Iklan

Rabu, 2 Oktober 2013

RESEPI MUDAH AYAM GORENG KUNYIT

Hari ini saya berkongsi resepi ayam goreng kunyit dengan para suri sekalian. Resipi ini memang mudah disediakan dan amat sesuai untuk suri-suri yang bekerja di rumah atau di pejabat. Sejak ketiadaan pembantu rumah bermula secara rasminya pada hari ini, semua bahan-bahan dalam peti sejuk saya sudah dikemaskinikan. Sambil menunggu nombor giliran saya dipanggil di pejabat SSM, saya terfikir-fikir menu apakah untuk dimasak pada malam ini. Disebabkan hari ini saya agak letih, saya perlu memasak yang simple and nice. Oleh itu pilihan yang dibuat ialah ayam goreng kunyit. Resepi ini menggabungkan sayur-sayuran menjadikan menu ini lengkap khasiatnya. Kebetulan masakan tengahari saya, kari ikan dan sambal sotong masih berbaki dan cukuplah untuk dimakan di malam hari bersama tambahan menu ayam (anak-anak saya yang kecil ni memang meminati masakan ayam berbanding abang dan kakak mereka).
 
Pilihan menu saya tidak silap rupa-rupanya, anak-anak meminatinya sampai menambah nasi. Mungkin ada di antara para suri yang ingin mencuba. Bolehlah lihat resepi di bawah.
 
Bahan-Bahannya :

1. 3 atau 4 potong ayam yang ada isi kemudian digaul dengan kunyit dan garam (Ayam dipotong kecil bukan potong dadu, banyaknya ayam terpulang kepada suri. Jumlah ini cukup untuk sekali makan 3 orang anak-anak saya)
2. Bawang besar - 1 biji (dihiris kasar)
3. Cili merah - 1 biji (dihiris, boleh tukar dengan cili padi dalam 3 biji kalau nak pedas)
4. 2 batang kacang panjang (dipotong/ dipatahkan)
5. Sedikit kobis bunga
6. Sedikit lobak (dipotong kecil)

Cara Memasaknya :
 
Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng ayam sampai masak dan kuning. Tak perlu terlalu garing sebab bila sejuk nanti ayamnya keras. Sesudah itu minyak dikurangkan cukup untuk menumis bahan-bahan lain yang disediakan. Mula dengan menumis bawang, setelah agak layu dimasukkan cili, kacang panjang, lobak dan kobis bunga. Setelah agak masak digaulkan dengan ayam tadi. Saya tidak tambah garam kerana ayam yang digoreng tadi dah diletak garam. Lagipun garam elok dikurangkan dalam masakan. Dah siappun, bolehlah dimakan. Senang dan mudah sahaja resipi inikan.



Nah! Saya hidangkan gambar-gambar ini untuk tatapan mata anda semua. Ia sesuai dimakan dengan tomyam atau makan begitu sahaja dengan nasi panas yang baru masak. Para suri bolehlah mencuba untuk masakan keluarga anda pula.


5 ulasan:

  1. Resepi yang sangat simple :),terima kasih sudi berkongsi.

    BalasPadam
  2. Resepi ini mudah dan cepat disediakan. Selamat mencuba Puan!

    BalasPadam
  3. Singgah sini..cari resepi nak masak apa, harini nak masak ayam kunyit ni :)

    BalasPadam
  4. Sedap n simple sangat.. saya nak cuba masak ini untuk lauk tengah hari. thanks

    Resepi Masakan Chika

    BalasPadam
  5. Terima kasih berkongsi.
    Singgah sini, belek blog. Hihi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...