Iklan

Jumaat, 27 Disember 2013

Pengalaman Menarik di Kuwait

Sekali lagi menaiki Qatar Airways untuk ke negara Kuwait. Pengalaman pertama sebelum ini dengan Qatar Airways menjadikan saya selesa dengan layanan dan penerbangan keduanya. Perjalanan dari Qatar ke Kuwait hanya kuranglebih 1 jam sahaja. Di Kuwait juga seperti di Qatar, wanita bebas memandu kenderaan, ramai juga orang Arab moden dan orang Eropah (kadangkala keliru mungkin mereka orang Arab juga). Negaranya tidak begitu besar dan penduduknya pun tidak begitu ramai. Jalan rayanya kurang sesak di sekitar bandar dan adalah lebih baik berbanding Qatar.

Pengalaman terindah saya di Kuwait ialah pertama kali menikmati susu unta di ladang unta. Walaupun telah beberapa kali ke Madinah dan Mekah dan dibawa menziarahi ladang unta, tetapi saya tidak pernah ikut jamaah lain mencuba susu unta. Kebetulan saya pernah melihat ada jamaah yang tidak serasi lalu cirit-birit. Namun keadaan di Kuwait berbeza.

Kami mendapat jemputan daripada Sheikh Dr Mohammad AtThabatai (maaflah kalau salah ejaannya), Pengerusi Kuwait of Finance House Malaysia yang memang berasal dari Kuwait untuk makan malam. Beliau nampak 'simple', kelihatan muda, merendah diri dan amat mesra.
.
Sebelum makan kami dikejutkan dengan lawatan ke ladang unta dan dijamu kurma, qahwa, syai dan susu unta sebagai permulaan di rumah kecil tanpa bilik lengkap dengan pemanas (pendiang) di ladang tersebut. Suhu 9°C di tengah padang pasir ini menjadikan ladang unta Sheikh tersebut amat sejuk, rasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Pantas saya melarikan diri dari kumpulan tersebut dan tidak mendengar penerangan lanjut tentang ladangnya kerana tidak tahan kesejukan.
 

Enak sungguh susu unta segar diminum dalam mangkuk beramai-ramai. Rasa lemak dan manis. Kemudian dijamu kurma, qahwa dan syai. Saya ingatkan makan malam berlangsung sekali di tempat yang sama tetapi setelah selesai acara minum susu unta kami dibawa ke kawasan lain iaitu ke sebuah rumah besar dipanggil Diwani. Diwani adalah milik Sheikh dan dijadikan khusus sebagai tempat untuk majlis jamuan, keraian dan keramaian. Saya rasa Diwani ini mempunyai 4 tingkat termasuk ruang makan di bawah tanah menggunakan lif. Hebatnya Sheikh ini. Moga dengan kekayaannya dapat menjadi teladan kepada orang lain dan dapat membantu umat Islam seluruhnya.
Rupa-rupanya Tuan Sheikh turut menjemput rakan-rakannya di kalangan ahli-ahli fatwa di Kuwait untuk bermuzakarah dan makan malam bersama di samping meraikan rombongan kecil kami. Perutku sudah berkeroncong dan mata mulai layu. Walaupun malam masih muda di Kuwait iaitu dalam jam 7.00 malam tetapi diriku masih jetlag iaitu masih mengikut masa Malaysia iaitu dah jam 12 malam (5 jam lewat) telah walau beberapa hari di negara orang. Apa lagi kerjanya mengambil gambar di segenap sudut yang cantik di Diwani ini.
 
 
 
Saya menunggu dengan pasrah dalam 2 jam kot barulah kami beredar ke dewan makan di tingkat paling bawah. Makanannya waduh, banyak sekali, akhirnya saya hanya makan sepinggan kerana keletihan. Tapi nasi mandeynya memang marvellous.
 
 
 
Malam itu semua kekenyangan. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Sheikh Dr kerana sudi menjemput kami untuk makan malam bersamanya. Huhu...souq telahpun tutup jadi kami tak sempat menikmati pemandangan pasar dan membuat `lontaran' di bumi Kuwait. Baguslah juga sebab matawangnya amat tinggi. Esok pagi kami akan berangkat ke Madinah. Gambar-gambar di sekitar bandar Kuwait yang sempat di`snap'.
 
 
Selamat tinggal Kuwait. Insyaallah di lain kelapangan, saya akan datang semula sekiranya diizinkan Allah swt. Inilah satu-satunya gambar kami di `airport' dan di bilik menunggu urusan imigresen diselesaikan.
 
Moga anda terhibur dengan perjalanan ringkas saya ke Kuwait kali ini. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum wrh. wbrth.

Selasa, 24 Disember 2013

Pendakap Gigi `Braces' Widad

Hari ini saya menemankan anak sulung saya menyudahkan pemasangan `braces' yang terakhir. Pemasangan dilakukan secara berperingkat kerana penemuan bengkak di gusinya sebelum ini menyebabkan tidak boleh dipasang sekaligus. Pemakaian pendakap gigi ini bukanlah sesuatu yang murah seperti harga untuk mencuci atau mencabut gigi. Oleh itu bagi mereka yang berhajat memakai `braces' sediakan peruntukan secukupnya. Anggaran kos untuk keseluruhan pemasangan dan rutin penjagaan bulanan adalah dari RM2500 hingga RM8500 selama 2 tahun. Harga ini biasanya normal di klinik pakar ortodontik swasta. Hospital kerajaan mungkin lebih murah tetapi pemakaiannya dikatakan lebih lama sehingga 5 tahun (maklumat ini didapati secara hearsay sahaja, sila dapatkan maklumat lebih sahih dari hospital).
 
Inilah pengalaman pertama saya melihat cara pemasangan braces dibuat. Widad mempunyai masalah gigi sebelum ini di mana 2 gigi susu hadapannya tidak tanggal malah kuat seperti gigi kekal yang lain. Tetapi yang tidak moleknya gigi tersebut adalah kecil berbanding gigi-gigi lain. Setelah dirujuk ke klinik gigi, doktor mencadangkan agar gigi tersebut tidak perlu dicabut sehingga dia berada di sekolah menengah kerana doktor akan mencadangkan rawatan lain. Hasil X-ray juga menunjukkan bahawa tiada gigi baru akan tumbuh sekiranya gigi-gigi susu itu dicabut. Akhirnya menjelang usianya 15 tahun rawatan susulan dibuat bagi memperbaiki struktur giginya yang kebetulan agak jarang.
 
 Nampak tak 2 gigi susu comel di bahagian bawah tu
Dah siappun colourful braces
 
Apabila dah siap, terkejut sekejap sebab pendakap giginya berwarna-warni. Remaja zaman sekaranglah katakan. Selain berus gigi, dibekalkan berus kecil, wax dan ubat penahan sakit sekiranya berasa ngilu dan sebagainya pada peringkat awal.
 Berus khusus untuk membuang sisa makanan
 Stok berus (dah masuk pakej bayaran agaknya)
 Wax untuk mengurangkan geseran braces
 

Banyak lagi prosedur selepas pemakaian braces iaitu untuk mencabut gigi susu, membuat bridges dan sebagainya. Kos rutin rawatan bulanan juga perlu diperuntukkan. Ya Mama! Bersedialah dengan ongkosnya. Bagi mereka yang mempunyai gigi yang tidak sekata boleh juga membuat rawatan dengan pakar ortodontik. Pendek kata apa sahaja masalah gigi boleh dirawat dengan kepakaran dan teknologi baru. Anda ingin cuba?  Boleh saja, buat temujanji dengan doktor dan buat pemeriksaan gigi anda.
 
 
 
 
Saya secara peribadinya memang takutkan doktor gigi sejak kecil sehingga dewasa. Memeriksa gigi, scalling dan mencabut gigi dibuat dengan hati yang terpaksa. Kengiluannya lebih saya gentar berbanding sakit bersalin. Mujurlah anak-anak saya tidak begitu.
 
Pagi tadi tatkala meninggalkan SOHO saya merasa sedih kerana terpaksa menangguhkan rutin kerjaya kecilku di bidang pelaburan yang baru bermula tetapi demi anak-anak terpaksalah dikorbankan. Moga Allah memberikan yang lebih baik pada masa depan insyaallah. Bergerak dalam satu kumpulan para suri yang bekerja di rumah juga telah memberikan satu kekuatan bagiku untuk terus maju dan berjaya bersama keluarga tercinta. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum! 
 
 

Isnin, 23 Disember 2013

Resipi Enak Asam Pedas Melaka

Assalamualaikum semua. Wah, hari ini kembali semula ke SOHO (small office home office). Balik dari perjalanan panjang ke Timur Tengah dan Hong Kong, pastinya saya akan merindui masakan asli kampung halamanku iaitu asam pedas Melaka. Kalau di Timur Tengah, menu masakannya tentulah banyak ayam dan daging dan pastilah makanan yang menambahkan berat badanku. Insaf rasanya sebab berat badan naik beberapa kilogram, nak menurunkan tidaklah sesenang untuk menaikkan, huhuhu... Tetapi memang enak.  Di Hong Kong pula cuaca sejuk meningkatkan darjah kelaparan ke peringkat maksimum, Chinese food di sanapun memang marvellous.

Berbalik kepada topik masakan hari ini ialah menu asam pedas Melaka. Para suri yang baru-baru nak belajar memasak asam pedas bolehlah mencuba resepi ini sebab ia mudah disediakan. Maaflah sebab kali ini panjang pula senarai bahan-bahannya. Bahan-bahan tersebut adalah seperti di bawah ini iaitu;

a) Bawang merah (kecil) 6 ulas
b) Bawang putih 4 ulas
c) Halia sebesar ibu jari
d) Kunyit separuh dari halia atau kalau serbuk satu sudu kecil
e) Belacan sebesar ibu jari
f) Serai sebatang/ dua dititikkan
g) Bunga kantan
h) Daun kesum atau daun limau purut
i) Satu sudu kecil kerisik
j) Asam jawa sebesar ibu jari
k) Cili kering yang telah dimesin sebanyak 4 susu besar
l) Ikan
m) Air
n) Garam
o) Gula jika perlu
p) Serbuk perasa jika perlu
q) Minyak masak
r) Sayur seperti bendi atau terung atau tomato

Cara Membuatnya

Masukkan minyak masak, apabila minyak panas, masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan belacan yang telah dikisar atau ditumbuk terlebih dahulu. Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan serai. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang telah dikisar. Tumiskan sehingga pecah minyak atau nampak sedikit garing.
Setelah itu masukkan air asam jawa dalam anggaran semangkuk dan tambahkan 2 mangkuk air biasa. Apabila kuah tersebut sudah berwap (biasanya sebelum mendidih), masukkan ikan dan daun limau atau daun kesum dan bunga kantan. Biasanya ikan yang digunakan untuk memasak asam pedas ialah ikan kembung (mabong), ikan tenggiri, ikan parang, ikan siakap, ikan terubuk atau ikan pari. Petua nenek saudara saya, kalau memasak asam pedas menggunakan daun limau tidak boleh dicampurkan dengan daun kesum nanti rasanya lari. Begitulah juga sebaliknya
Apabila ikan hampir masak, bolehlah dimasukkan kerisik dan sayur seperti bendi atau terung atau tomato. Kalau tidak ada kerisikpun tak apa kerana ia bukanlah bahan yang akan mencacatkan masakan. Kerisik ini akan menambahkan kesedapan masakan.Sebaik sahaja kuah mendidih, masukkan garam. Ada yang suka masukkan sedikit gula untuk mengurangkan atau menyeimbangkan rasa pedas kuah tersebut. Biasanya kami sekeluarga tidak meletakkan gula dalam masakan asam pedas. Akhir sekali, apabila kuah sudah mendidih, boleh letakkan sedikit serbuk perasa jika perlu. Asam pedas di bawah ini sudahpun masak.
Para suri yang bekerja di rumah yang tidak tahu menu apa untuk dimasak hari ini, bolehlah cuba resipi enak asam pedas Melaka ini. Saya hari ini dah tentulah berlaukkan asam pedas ikan tenggiri, sayur kacang buncis digoreng dengan lobak, telur dadar dan ikan masin. Resipi yang sangat mudah dan ringkas bagi para suri. Pastinya dapat menambat selera anak-anak pada hari ini. Jomlah kita memasak!
 
Diam tak diam tinggal lebihkurang 10 hari lagi anak-anak akan kembali bersekolah. Alhamdulillah semua pembelian untuk persekolahan anak-anak telah saya selesaikan hujung minggu yang lepas. Minggu ini minggu persediaan, mengemaskini ruang belajar dan mengembalikan `mood' belajar anak-anak. Bagi anak-anak yang ingin kembali ke asrama bolehlah dibekalkan minyak dan haruman serbaguna Miracle untuk teman ketidakselesaan. Bagi yang ingin menambahkan kecerdasan minda, boleh amalkan coklat Imtiyaz Gold Sirah agar anak-anak sentiasa bertenaga. Mungkin juga ada anak-anak yang tidak sempat bersarapan atau para ibu yang sibuk, boleh saja bekalkan anak-anak dengan snek Moola yang berkhasiat sebagai sarapan pagi. Apapun pilihan anda, pastikan anda lakukan perkara yang baik dan berguna untuk diri dan keluarga. Sampai jumpa lagi!

Sabtu, 14 Disember 2013

Perjalanan Ke Timur Tengah 2013 : Kuwait (Siri 2)

Perjalanan dari Qatar ke Kuwait menaiki kapalterbang hanya mengambil masa 60 minit. Kami menaiki Qatar Airways yang cukup selesa. Belum sempat terlena, dahpun sampai. Ketika sampai di Kuwait jam 10.00 malam, kami disambut dengan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kuwait. Suhu di Kuwait lebih sejuk berbanding dengan Qatar kerana kedudukannya ke utara. Kami menginap di Hotel Holiday Inn. Hotel ini cantik dan `mahal'.
Keesokan paginya kami menjamu selera di `coffee house' sebagai pengalas perut kerana malam sebelumnya kepenatan dan tidak sempat makan malam. Kebetulan pagi ini kami mendapat jemputan bersarapan di rumah Kedutaan Malaysia di Kuwait. Menu di kedutaan ialah nasi lemak. Terubat rasa rindu akan makanan Malaysia walaupun baru beberapa hari kami di perantauan. Sempat juga kami mengambil gambar dengan Duta Malaysia di Kuwait, pegawai-pegawai dan isteri-isteri mereka. Alhamdulillah semoga ukhuwwah terus terjalin.
 
 
Selesai sarapan dan pertemuan dengan Duta, kami bergerak ke temujanji seterusnya iaitu ke Kuwait International Moderation Center. Pada sesi perbincangan kami dihidangkan dengan 3 jenis air yang menjadi kemestian 2 negara setakat ini. Pertama diberi qahwah, kemudian Syai (teh), jus buah-buah beserta air mineral. Katanya ia sebagai penghormatan kepada para tetamu. Selesai perbincangan, kami sempat solat Zohor dan Asar di institusi ini. Saya agak kehairanan kerana tidak nampak langsung pekerja perempuan. Berbeza dengan Qatar.
Aktiviti seterusnya ialah lawatan kerja ke Ministry of Awqaf and Islamic Affairs Kuwait. Ramai juga orang yang berurusan di tempat ini. Macam di pejabat kerajaan di Putrajaya.



 
Sehari di Kuwait, jadual amat padat sehingga tidak sempat untuk kami pergi ke `souq' dan sebagainya. Kata pegawai Malaysia bila saya bertanyakan tentang Kuwait ialah, `Qatar is a rich country but Kuwait is richer than Qatar'. Ini bermakna Kuwait adalah Negara terkaya di rantau Tanah Arab. Tukaran wangnya menyebabkan kami tidak berbelanja sewaktu di airport Kuwait. 1 dinar Kuwait bersamaan dengan RM11.00. Satu fridge magnet berharga hampir RM18.00. Sedikit maklumat tentang Negara Kuwait dari Wikipedia. Kuwait ialah sebuah Negara raja berperlembagaan yang terletak di pantai Teluk Arab. Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air". Insyaallah jika ada kelapangan saya ingin menziarahi kembali negara ini.
 

 
 

Selasa, 10 Disember 2013

Qatar Yang Baru Kukenali

Qatar ialah sebuah negara yang kaya dan sumber pendapatan berasaskan minyak dan gas. maklumat lanjut tentang Qatar boleh didapati di Wikipedia. Hasil dari pemerhatian saya kebanyakan pekerja di Qatar ialah orang luar iaitu ekspatriat dari Mesir, Syria, India, Malaysia, Filipina, Indonesia dan sebagainya. Orang Qatar menjadi golongan professional dan ada yang tidak bekerja. Dari segi tukaran matawang, duit Malaysia adalah tinggi sedikit, 1 riyal Qatar bersamaan RM0.85. Akan tetapi taraf hidup di sini adalah tinggi. Barang-barang keperluan dan makanan agak mahal. Secucuk sate berharga RM2.00. Belanja sekolah anak seorang dalam sehari ialah 10-20 riyal Qatar. Rakyat Qatar berbeza kerana diberi banyak kemudahan oleh kerajaannya.

Dari kacamata seorang pelancong amatur, Qatar tidak mempunyai banyak tempat yang boleh dilawati. Kebetulan aku berada di sini atas tiket lawatan kerja, mungkin tiada kesempatan untuk kami meninjau tempat-tempat menarik di Qatar. Kami sempat mengunjungi Souq Waqif, Di sini pelbagai barang seperti pakaian, kain, cenderahati, tempat minum, bahan-bahan masakan, barangan antik dijual. Kami tidak berkesempatan untuk ke Muzium.  
 
 
 Paling aku bersyukur berpeluang bertemu secara 4 mata dengan Sheikh Dr Yusuf alQardawi, ulama besar yang masyhur. Tidak sangka Allah memberi peluang bertemu ketika sheikh masih hidup. Sheikh tinggal di Qatar dan diberi segala keistimewaan oleh Raja Qatar. Kami melawat Yayasan Qatar, AlQardhawi Centre for Islamic Moderation, Hamad bin Khalifa University dan  Maktabah Yusuf alQardawi di rumahnya.
 
Malamnya kami bertemu dengan Duta Besar Malaysia ke Qatar, isterinya dengan beberapa pegawai mereka. Sambil menjamu makan malam, banyak yang diketahui tentang suasana kehidupan para suri di Qatar. Kebanyakan mereka tidak bekerja atau bercuti tanpa gaji kerana mengikut suami. Golongan muda di Qatar kurang bersungguh-sungguh memajukan diri dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka hidup senang dan menerima pelbagai kemudahan dari kerajaan Qatar. Saya melihat ini adalah satu  kerugian kepada umat Islam seluruhnya kerana tiada kekuatan ilmu sebagai persediaan untuk persaingan dengan umat lain pada masa sekarang dan masa hadapan.
 
Kami tidak lama lama di Doha, hanya 3 hari 2 malam kerana ada program yang telah disusun di Kuwait. Penerbangan ke Kuwait dari Doha hanya memakan masa dalam 1 jam. Selamat tinggal Doha, semoga ketemu lagi pada masa akan datang.
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...