Qatar ialah sebuah negara yang kaya dan sumber pendapatan berasaskan minyak dan gas. maklumat lanjut tentang Qatar boleh didapati di Wikipedia. Hasil dari pemerhatian saya kebanyakan pekerja di Qatar ialah orang luar iaitu ekspatriat dari Mesir, Syria, India, Malaysia, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Orang Qatar menjadi golongan professional dan ada yang tidak bekerja. Dari segi tukaran matawang, duit Malaysia adalah tinggi sedikit, 1 riyal Qatar bersamaan RM0.85. Akan tetapi taraf hidup di sini adalah tinggi. Barang-barang keperluan dan makanan agak mahal. Secucuk sate berharga RM2.00. Belanja sekolah anak seorang dalam sehari ialah 10-20 riyal Qatar. Rakyat Qatar berbeza kerana diberi banyak kemudahan oleh kerajaannya.
Dari kacamata seorang pelancong amatur, Qatar tidak mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Kebetulan aku berada di sini atas tiket lawatan kerja, mungkin tiada kesempatan untuk kami meninjau tempat-tempat menarik di Qatar. Kami sempat mengunjungi Souq Waqif, Di sini pelbagai barang seperti pakaian, kain, cenderahati, tempat minum, bahan-bahan masakan, barangan antik dijual. Kami tidak berkesempatan untuk ke Muzium.
Paling aku bersyukur berpeluang bertemu secara 4 mata dengan Sheikh Dr Yusuf alQardawi, ulama besar yang masyhur. Tidak sangka Allah memberi peluang bertemu ketika sheikh masih hidup. Sheikh tinggal di Qatar dan diberi segala keistimewaan oleh Raja Qatar. Kami melawat Yayasan Qatar, AlQardhawi Centre for Islamic Moderation, Hamad bin Khalifa University dan Maktabah Yusuf alQardawi di rumahnya.
Malamnya kami bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Qatar, isterinya dengan beberapa pegawai mereka. Sambil menjamu makan malam, banyak yang diketahui tentang suasana kehidupan para suri di Qatar. Kebanyakan mereka tidak bekerja atau bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami. Golongan muda di Qatar kurang bersungguh-sungguh memajukan diri dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka hidup senang dan menerima pelbagai kemudahan dari kerajaan Qatar. Saya melihat ini adalah satu kerugian kepada umat Islam seluruhnya kerana tiada kekuatan ilmu sebagai persediaan untuk persaingan dengan umat lain pada masa sekarang dan masa hadapan.
Kami tidak lama lama di Doha, hanya 3 hari 2 malam kerana ada program yang telah disusun di Kuwait. Penerbangan ke Kuwait dari Doha hanya memakan masa dalam 1 jam. Selamat tinggal Doha, semoga ketemu lagi pada masa akan datang.
bestnyer qatar
BalasPadam