Iklan

Isnin, 23 Disember 2013

Resipi Enak Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum semua. Wah, hari ini kembali semula ke SOHO (small office home office). Balik dari perjalanan panjang ke Timur Tengah dan Hong Kong, pastinya saya akan merindui masakan asli kampung halamanku iaitu asam pedas Melaka. Kalau di Timur Tengah, menu masakannya tentulah banyak ayam dan daging dan pastilah makanan yang menambahkan berat badanku. Insaf rasanya sebab berat badan naik beberapa kilogram, nak menurunkan tidaklah sesenang untuk menaikkan, huhuhu... Tetapi memang enak.  Di Hong Kong pula cuaca sejuk meningkatkan darjah kelaparan ke peringkat maksimum, Chinese food di sanapun memang marvellous.

Berbalik kepada topik masakan hari ini ialah menu asam pedas Melaka. Para suri yang baru-baru nak belajar memasak asam pedas bolehlah mencuba resepi ini sebab ia mudah disediakan. Maaflah sebab kali ini panjang pula senarai bahan-bahannya. Bahan-bahan tersebut adalah seperti di bawah ini iaitu;

a) Bawang merah (kecil) 6 ulas
b) Bawang putih 4 ulas
c) Halia sebesar ibu jari
d) Kunyit separuh dari halia atau kalau serbuk satu sudu kecil
e) Belacan sebesar ibu jari
f) Serai sebatang/ dua dititikkan
g) Bunga kantan
h) Daun kesum atau daun limau purut
i) Satu sudu kecil kerisik
j) Asam jawa sebesar ibu jari
k) Cili kering yang telah dimesin sebanyak 4 susu besar
l) Ikan
m) Air
n) Garam
o) Gula jika perlu
p) Serbuk perasa jika perlu
q) Minyak masak
r) Sayur seperti bendi atau terung atau tomato

Cara Membuatnya

Masukkan minyak masak, apabila minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan yang telah dikisar atau ditumbuk terlebih dahulu. Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan serai. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumiskan sehingga pecah minyak atau nampak sedikit garing.
Setelah itu masukkan air asam jawa dalam anggaran semangkuk dan tambahkan 2 mangkuk air biasa. Apabila kuah tersebut sudah berwap (biasanya sebelum mendidih), masukkan ikan dan daun limau atau daun kesum dan bunga kantan. Biasanya ikan yang digunakan untuk memasak asam pedas ialah ikan kembung (mabong), ikan tenggiri, ikan parang, ikan siakap, ikan terubuk atau ikan pari. Petua nenek saudara saya, kalau memasak asam pedas menggunakan daun limau tidak boleh dicampurkan dengan daun kesum nanti rasanya lari. Begitulah juga sebaliknya
Apabila ikan hampir masak, bolehlah dimasukkan kerisik dan sayur seperti bendi atau terung atau tomato. Kalau tidak ada kerisikpun tak apa kerana ia bukanlah bahan yang akan mencacatkan masakan. Kerisik ini akan menambahkan kesedapan masakan.Sebaik sahaja kuah mendidih, masukkan garam. Ada yang suka masukkan sedikit gula untuk mengurangkan atau menyeimbangkan rasa pedas kuah tersebut. Biasanya kami sekeluarga tidak meletakkan gula dalam masakan asam pedas. Akhir sekali, apabila kuah sudah mendidih, boleh letakkan sedikit serbuk perasa jika perlu. Asam pedas di bawah ini sudahpun masak.
Para suri yang bekerja di rumah yang tidak tahu menu apa untuk dimasak hari ini, bolehlah cuba resipi enak asam pedas Melaka ini. Saya hari ini dah tentulah berlaukkan asam pedas ikan tenggiri, sayur kacang buncis digoreng dengan lobak, telur dadar dan ikan masin. Resipi yang sangat mudah dan ringkas bagi para suri. Pastinya dapat menambat selera anak-anak pada hari ini. Jomlah kita memasak!
 
Diam tak diam tinggal lebihkurang 10 hari lagi anak-anak akan kembali bersekolah. Alhamdulillah semua pembelian untuk persekolahan anak-anak telah saya selesaikan hujung minggu yang lepas. Minggu ini minggu persediaan, mengemaskini ruang belajar dan mengembalikan `mood' belajar anak-anak. Bagi anak-anak yang ingin kembali ke asrama bolehlah dibekalkan minyak dan haruman serbaguna Miracle untuk teman ketidakselesaan. Bagi yang ingin menambahkan kecerdasan minda, boleh amalkan coklat Imtiyaz Gold Sirah agar anak-anak sentiasa bertenaga. Mungkin juga ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan atau para ibu yang sibuk, boleh saja bekalkan anak-anak dengan snek Moola yang berkhasiat sebagai sarapan pagi. Apapun pilihan anda, pastikan anda lakukan perkara yang baik dan berguna untuk diri dan keluarga. Sampai jumpa lagi!

5 ulasan:

  1. Terima kasih diatas resepi diatas. Boleh cuba ni....

    BalasPadam
  2. Fuhhh, terliurr rasanya. Nak jadikan resepi untuk tengah hari kang rasanya. Oh ye boleh lawat blog saya kalau ada masa http://www.mamafisya.com/

    BalasPadam
  3. Terima kasih Dr(H) Ruslan dan Fazliana. Insyaallah lapang2 sy akan singgah di blog anda ye..

    BalasPadam
  4. teringin nak cuba buat sendiri asam pedas melaka. tak tau pulak orang letak kerisik dalam asam pedas....mesti cuba ni :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti cuba sis Junainah. Letak sedikit kerisik untuk rasa lebih enak.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...