Iklan

Jumaat, 4 Oktober 2013

Testimoni Kelas Asas Blog dan FanPage

Hampir sebulan yang lepas, saya merupakan insan yang berbeza. Dari seorang yang tiada ilmu dalam blogging menjadi seorang yang tahu bagaimana mahu membina blog. Sebelum ini saya tertanya-tanya bagaimana orang membuat bisnes page (fanpage) mereka. Alhamdulillah melalui kelas ini saya mahir membina asas blog dan mahir membuat fanpage.
Saya menyertai kelas ini pada 5 September 2013, sehari sebelum hari ulangtahun kelahiran anak saya yang keempat. Mungkin Allah telah menggerakkan hati saya untuk mencari maklumat suri yang bekerja dari rumah di laman internet. Kebetulan saya juga tercari-cari kaedah untuk memulakan perniagaan di internet. Alhamdulillah saya terjumpa blog sifu Zaila Mohamad www.zailabinimdae.blogspot.com. Di Akademi Bekerja Dari Rumah, ada ramai guru-guru online yang boleh membantu mengajar kita menjadi seperti saya sekarang. Saya bersyukur mendapat cikgu yang sabar melayan karenah saya yang banyak bertanya. Almaklumlah latarbelakang saya bukannya orang IT. Sepanjang pengajarannya ada ketika saya tekun menyiapkan beberapa tugasan dan adakalanya saya menundakan tugasan tersebut. Ini bermakna kelas secara maya ini lebih fleksibel dan amat sesuai untuk pelajar dewasa macam saya. Sama ada suri rumah sepenuh masa atau suri yang masih bekerja semuanya diberikan masa 24 jam dan terpulanglah kepada anda untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Hendak cepat atau lambat terpulanglah kepada diri kita sendiri. Anda tidak perlu berada sentiasa berhadapan dengan komputer malah sesi tutorial boleh berlangsung di mana-mana sahaja sekiranya anda mempunyai ipad atau smartphone yang mempunyai akses internet. Kadangkala pertanyaan tugasan ketika anda di dapur atau di stesen menunggu bas atau ketika menidurkan anak atau dengan pelbagai situasi. Anda tidak perlu datang ke rumah guru. Anda boleh belajar di Perak, Kedah, Kelantan, Johor, di tempat mana anda berada sekarang dengan syarat ada talian internet malah ada rakan pelajar kami berada di Jepun sekarang. Begitulah indahnya menjadi pelajar dewasa dan belajar secara maya.

Berkat belajar beberapa ketika lahirlah entri pertama penulisan saya di blog www.azhanaam.blogspot.com bertarikh 7 September 2013 iaitu 2 hari selepas belajar secara online. Kalau saya boleh menulis anda juga sudah tentu boleh.
 
Banyak kebaikan dari keburukan yang saya nampak dan saya rasa hasil pembelajaran saya selama sebulan ini. Guru kelas amat mengambil berat akan perkembangan saya dalam penulisan dan pemahaman tentang pengajaran dalam kelas. Selain itu guru besar juga (Pn. Masayu Ahmad) dan guru-guru lain sentiasa memberi perangsang dari segi sokongan dan teguran yang membina. Untuk pengetahuan anda, Pn Masayu merupakan pengasas utama kepada Akademi Bekerja Dari Rumah. Dalam pada itu saya telah mendapat sokongan padu dari rakan-rakan seperjuangan (kebanyakannya pelajar senior). Kami saling bantu-membantu menaikkan capaian link blog masing-masing. Mereka bukan sekadar rakan sekelas malah kami berkongsi tentang keluarga dan sebagainya. Dari kelas ini juga saya telah dapat memanfaatkan ilmu yang diajar dan berusaha untuk menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain. Kadangkala kita juga mendapat peluang menjadi guru kepada pelajar-pelajar yang baru pula.
Bagi saya tiada impak negatif hasil dari pembelajaran saya setakat ini cuma ada keperluan kepada sedikit penambahbaikan dari segi pengemaskinian nota. Mungkin nota-nota dari setiap tugasan perlu disusun lebih kemas dan jelas sehingga boleh menjadi sebuah e-book yang akan diberikan secara percuma kepada setiap pelajar yang mengikuti kelas membuat asas blog dan fanpage.

Kelas ini memang amat sesuai kepada mereka yang ingin membuat bisnes secara online kerana telah mencakupi 2 perkara asas yang merupakan keperluan utama bisnes online iaitu membuat blog dan fanpage. Marilah menjadi sebahagian dari keluarga kami di Akademi Bekerja Dari Rumah, lihat link di http://www.akademibekerjadarirumah.blogspot.com

Sekiranya anda  mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami, http://www.sohodirectory.blogspot.com
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi seperti saya dan rakan-rakan lain bolehlah menyertai kami di Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage.  Anda boleh hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com.
Untuk melihat contoh blog, layari http://www.azhanaam.blogspot.com.
Untuk melihat contoh fanpage di facebook, taip Sihat Melalui Makanan Sunnah atau klik www.facebook.com/pages/sihatmelaluimakanansunnah

Kami akan bimbing anda secara online sehingga anda mahir membuat asas blog dan fanpage. Jom penuhi diri dengan ilmu.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...