Iklan

Memaparkan catatan dengan label Makanan Sunnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan Sunnah. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2013

Moola, Snek Sihat Dan Sedap


MOOLA snek makanan sihat untuk anda dan keluarga. Sesuai untuk sarapan pagi anda dan mereka yang sibuk serta tidak sempat mengambil makanan berat. Rasanya sangat enak. 
 
Ia boleh dijadikan snek untuk parti harijadi, stok makanan di rumah yang sihat untuk anak-anak, sebagai bekalan dalam kereta, untuk mereka yang gastrik atau perlu kerap mengambil makanan dan Moola amat sesuai di mana sahaja pada setiap ketika. Marilah berMOOLA kerana kandungan seratnya yang tinggi membantu anda dari kelaparan untuk sekurang-kurangnya 2 jam dengan pengambilan 2 bar. 


 
 
Ada 2 perisa baru iaitu kurma & badam dan roselle & badam. Kandungan bahan-bahan utamanya ialah kurma, roselle dan badam. Bahan2 lain ialah bijirin oat, bertih beras, madu, soya, susu dan lemak sayuran. Yang paling disukai kerana kandungan makanan sunnah seperti kurma, bdam, madu dan susu.
 
Dates Almond & Roselle Almond – 22g
  Low in Calorie
Rich with Fibre
Natural Novel Flavour
Gluten Free
No Cholestrol
 
Kandungan kalorinya rendah, kaya dengan serat, mengandungi pemanis semulajadi dan tiada kolesterol sememangnya berkhasiat dan sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Moola mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM. Lihat sijilnya.
 
1 kotak mengandungi 6 bar. Granola bar ini adalah buatan bumiputera Malaysia. 

 
Harga promosi pengenalan bagi 1 kotak sehingga 31 Disember 2013 ialah RM15.00. Harga sekotak Moola termasuk kos pos ialah RM21.00 di Semenanjung dan RM24.00 di Sabah & Sarawak. Untuk pengetahuan semua kos pos yang ditetapkan oleh Pejabat Pos di bawah 500gm di Semenanjung ialah RM6.00 dan di Sabah & Sarawak RM9.00. Sms/Whatsapp 0133510426 atau Email azhana.am@gmail.com untuk sebarang tempahan dan pertanyaan.
 
Jom kita ber Moola...
 
*********************************************
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
   Jika berminat  sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
  boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
  boleh lawat  http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
 atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini

 

Khamis, 31 Oktober 2013

Coklat Imtiyaz Gold Sirah

MENGOPTIMUM DAN MEMPERKASA OTAK MELALUI MAKANAN
 

Rahsia untuk mengekalkan kesihatan MINDA dan TUBUH BADAN kita ialah dengan sentiasa menggunakannya dengan cara pemakanan yang betul, terutama apabila kita semakin berumur. Seluruh badan, otak dan sistem saraf terdiri dari molekul makanan dan kerana itu pemilihan makanan mempunyai kesan yang besar terhadap fungsi otak. Pada masa ini badan kita kerap mengalami gangguan akibat pencemaran, ketagihan makanan, dadah, kimia dan alkohol yang memberi kesan kepada minda dan badan kita.

Kekurangan gula dalam darah menyebabkan fungsi memori dan otak menjadi perlahan. Untuk mengawal kandungan gula dalam badan ialah dengan pemakanan yang seimbang dan snek berkhasiat semasa bersarapan dan semasa rehat pagi dan petang. Orang yang mempunyai alahan terhadap makanan tertentu perlu berhati-hati dan kita perlu ingat bahawa makanan sama pentingnya dengan ubat dan makanan yang seimbang berupaya membantu mengekalkan kesihatan.

Untuk menjadikan otak terus sihat, nutrien yg seimbang iaitu protein, lemak, karbohidrat, asid amino, vitamin, galian, udara, air dan cahaya adalah diperlukan. Vitamin, galian, asid amino dan lemak daripada makanan berfungsi secara sinergis dalam badan untuk menjadikan kita sihat dan bertenaga. Makanan yang seimbang dgn kadar yang betul dapat melindungi dan mengekalkan fungsi otak kita dan amalan ini adalah lebih baik dari mengambil pil vitamin semata-mata. Badan kita mengandungi 63% air, 22% protein, 13% lemak dan 2% vitamin dan galian. Oleh itu untuk mendapatkan kesihatan yg optimum kita perlu menyeimbangkan jenis makanan dari jenis karbohidrat, protein dan lemak.
 

Coklat Imtiyaz Gold Sirah dengan gabungan kismis,koko, madu, susu kuda, pegaga dan soya membantu minda dan tubuh badan menjadi lebih sihat, cerdas dan cergas. Coklat Imtiyaz mengandungi campuran pemakanan seimbang yang sesuai dengan diet makanan kita.
 

Kebaikannya :

1.MENCERDASKAN MINDA
2.MENSTABILKAN EMOSI
3.MENGUATKAN DAYA INGATAN
4.MENINGKATKAN MEMORI DAN HAFALAN
5.MENAMBAHKAN TENAGA FIZIKAL DAN MENTAL
6.MEWUJUDKAN KETENANGAN FIKIRAN
7.MENAMBAHKAN DAYA KREATIVITI DAN INNOVASI
8.MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI DAN TIDAK MUDAH BERPUTUS ASA
9.MENGURANGKAN STRESS,FOBIA DAN MURUNG


Cara Makan :

1 botol COKLAT IMTIYAZ GOLD ada 60 biji. Hanya kemam dan hisap sehingga cair di mulut sekurang-kurangnya 2-5 biji sebelum sarapan setiap hari. Sesuai untuk anak-anak kecil, kanak-kanak sekolah dan orang dewasa juga. Apabila mengamalkan coklat ini, kurangkan atau hindarkan minum air bergas atau berkafein untuk keberkesanan yang nyata lebih baik.

Coklat Imtiyaz Gold Sirah, makanan berkhasiat dan pilihan terbaik untuk minda. Kita berusaha, Allah jua yang menentukan.

Harga Sekotak :

RM45 (Semenanjung)
RM49 (Sabah dan Sarawak)
Harga termasuk kos pos

Cara Pesanan :

SMS/Whatsapp : 0133510426
Pm di fb : Azhana AMutalib

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota buat pengunjung :

#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat

  sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
  boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini
  https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat
 di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
 https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah

Isnin, 21 Oktober 2013

Pakej Suri Berpantang Dengan Makanan Sunnah


Set berpantang ini mengandungi ;

1. Madu AlShifa (500gram)
2. Kapsul Habbatussauda (60biji)
3. Pati Delima Ya Mal Alsham (250ml)

Harga : RM96 (termasuk pos ke seluruh Malaysia)

Untuk tempahan boleh hubungi :
Email - azhana.am@gmail.com
Sms/Whatsapp - 0133510426

Sabtu, 19 Oktober 2013

Madu AlShifa


Madu AlShifa (500ml)
Harga : RM35
Kos Pos : RM10 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah & Sarawak)

Madu AlShifa (750ml)
Harga : RM44
Kos Pos : RM10 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah & Sarawak)

Madu AlShifa (1kg)
Harga : RM65
Kos Pos : RM10 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah & Sarawak)

Untuk tempahan, sila hubungi :

Email - azhana.am@gmail.com
Sms/Whatsapp - 0133510426

Rabu, 16 Oktober 2013

Fellicious Brain Charger Drinks


Fellicious BCD merupakan makanan tambahan untuk minda dan tubuh kita. Ramuan dari buah-buahan asli seperti delima, kurma, kismis, madu, kolagen, puresweet ini telah menjadikan Fellicious BCD sebagai minuman yang digemari oleh setiap lapisan umur.

Fellicious BCD sesuai diambil oleh ;
-Ibu mengandung
-Bayi seawal dalam pantang
-Kanak-kanak
-Orang tua
-Orang dewasa
-Penghidap kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai penyakit lagi

Harga RM89.90 tidak termasuk kos pos.

Untuk tempahan boleh hubungi :
Email - azhana.am@gmail.com
Sms/Whatsapp - 0133510426


Isnin, 14 Oktober 2013

Susu Kambing Enak Dari Suffy Goat



Suffy Goat (produk dari My Suffy Marketing) merupakan susu kambing terbaik yg diformulasikan dengan tambahan makanan sunnah seperti kurma,madu dan delima. Selain itu ia ditambahbaik dengan khasiat rumpai laut. Susu ini baik untuk bayi berumur 6 bulan ke atas. Ia sesuai dijadikan susu alternatif selain yang ada di pasaran.

Pakar-pakar pemakanan sedunia telah bersetuju bahawa komposisi susu ibu dan susu kambing hampir sama. Susu kambing mengandungi 3.1% lemaknya sama dengan peratus lemak susu ibu. Dari segi proteinnya pula susu kambing mengandungi 3.7% dan peratusan ini juga sama dengan susu ibu. Kerana itulah pada zaman Nabi saw, susu kambing menjadi alternatif kepada ibu ketika mana ibu tidak dapat menyusukan anak. Sebab itulah amalan meminum susu kambing amatlah digalakkan . Hikmahnya cukup besar kerana berpotensi melahirkan anak YANG SUPER (yang hebat, cerdik, cergas dan IQ yang tinggi). Selain dari itu, susu kambing kaya dengan protein, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis serta antibarah. Ia mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.


Harga RM40.00
Kos Pos RM10.00

Untuk tempahan boleh hubungi :
Email - azhana.am@gmail.com
Sms/Whatsapp - Azhana 0133519410

Ahad, 6 Oktober 2013

Khasiat Jus Kurma Dan Kismis


Jus kurma dan kismis At-Thoyyiba

Khasiat Jus Kurma plus Kismis :
  • Memberi tenaga secukupnya
  • Baik untuk mereka yang berdiet
  • Mengelakkan dari penyakit barah
  • Melancarkan perjalanan darah dan mencuci hati
  • Mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah
  • Mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik
  • Mengatasi sakit kerongkong, selsema, demam dan insomnia
  • Menajamkan minda
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi
  • Menjaga kesihatan kulit
  • Menjadikan gigi sihat

Jus ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Harga : RM36 (Semenanjung Malaysia)
            RM56 (Sabah & Sarawak)
Harga tersebut termasuk dengan kos pos

Untuk tempahan :

E-mail : azhana.am@gmail.com
SMS/ Whatsapp : 013-3510426


#Sekiranya anda  mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk bolehlah beriklan di Directory SOHO, http://www.sohodirectory.blogspot.com

#Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari Asas Membuat Blog dan FanPage, hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com.

Jumaat, 20 September 2013

KAPSUL HABBATUS SAUDA'



Habbatus sauda' mempunyai banyak khasiat untuk perubatan dan kesihatan. Sepertimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw, diriwayatkan daripada Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Habbatus Sauda' boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya, "Apakah Al-Sam itu?" Jawab baginda saw,"Al-Sam itu adalah maut". Hadis Riwayat Imam Bukhari.
Oleh yang demikian banyak kebaikan habbatus sauda dalam membantu menyembuhkan penyakit-penyakit manusia ketika ini. Antara kebaikan yang sempat dikongsi adalah seperti berikut;

1. Asid Urik dan Gout
Ia membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma
Bahan `nigellon' yang terdapat dalam habbatus sauda' dapat mengurangkan kesukaran bernafas dan serangan asthma. Ia memberi manfaat kepada rawatan terhadap serangan bronchitis.

3. Selsema
Dapat menyembuhkan selsema

4. Tekanan Darah Tinggi
Boleh merendahkan tekanan darah

5. Alahan/ Alergik
Bahan `nigellon' dalam habbatus sauda' dapat mengurangkan pengeluaran bahan `histamine' dan bahan yang menyebabkan alergik.

6. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia akan menambahkan kelancaran kepada pengeluaran susu ibu.

7. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh bakteria dan virus sekaligus mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

Keterangan mengenai Kapsul Habbatus Sauda'

  • Habbatus sauda' ini mempunyai 60 biji kapsul
  • Saranan pengambilan ialah sebanyak 2 biji pada waktu pagi dan 2 biji pada waktu malam
  • Harga : RM25 (Semenanjung Malaysia) RM35 (Sabah & Sarawak)
  • Kos Pos : RM8 (Semenanjung Malaysia) RM15 (Sabah & Sarawak)
  • Pembeli digalakkan untuk membeli 2 kotak bagi penjimatan pos

Untuk tempahan, sila hubungi :
Email : azhana.am@gmail.com
Sms : 013-3510426/ 019-3414491

Khamis, 12 September 2013

Sihat Dengan Mengamalkan Pemakanan Sunnah

Makanan kesukaan Nabi Muhammad saw sepatutnya hendaklah menjadi makanan kegemaran kita sebagai umat baginda. Selain dapat menjaga kesihatan kerana khasiat pemakanan sunnah ini, ia juga menunjukkan kecintaan kita terhadap Rasulullah saw kerana mengikut sunnah baginda. Antara makanan-makanan yang sering diamalkan oleh Rasulullah saw ialah Kurma, Kismis, Madu, Tiin, Zaitun, Barli, Delima, Apricot, Badam, Za’faran, dan banyak lagi. Kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan sunnah ini kerana buah-buahan tersebut mengandungi banyak khasiat tersirat, sudah tentu ia amat baik untuk kesihatan serta pelancaran organ dalaman. Rujuk https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah untuk dapatkan stok makanan sunnah di rumah.
 
Amalkan pemakanan sunnah

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kelebihan makanan sunnah, bacalah artikel yang diambil dari Berita Online Rahsia Di Sebalik Pengambilan Makanan Sunnah hasil tulisan Wirdatul Jannah Mohamad dari Universiti Sains Islam Malaysia untuk maklumat kita bersama.

Fakta Kelebihan Makanan Sunnah
 
Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan di sebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi baik juga untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah. Di samping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.
 
1. Buah kurma/tamar
 
Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam. Firman Allah swt yang bermaksud “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak" (Surah Maryam : 25) Ayat ini menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah S.A.W bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa.
 
Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat. “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan”. Bahkan buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya. Sebagaimana Rasulullah saw telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwa’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
 
Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan
 
Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah dan Perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.
 
Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia,menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar. Selain itu,membantu merangsangkan selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan.Di samping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma tersebut.
 
2. Buah kismis
 
Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah swt. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Di samping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar. Nabi Muhammad saw bersabda, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”. Ditambah lagi,“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.
 
Kelebihan Kismis Yang Dikenalpasti
 
Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan. Ia juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.Selain itu membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar. Secara umumnya, ia membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stress, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hiperaktif dan sebagainya.
 
Kajian Pakar Terhadap Kismis
 
Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli. Ia mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak. Katanya, “Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot. Berlainan dengan kismis, kerana kanak-kanak akan dapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan”.
 
Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.
 
3. Buah Tiin
 
Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan karena keberadaanya yang banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah ini banyak sekali disebutkan dalam literatur-literatur sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.
 
Fakta Sains Dan Hadis
 
Dalam fakta sains moden menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan perubatan. Oleh karena itu Nabi Muhammad saw menyatakan bahawa buah ini disebut dalam salah satu sabda Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Dardaa, bahwasanya telah dihidangkan kepada Nabi sebuah menu dari buah tin, maka Nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda: “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)”.
 
Ibn AlQayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” juga menyatakan pada zaman dahulu, buah tin telah banyak dipakai untuk kepentingan perubatan, tokoh-tokoh kedoktoran period awal juga seperti Ibn Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah perubatan.
 
Kelebihan Buah Tin
 
Melalui perubatan traditional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal kemujaraban tin, di mana dianggap secara medik menyembuhkan berbagai penyakit seperti mengubati luka-luka, flu burung, gangguan sirkulasi, mensturasi dan luka akibat terbakar. Di samping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Ia mengandungi garam pokok seperti kalsium, fosfor dan zat besi yang membangunkan pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah. Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangi berat badan. Oleh karena itu buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan. Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama’ di bumi Syam, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan. Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah seperti berikut;
1. Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2. Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
3. Memecahkan batu karang di dalam badan.
4. Menyegarkan badan yang lesu.
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
6. Rawatan buasir.
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
8. Rawatan penyakit GOUT.
 
Justeru, Allah SWT menyebutkan beberapa jenis buah dan tumbuh-tumbuhan di dalam al-Qur’an, menyebutkan buah tin sekali saja pada surah at-Tin. Surah terakhir ini merupakan surah satu-satunya mengambil judul nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = laba-laba dan al-Fiil = gajah). Dari keterangan di atas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang bagus dan mempunyai banyak manfaat bagi kegunaan perubatan.
 
 4. Madu
 
Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia.Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri. Firman Allah swt yang bermaksud, “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” (Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69).
 
Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah saw yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah saw,
1)“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah  akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”. 
2)“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
3)“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
4)“Allah telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.
 
Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.
 
Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia. Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan.Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan berbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur. Firman Allah dalam surah an-Nahl yang bermaksud, “Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)
 
Begitu juga, Rasulullah saw bersabda, “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu keseiatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga. Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada berbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
 
Khasiat Madu Yang Terbukti
 
Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Mana kala bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah. Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.
 
5. Delima
 
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, “Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima”. (Surah al Rahman ayat 68). Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
 
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan. Justeru, ia digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
 
Selain itu, delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5%. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. Ia juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Beberapa kajian lainmenunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
 
Dalam sebuah hadith Mauquf dan Marfu’, Rasulullah saw bersabda dengan menyatakan bahawa bahawa buah delima termasuk buah syurga. “Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga”. Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahwa Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya karena ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad). Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya”. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad saw daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud: “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman”.
 
Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
 
Maka di sini kita dapat lihat bahawa setiap makanan sunnah Rasulullah saw itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk kita melatih diri mengamalkan pengambilan makanan sunnah Rasulullah saw di mana ia dapat memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minda kita dalam menjalani kehidupan seharian. Mencegah lebih baik dari mengubati.
cdsaww
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...