Iklan

Khamis, 24 Oktober 2013

8 Tips Bahagia Dalam Perkahwinan

Semua orang yang berkahwin mahu kebahagiaan dalam rumahtangga yang dibina. Ada 8 tips berkesan yang boleh para suri praktikkan untuk terus memupuk kebahagiaan dalam perkahwinan.
 
Tips 1 - Komunikasi 2 hala
Biasakan diri untuk saling berkomunikasi bersama pasangan, baik ketika berada di rumah atau ketika bekerja atau ketika sedang berjauhan. Jika ada masalah, sebaiknya dibincangkan ketika anda atau pasangan sedang santai. Kajian menunjukkan faktor komunikasi juga menyumbang kepada faktor penceraian. Ketidakharmonian rumahtangga biasanya bermula dari kurang komunikasi dua arah antara suami dan isteri. Masing-masing saling menyimpan masalah seolah-olah bersendirian meskipun berada di bawah satu bumbung.
 
Tips 2 - Keterbukaan tentang masalah seks
Masalah seks ternyata antara penyebab utama berlakunya penceraian. Mungkin ramai yang lupa bahawa fungsi hubungan seksual selain untuk mendapatkan zuriat keturunan, ia juga untuk rekreasi atau ekspresi cinta atau meredakan tekanan. Pasangan perlu mempunyai komunikasi terbuka untuk membincangkan isu seksual agar kedua pihak tidak bosan dan tertekan. Keadaan sudah berbeza dari dulu yang menanggap isu seksual sebagai tidak penting. Ia juga antara elemen penentu kebahagiaan rumahtangga. 
 
Tips 3 - Menerima pasangan seadanya
Ketika seorang lelaki dan wanita berumahtangga dan hidup sebumbung bersama, maka sifat sebenar masing-masing akan terserlah. Sikap itu kadangkala berbeza sewaktu awal perkenalan atau dalam percintaan. Dalam alam perkahwinan barulah proses pengenalan, pembelajaran mengenai perbezaan masing-masing dan penyesuaian diri dengan pasangan berlaku. Inilah kehidupan perkahwinan yang sebenar. Dalam tempoh ini kadangkala pasangan akan berhadapan dengan konflik disebabkan perbezaan latar belakang, keperibadian, persepsi, pengetahuan dan sebagainya. Perbezaan ini boleh diatasi sekiranya pasangan saling berusaha memahami diri masing-masing, saling toleransi, menerima pasangan seadanya dan cuba mempertingkatkan diri masing-masing.
 
Tips 4 - Jangan biasakan berbohong
Pasangan suka berbohong dengan alasan kebaikan seperti tidak mahu pasangan banyak bertanya dan menanggap bukan-bukan apabila memberitahu perkara sebenar. Apabila berbohong menjadi kebiasaan dan berlanjutan maka sikap ini menjadi biasa dalam diri pasangan dan akan timbul masalah di kemudian hari. Sebaiknya ceritakan dan beritahu perkara sebenar dari awal pada pasangan tentang urusan kerja dan peribadi anda supaya pasangan memahami.
 
Tips 5 - Jangan cemburu berlebihan
Memang banyak faktor perselisihan suami isterri disebabkan perasaan cemburu tidak bertempat. Lazimnya ia bermula dari salah tafsir dan sikap pasangan yang terlalu terbuka. Hati-hati ya, boleh cemburu tetapi biar berpada-pada.
 
Tips 6 - Hindari kecurangan
Kecurangan berlaku dengan pelbagai sebab seperti kesepian, tiada kepuasan dengan pasangan dan juga godaan dari pihak luar. Pasangan hendaklah bersikap terbuka dalam melayani permasalahan pasangan dan tidak tunduk kepada anasir-anasir luar yang cuba merosakkan rumahtangga yang dibina.
 
Tips 7 - Bajai Kemesraan Hubungan
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa mencari masa untuk membajai kemesraan dalam perhubungan mereka. Pasangan hendaklah kreatif menjadikan hubungan sentiasa ceria dan bahagia. Cuba ambil masa untuk merancang percutian, meluangkan masa pergi membeli-belah bersama, membuat aktiviti pembersihan di rumah dengan keluarga dan sebagainya.
 
Tips 8 - Berdoa kepada Allah swt
Dalam melayari bahtera rumahtangga, tidak terlepas dari sedikit sebanyak ombak yang melanda. Pasangan hendaklah mendekatkan diri dan sentiasa berdoa kepada Allah swt agar kerukunan rumahtangga kekal hingga ke akhirat kelak.

Kepada para suri cubalah kita saling mempraktikkan 8 tips ini. Mudah-mudahan rumahtangga yang kita dibina bertambah ceria dan bahagia dan kekal hingga ke Jannah.
 
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...