaga gerai jualan Miracle Refreshing Spray (MRS) di UiTM Shah Alam, saya terbaca mengenai peluang kepada bekas pelajar-pelajar SIT untuk recharge dalam program Intensif Dunia Pelaburan Saham (IDPS). Dahlah tinggal sehari tarikh tutup untuk mendaftar, apalagi sayapun cepat-cepat mendaftar, risau terlepas peluang kerana dibuka kepada 20 orang sahaja. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan tempat untuk program tersebut. Saya bersyukur sangat sebab program tersebut diadakan pada waktu cuti sekolah dan diadakan di Shah Alam. Ia amat memudahkan bagi surirumah seperti saya menghadiri program-program ilmu. Yalah, sekurang-kurangnya semua anak-anak ada di rumah, tak perlu terkejar-kejar untuk mengambil mereka pulang dan pergi semula ke sekolah. Cuma siapkan keperluan makanan seharian dan jadual harian mereka. Terima kasih ya Allah kerana telah mempermudahkan semua urusanku.

Alhamdulillah saya gembira kerana Allah mengaturkan saya kembali menyertai semua bakal-bakal jutawan saham di IDPS. Dapat mengecas semula semangat saham dan memberi aura baru yang lebih mantap. Dalam IDPS juga kami telah didedahkan dengan ilmu teknikal untuk memahami sesebuah kaunter. Bukannya senang dan bukannya susah. Dengan adanya software Bursa Station telah meringankan kami sebagai pelabur baru untuk menganalisa pasaran saham secara teknikal. Semua peserta di IDPS memang hebat dan sangat advance.


Bagi mereka yang berminat dengan pelaburan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari ilmu, fahami apa itu pelaburan, risiko dan kebaikannya. Cara mudah ialah daftarkan diri mengikuti program-program yang bersesuaian. Beli buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan saham. Carilah ilmu sebanyak-banyaknya dari sifu yang berpengalaman dan pakar. Insyaallah mereka akan membimbing dan mencurahkan ilmu kepada kita. Jangan risau, pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan ilmu. Pastikan juga anda membuat pelaburan dengan idle money iaitu wang lebihan yang tidak digunakan untuk urusan harian dan simpanan keluarga dan anak-anak. Kalau tak ada idle money kenalah asingkan duit setiap hari, cari peluang tambah kewangan seperti membuat bisnes online dan sebagainya. Tentukan return on investment (ROI) anda setelah membuat pembelian dan menjual setelah mencapai ROI tersebut. Para pelabur juga hendaklah jaga diri dari terpengaruh dengan greed, fear dan hope ketika berada dalam pasaran saham. Jangan ditinggalkan usaha-usaha memanjat doa kepada Allah, solat, sedekah dan sebagainya khusus seperti yang dinyatakan oleh pengarang dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.  

Saya bersyukur dapat berjumpa dengan Master/Sifu pelaburan saham Hj Mohd Asri Ahmad, Dr Nazri Khan, Ir Suffian dan anak-anak didik mereka yang excellent dan awesome seperti Pn. Roslinah, Pn Adibah, Pn Rusiah, Pn Norhasyimah dan ramai lagi. Mereka konsisten mencetak wang setiap minggu malah ada yang setiap hari. Dah tentu dengan ilmu sahajalah baru mereka berjaya berbuat demikian. Tidak salah kita berusaaha mengikut jejak jutawan seperti mereka. 

Jom teman-teman WAHM dan SAHM, mari kita celik saham. Selain ber`facebook', klik juga maklumat tentang saham. Jangan lepaskan peluang memohon saham dengan MITI. Ia khas untuk kaum bumiputera. Untuk mengetahui mengenai infonya, sila ke laman web www.miti.gov.my ya! 

Sampai jumpa lagi ! Salam kejayaan dari saya untuk semua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...