Iklan

Ahad, 8 Disember 2013

Perjalanan ke Timur Tengah 2013 : Qatar (Siri 1)

Penerbangan ke Qatar rupa-rupanya jam 3.40 pagi. Jam 12.15 pagi kami dah tercatuk di KLIA. Hari ini aku memang amat keletihan. Kami sampai di rumah hampir jam 7 malam usai mengambil anak-anak di Summer Camp AKRAB di Sg Lui, Hulu Langat. Jam 8 malam tetamu jauh dari Pulau Pinang singgah ke rumah. Ibu yang berada di rumah amat-amat membantu aku yang sudah kelam-kabut. Aku pahatkan di ingatan bahawa kehadiran tetamu itukan menjemput rezeki dan memanjangkan silaturrahim. Tetamu pulang dan jam menunjukkan pukul 10 malam. Aku bingkas menguruskan dapur agar ibuku tidak kepenatan dengan pinggan-mangkuk yang bersusun untuk dicuci. Aku perlu pantas menguruskan diri kerana jam 11 malam teksi akan tiba. Alhamdulillah selesai on time dengan perasaan ingin pengsan dan sakit pinggang. Di saat-saat akhir aku mencapai Miracle Refreshing Spray (MRS) dan snek Moola untuk menemankan aku sepanjang perjalanan ke airport. Anak-anak mama ditinggalkan dengan ibuku di bawah pemeliharaan Allah swt.
 
Suamiku dah terlena manakala aku yang baru berkesempatan membelek-belek facebook dan whatsapp tiba-tiba mendapat tempahan MRS dari seorang dropshipper untuk diposkan kepada pelanggan. Urusan pembelian MRS berlangsung sepanjang perjalanan ke KLIA menjadikan niatku ingin tidur terbantut.
Lihatlah wajah-wajah keletihan kami. Mujurlah kami sempat berehat di VIP lounge menemankan para VIPs yang menyertai lawatan kerja ini. 
Tak sabar rasanya hendak menaiki flight dan menikmati waktu tidur. Jam 2.30 pagi kami mulai meninggalkan lounge tersebut dan terus ke flight Qatar Airways. Inilah kali pertama aku menaiki flight ini dan rasa begitu teruja dengan fasiliti dan layanan pramugarinya. Macam best aje...ke memang best. Memang baguspun.
 
Seronoknya mendapat cenderahati berjenama dari Qatar Airways iaitu set losyen, lip balm dan minyak wangi Salvatore Ferragamo. Dapat baju tidur lagi. Membasahkan tekak dengan jus oren dan hidangan salad sudah cukup untuk seleraku sebelum aku beradu.  Perut sebenarnya dah kembung sebab masuk angin tapi dengan adanya MRS aku terus terlena.
  
Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam. Di kala Malaysia sudahpun jam 12 tengahari, Qatar baru jam 7 pagi. Kami mendarat di Doha, ibu Negara Qatar. Penduduknya hanya 1.7 juta orang (maklumat dalam video dalam flight), ia merupakan sebuah Negara yang kaya terutama dengan hasil minyak. Negaranya tidak semoden Dubai tetapi ia sedang membangun dengan pesat. Pegangan agama Islamnya lebih terpelihara berbanding Dubai yang banyak dicemari dengan kemodenan dan kebaratan. Sempat juga aku mengambil pemandangan dari atas flight sebelum mendarat.
 
 
 
Dah sampaipun ke destinasi penginapan kami iaitu di Hotel Holiday Villa. Hotel ini merupakan hotel rangkaian Malaysia yang berada di luar Negara. Mak ooi..bertingkat-tingkat. Kami ditempatkan di tingkat ke 11.
 
  
 
Siap ada ucapan selamat datang kepadaku, hehe... Alhamdulillah untuk tetamu hotel diberikan password wifi, jadi mudahlah aku nak berbicara secara maya. Nombor telefon bimbitku tak boleh digunakan kerana tidak roaming. Tak berani nak roaming nanti bil beribu-ribu, aku ni baru menjadi suri bekerja di rumah. Bila ada wifi, senanglah nak whatsapp, fb dan berblogging. Bisnespun berjalan kerana adikku di rumah menguruskan penghantaran dan pengeposan produk.
  
Nampaknya nak kena kemaskan diri sebab sekejap lagi nak masuk waktu makan tengahari. Masa rehat kukorbankan untuk berblogging. Ini semua kerana passion, passion dan passion. Insyaallah selepas Asar kami akan mengikuti upacara lawatan ke sekitar Doha.  
 
Sampai bertemu di lain siaran! Da..da..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...