Anak bujang sulung saya merupakan anak kedua dari 5 adik-beradik. Berbeza dari adik-beradik yang lain, Faiz merupakan seorang yang agak pendiam di rumah. Dia hanya bercakap perkara yang penting sahaja. Sesekali bila kakaknya pulang barulah ada perkara-perkara disembangkan. Apabila hendak membeli barang atau berbincang hal persekolahan, Faiz lebih suka berbincang dengan mamanya dari ayahnya. Anak bujang saya dah jadi anak teruna, ketinggiannya dah lebih dari ayahnya dan bakal dinobatkan sebagai yang paling tinggi dalam keluarga kami. Rutin saya ialah mengambilnya pulang selang 2 minggu sekali. Tetapi baru seminggu tiba-tiba Faiz menelefon memaklumkan dia ditimpa musibah kehilangan wang dan terpaksa meminjam wang dari Bendahari Asrama. Mahu tak mahu terpaksalah saya menziarahinya walaupun sepatutnya ada seminggu lagi. Inilah pertama kali dia kehilangan wang sejak tinggal di asrama.
Faiz di Paris
Oh...saya sebenarnya ingin menceritakan tentang pasar di Pasir Penambang. Anak saya Faiz bersekolah di kawasan Pasir Penambang, Kuala Selangor. Biasanya 2 minggu sekali saya akan `memborong' membeli lauk-pauk untuk stok 2 minggu kerana bahan makanan basah seperti ikan dan makanan laut lain lebih mahal di Shah Alam dan di Kota Damansara. Tambahan pula ikan di sini terdapat bermacam-macam jenis, udang juga bermacam-macam saiz dan udang laut lebih manis dan enak dimasak. Ada sotong, ketam, kepah, lala dan sebagainya. Semuanya segar dari laut.
Biasanya kami membawa bekas polisterin besar untuk meletakkan bahan makanan basah tersebut. Jangan risau kalau tak bawa, ada banyak dijual di situ. Kadangkala ketika membeli kami berjumpa kawan-kawan yang datang dari Rawang, Ampang dan tempat-tempat lain. Malah ada juga yang beli nak bawa balik ke Singapura, mungkin kebetulan mereka melawat keluarganya di Kuala Selangor. Mereka datang semata-mata untuk mendapatkan bahan makanan segar dan harganya amat munasabah, memang murah dari kawasan Bandar. Inilah yang saya beli untuk minggu ini. Memang berbaloi dari segi harganya. Saya tak berani untuk membeli banyak kerana minggu hadapan akan berkunjung lagi untuk bawa Faiz pulang bercuti.
Nampak segarkan!
Petikan dari www.kuala-selangor.com tentang pasar ini.
Betul tu, memang segar makanan lautnya. Semasa membeli-belah tu jangan lupa diri pula sebab kadang-kadang terlebih beli semata-mata tertawan dengan kesegarannya sedangkan kat rumah bukan ramaipun nak makan.
Jangan lupa sayur-sayurannya juga murah. Saya suka kerana ada banyak ulaman kampung yang segar dan murah tetapi kedai sayuran tidak sebanyak kedai ikan.
Usai membeli, kami mencari kudapan untuk minum petang. Di sebelah kiri pasar ada banyak gerai menjual makanan dan minuman. Gerai pertama yang menjual laksa kami tuju. Makcik laksapun dah sedia menanti. Makcik ini berasal dari Perlis tetapi telah menetap lama di Kuala Selangor. Laksanya begitu ummpph! Laksa makcik ni mula dijual selepas Zohor dan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Depan gerai ini ada pulut panggang (pun sedap sangat), ada juga karipap, goreng pisang dan keropok lekor. Semuanya laku dibeli orang dari pelbagai bangsa. Gerai makcik hanyak menyediakan air cendol dan ABC sahaja. Kalau nak minuman panas, sejuk dan kelapa muda ada dijual di gerai sebelah. Mmm..mee jawa di gerai sebelahpun sedap juga. Lupa pula nak upload gambar semasa bertandang dulu.
Nilah rupa laksa utaranya. Best!
Minta maaf saya tak teringat nak mengambil gambar gerai makanan di sekitar pasar ni. Selain pasar ini sebagai daya tarikan di Kuala Selangor, ada banyak tempat lain lagi seperti Kelip-Kelip, Bkt Melawati dan sebagainya. Layarilah www.kuala-selangor.com untuk maklumat lanjut ya.Nota buat pengunjung :
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah
Makanan kepitingnya lezat tuh ganz ... sangat enak kelihatannya ,, heemm pengne nyoba bikin nih ,,,
BalasPadamharga rumah di surabaya
jual beli rumah murah
jual rumah balikpapan
Perumahan Baru