Iklan

Jumaat, 21 Februari 2014

Ragam Anak-Anak dan `Supper'

Hari ini sungguh saya amat-amat keletihan. Anak di asrama tiba-tiba telefon minta diambil. Sepatutnya hujung bulan, mungkin kerana mesyuarat PIBG sekolah tempohari, jadual pulang ke kampungpun berubah. Dari petang sampai ke malam anak-anak berumur 6 tahun hingga ke 12 tahun mempunyai kelas tambahan. Apa lagi jadi pemandu beberapa sesilah pulak.

Hari ini juga supermama terlupa pulak nak makan vitamin. Malam sebelumnya tidur lewat menyiapkan robot anak daraku, Madiha. Gembira sungguh dia bila balik sekolah cikgu beritahu dapat A-. Cikgu dia tahu ke yang membuatnya ibunya. Demi anak, ibu yang seharian non-stop kerja di rumah menggagahkan jua mengasah daya kreativiti yang ada di tengah-tengah malam buta. Kepala, leher dan tengkuk kulumurkan Miracle Refreshing, biar segar dan terjegil mata. Alhamdulillah baunya wangi menusuk hidung dan saya terus rasa segar hinggalah siap Cik Robot. Mujur berupa juga robot ni.

Cik Robot

Para suri janganlah gelak kuat sangat, malulah sebab tak pandai seni pertukangan tangan. Idea tercetus di waktu tengah malam. Orang lain dah berdengkur-dengkur tidur. Moralnya, para suri sekalian hendaklah memenuhi diri dengan 1001 ilmu pengetahuan. Anak-anak tak tengok sijil apa kita belajar dulu, yang dia tahu ibunya supermama.

Sesudah balik tuisyen, anak-anak nak makan lagi sedangkan selepas Maghrib dah makan malam. Supermama ni nak pengsan dan tunggu masa je nak rebah. Dah tak larat nak masuk ke dapur. Jadi hidangan supper terrringkas sekali ialah belilah burger. Beli burger Ramly je, pun sedap juga. Bagi sokongan kepada produk orang Islam. Untung gerai burger sebab anak-anak tak mahu makan sayur kobis mentah, jadi burger dengan keju je.


Dah kenyang, alhamdulillah. Syukur ya Allah! Walau serba kepenatan, letih bersulam bahagia kerana sentiasa berada di samping anak-anak dan melayan karenah mereka. Hari ini supermama nak tidur awal iaitu sebelum detik tengah malam. Ok teman-teman, selamat malam dan mohon maaf sekiranya ada apa-apa kekhilafan di pihak saya. Buat akhirnya, jaga diri, jaga kesihatan dan ceria selalu. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum.

Rabu, 19 Februari 2014

MRS Menambat Hati Anak-Anak

Assalamualaikum rakan-rakan di alam maya. 

Satu-satunya kecintaan saya ialah menulis tetapi saya bukanlah penulis tegar, penulis yang ada nama mahupun bekerjaya sebagai penulis. Saya menulis untuk suka-suka, untuk berkongsi sebagai seorang ibu, sebagai seorang suri, sebagai seorang isteri dan sebagai seorang anak. Oleh yang demikian konsistensi saya dalam menulis selalu tergugat dengan pelbagai komitmen. Namun bila saya lapang saya akan menjenguk blog kesayangan dan mula meraikan hobi ini.

Wah! Mukaddimahnya pun dah panjang. Sebenarnya saya nak berkongsi tentang pengalaman saya berdepan dengan anak-anak sejak saya berkecimpung dalam bisnes secara online berkongsi kebaikan produk Miracle Refreshing Spray. Kependekannya MRS. 

MRS ni memang produk yang bagus dan banyak kebaikannya seperti saya pernah ceritakan sebelum ini di SINI dan SINI juga. Namun anak-anak saya terutama yang tinggal di rumah (kerana 2 orang lagi di asrama) amat alergik dengan nama dan bau MRS. Yalah asyik mendengar mamanya menyebut MRS di telefon, berkongsi testimoni MRS setiap hari dengan abahnya, mengemaskini status page berkaitan MRS dan wassup MRS sahaja. Sehingga ada yang mengatakan mama ni asyik Miracle aje! Lalu aku tersenyum sajalah. Mama nak kata apa sebab ini bisnes baru mama. Nak jatuh cinta mestilah sebut dan guna selalukan!

Cabaran paling getir ialah untuk membuat testimoni terhadap anak-anak. Setiap malam sebelum tidur apabila disapukan MRS, ada yang tutup hidung dan memalingkan muka. Bau MRSkan wangi tetapi anak-anakku memang begitu. Bila si abang protes, adik mulalah ikut. Dah tentu yang pasti menang ialah ibunya. Alhamdulillah kesabaranku berbaloi apabila si abang yang mempunyai panau di pipi makin sembuh dan bukan main gembira dia melihat wajahnya di cermin. Tetapi disebabkan penolakannya sebelum ini dengan MRS, maka tidak dapat diambil gambar sebelum dan selepas untuk perkongsian.

Kebetulan pada minggu lepas, Ziyad sakit gusi kerana geraham mulai nak tumbuh selama 2 hari. Aku hanya memberikannya pain killer. Habis ikhtiar aku memujuknya untuk disapukan MRS beberapa hari. Makan tak lalu, moodpun tak ada. Mulanya dia mengelak dan tidak mahu apabila aku ingin meletakkan MRS. Tetapi apabila dipujuk-pujuk dan ditunjukkan testimoni pelanggan yang menggunakan MRS untuk sakit gigi barulah boleh diterima. Alhamdulillah syukur, pagi esoknya dah sembuh dan minta dibekalkan sebotol MRS 10ml kerana takut sakit gigi lagi di sekolah. 

Adiknya Imran apabila abangnya dah positif dengan MRS, diapun minta disapukan MRS juga. Imran ini mempunyai tabiat tidur yang berbeza dengan adik-beradik yang lain. Sewaktu hendak tidur, dia mahu badannya digaru sehingga terlena. Seringkali belakangnya merah-merah akibat digaru. Apabila digosok atau digaru perlahan, dia tak mahu lena. Kadang-kadang dah setengah jampun tak tidur-tidur. Kadang-kadang ibunya yang tertidur dulu dan dikejutkannya apabila tangan kita tak bergerak. Yang tak laratnya, lama benar matanya nak lelap padahal tangan ibunya dah lenguh sangat-sangat. Satu malam, akupun sapukan MRS ke badannya, sapu juga di leher, bahu, perut, dada dan tapak kakinya, tak sampai 10 minit tengok dah terlena. Rupa-rupanya gabungan kelapa dara, minyak aromatheraphy dan minyak mint ini memberikan rasa keselesaan dan nyaman. Bukan sahaja kanak-kanak, mak dan bapa kanak-kanakpun memang mudah tertidur jika disapukan sebelum tidur. Mereka yang mengalami insomnia iaitu penyakit susah tidurpun boleh guna. Syukur, selesai satu masalah berkaitan tidur.

Mujurlah anak perempuanku Madiha tidak banyak karenah malah amat supportive menceritakan pengalamannya dengan MRS di sekolah dan dengan kawan-kawannya. Memang anak-anak aku bekalkan sebotol MRS 10 ml. Bukannya besar, kecil, comel dan mudah dibawa oleh kanak-kanak. Adakala mereka pening kepala, sakit perut dan mengantuk di sekolah. Jadi MRS ni sesuai untuk disapu di tempat-tempat yang berkaitan.

Sejak satu demi satu testimoni dan pengalaman bersama MRS, anak-anakku mulai suka dengan MRS. Setiap kali hendak tidur, mestilah si abang akan suruh mamanya urut badan dan kakinya dengan MRS. Adik-adikpun dah suka. Mama dah tak jadi tukang garu tapi jadi tukang urut pula. Tak apalah Labu asalkan anak-anak sihat.

Bagi anda yang dah cuba, mungkin boleh kongsikan pengalaman menggunakan MRS dengan teman-teman. Produk yang baik dan dapat membantu menambah nilai hidup seseorang apa salahnya dikongsi dan disebarkan. Bagi anda yang ingin mencuba boleh wassup saya Azhana 0133510426. Kalau anda berminat untuk menjadi dropshipper dan agen MRS juga sangat dialu-alukan. Jika hendak mengetahui dengan lebih lanjut boleh like and surf page saya Miracle Refreshing Hana.

Moralnya jika anda ingin anak-anak menyukai sesuatu perkara, lakukan secara berterusan, lalui dengan penuh kesabaran dan sentiasa tunjukkan contoh dan ceritakan pengajaran di sebalik sesuatu. Insyaallah anak-anak akhirnya akan mengetahui mana perkara yang baik dan buruk buatnya. Sampai jumpa lagi suri, jaga diri, hiasi peribadi, sentiasa segarkan dan ceriakan diri serta penampilan anda.

Selasa, 11 Februari 2014

Dilema Suri Sempurna

Menjadi suri rumah yang bekerja di rumah yang sempurna bukanlah mudah. Hampir 2 bulan saya melaluinya. Begitu mencabar emosi, mental, fizikal dan intelektual. Yalah, sebelum ini saya wanita berkerjaya, bekerja di pejabat, sesekali keluar untuk mesyuarat atau ke cawangan. Pulang ke rumah hanya memasak dan mengemas serba sedikit di dapur. Pembantu rumah juga ada untuk meringankan pekerjaan di rumah. Namun itu dulu, sekarang saya bekerja sendirian di rumah, masa lebih fleksibel dan bebas dan membesarkan anak-anak 5 orang di depan mata. Namun saya masih lagi tercari-cari formula menguruskan rumahtangga dengan `superb'.

Membuat kerja-kerja dalam rumah dan luar rumah secara 100% dan sekaligus memang tidak mampu rasanya. Kalau saya berusaha membuatnya ibarat tak cukup kaki dan tangan dan akhirnya saya kelelahan. Saya sering terfikir-fikir cara mengatasi kekecewaan ini. Akhirnya saya mengatasi situasi ini dengan membina jadual rutin fleksi bagi suri bekerja di rumah. Janganlah anda terlalu `strict' dengan jadual tersebut seperti jadual waktu di sekolah. Anda cuba melaksanakan tugas rutin sahaja terlebih dahulu setiap hari. Kemudian apabila anda sudah biasa dengan rutin tersebut, anda cuba masukkan rutin baru atau kerja tambahan sedikit demi sedikit. Contoh yang paling mudah tetapi `malas' bagi saya ialah menyiram pokok, mengemop rumah dan melipat baju.

Setelah beberapa minggu mengejar jualan promosi untuk bisnes sampingan, hari ini saya ingin bersantai dan menghiburkan diri. Terapi saya mudah sahaja. Selepas menghantar Imran ke tadika, saya menyiram kebun kecil saya di sekitar halaman rumah. Rasa puas melihat pokok dan tanaman tersebut mendapat jirusan yang terbaik dari saya. Padahal menyiram pokok merupakan kerja yang saya amat malas satu waktu dahulu. Tetapi sekarang, jika sehari tidak siram, rasa bersalah dan kesian kepada pokok-pokok tersebut. Sekarang pula cuaca panas. Lama rasanya tak hujan di kawasan saya ini.



Tambah seronok sambil-sambil menyiram tu baru perasan anak buluh muncul. Dapatlah saya memasak rebung lagi. Kadang-kadang pokok cili berbuah, daun kesum segar elok dan buah-buahan yang ditanam menjadi. Berbunga-bunga rasa hati. Bagi saaya ia merupakan pengubat jiwa, segala kepenatan hilang begitu sahaja.

Menjadi suri di rumah memerlukan terapi. Walaupun tiada lagi tekanan yang dialami seperti di pejabat, tetapi saya perlukan `hiburan' untuk minda, dan emosi. Mungkin sesetengah orang suka menonton televisyen, mendengar radio, mengaji, menjahit dan sebagainya. Saya jarang sekali menonton televisyen cuma sesekali waktu menemankan anak-anak makan di dapur kerana di dapur ditempatkan sebuah televisyen.
Apapun situasi anda sebagai suri, pastikan minda, emosi, rohani dan jasmani anda sihat. Jika ada antaranya kurang `sihat', muhasabah kembali. Mungkin sebagai suri anda terlalu kuat bekerja sehingga tiada rehat yang sempurna atau jiwa anda sentiasa rasa tidak tenang atau kesihatan anda bertambah merosot. Penting untuk suri menyemak keadaan diri dan menyeimbangkan dalam semua aspek kerana suri merupakan tonggak sebuah keluarga. Apabila telah mengenalpasti kekurangan dan kelemahan tersebut, ambil masa membuat terapi yang bersesuaian dengan anda. Ketahuilah sukar untuk kita menjadi suri yang cukup sempurna di mata manusia, tetapi adalah amat bererti jika kita dapat melaksanakan tugas suri sesempurna mungkin dengan kapasiti diri kita sendiri.

Ceria dan segarkan diri anda para suri yang disayangi. Maniskan senyuman bukan maniskan minuman. Sampai jumpa lagi, jaga diri semua! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...