Iklan

Ahad, 6 April 2014

Tips Menuntut Ilmu Pelaburan Saham

Assalamualaikum rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian.

Suri Hana agak sibuk untuk mencapai beberapa impiannya untuk tahun ini. Masa amat mencemburui saya sehinggakan disiplin penulisan saya agak terabai. Jangan salah sangka, penulisan blog masih merupakan passion saya tetapi seringkali tidak konsisten kerana tumpuan kepada subjek baru yang dipelajari. Nak tahu apa dia? Pelaburan saham. Kerjaya ini (kalau boleh diistilahkan sebagai kerja) memang sesuai sangat untuk surirumah yang menjadi WAHM. 

Salah satu passion baru yang menguliti hidup saya ialah mempelajari ilmu saham. Pada bulan November 2013 saya telah menghadiri program Smart Investor Traders (SIT). Bulan Januari saya mula menjadi seorang investor bukan lagi seorang trader kerana tahap ilmu yang masih cetek. Alhamdulillah saya berjaya memperolehi, membeli dan menjual sebuah kaunter setelah mencapai ROI yang ditetapkan. Bulan Februari dan Mac saya betul-betul sibuk dengan bisnes online saya iaitu berkongsi kebaikan Miracle Refreshing Spray (MRS) dengan semua orang. Produk yang sangat hebat, 100% dari bahan organik, buatan orang Islam, boleh dibawa solat dan memang miracle. Saya hanya sempat membeli beberapa lagi kaunter tanpa sempat memantau perjalanan kaunter tersebut. Beberapa kaunter juga telah melonjak naik dan saya terlepas peluang untuk menjualnya. Sesudah itu saya mula merasa tidak cukup yakin apabila saya membeli sesebuah kaunter hanya berdasarkan maklumat latar belakang syarikat dan news dari akhbar, internet dan group. Sumber-sumber saya tidak cukup kuat untuk membantu perkiraan saya dalam membeli atau menjual sesebuah kaunter. Saya percaya hanya dengan ilmu boleh membantu kebuntuan ini.

Dalam sibuk-sibuk nak menguruskan persiapan  menjaga gerai jualan Miracle Refreshing Spray (MRS) di UiTM Shah Alam, saya terbaca mengenai peluang kepada bekas pelajar-pelajar SIT untuk recharge dalam program Intensif Dunia Pelaburan Saham (IDPS). Dahlah tinggal sehari tarikh tutup untuk mendaftar, apalagi sayapun cepat-cepat mendaftar, risau terlepas peluang kerana dibuka kepada 20 orang sahaja. Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan tempat untuk program tersebut. Saya bersyukur sangat sebab program tersebut diadakan pada waktu cuti sekolah dan diadakan di Shah Alam. Ia amat memudahkan bagi surirumah seperti saya menghadiri program-program ilmu. Yalah, sekurang-kurangnya semua anak-anak ada di rumah, tak perlu terkejar-kejar untuk mengambil mereka pulang dan pergi semula ke sekolah. Cuma siapkan keperluan makanan seharian dan jadual harian mereka. Terima kasih ya Allah kerana telah mempermudahkan semua urusanku.

Alhamdulillah saya gembira kerana Allah mengaturkan saya kembali menyertai semua bakal-bakal jutawan saham di IDPS. Dapat mengecas semula semangat saham dan memberi aura baru yang lebih mantap. Dalam IDPS juga kami telah didedahkan dengan ilmu teknikal untuk memahami sesebuah kaunter. Bukannya senang dan bukannya susah. Dengan adanya software Bursa Station telah meringankan kami sebagai pelabur baru untuk menganalisa pasaran saham secara teknikal. Semua peserta di IDPS memang hebat dan sangat advance.


Bagi mereka yang berminat dengan pelaburan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari ilmu, fahami apa itu pelaburan, risiko dan kebaikannya. Cara mudah ialah daftarkan diri mengikuti program-program yang bersesuaian. Beli buku-buku yang berkaitan dengan pelaburan saham. Carilah ilmu sebanyak-banyaknya dari sifu yang berpengalaman dan pakar. Insyaallah mereka akan membimbing dan mencurahkan ilmu kepada kita. Jangan risau, pelaburan yang paling menguntungkan ialah pelaburan ilmu. Pastikan juga anda membuat pelaburan dengan idle money iaitu wang lebihan yang tidak digunakan untuk urusan harian dan simpanan keluarga dan anak-anak. Kalau tak ada idle money kenalah asingkan duit setiap hari, cari peluang tambah kewangan seperti membuat bisnes online dan sebagainya. Tentukan return on investment (ROI) anda setelah membuat pembelian dan menjual setelah mencapai ROI tersebut. Para pelabur juga hendaklah jaga diri dari terpengaruh dengan greed, fear dan hope ketika berada dalam pasaran saham. Jangan ditinggalkan usaha-usaha memanjat doa kepada Allah, solat, sedekah dan sebagainya khusus seperti yang dinyatakan oleh pengarang dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki.  

Saya bersyukur dapat berjumpa dengan Master/Sifu pelaburan saham Hj Mohd Asri Ahmad, Dr Nazri Khan, Ir Suffian dan anak-anak didik mereka yang excellent dan awesome seperti Pn. Roslinah, Pn Adibah, Pn Rusiah, Pn Norhasyimah dan ramai lagi. Mereka konsisten mencetak wang setiap minggu malah ada yang setiap hari. Dah tentu dengan ilmu sahajalah baru mereka berjaya berbuat demikian. Tidak salah kita berusaaha mengikut jejak jutawan seperti mereka. 

Jom teman-teman WAHM dan SAHM, mari kita celik saham. Selain ber`facebook', klik juga maklumat tentang saham. Jangan lepaskan peluang memohon saham dengan MITI. Ia khas untuk kaum bumiputera. Untuk mengetahui mengenai infonya, sila ke laman web www.miti.gov.my ya! 

Sampai jumpa lagi ! Salam kejayaan dari saya untuk semua :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...