Iklan

Sabtu, 10 Januari 2015

Resepi Asam Pedas Muar

Menu yang ingin saya kongsikan ialah resepi asam pedas Muar. Balik dari perjalanan jalan-jalan cari makan di Muar baru-baru ini, sayapun dah tertawan dengan asam pedas Muar yang sedikit berbeza dengan asam pedas Melaka. Sayapun cuba memasaknya sendiri. Resepi asli asam pedas ini tidaklah saya ketahui, tetapi berdasarkan sembang-sembang dan rujukan di alamaya, saya simpulkan untuk membuatnya tidaklah susah. Jika anda biasa memasak asam pedas, ia akan menjadi lebih mudah. Jadi resepi asam pedas Muar ini versi saya sebagai seorang suri rumah bukan chef popular.

Bahan-bahan masakan adalah seperti di bawah ini iaitu;

a)Bawang merah (kecil) 4 ulas
b) Bawang putih 4 ulas
c)Halia sebesar ibu jari
d)Kunyit separuh dari halia atau kalau serbuk satu sudu kecil
e)Satu sudu besar lada hitam (ditumbuk lumat, kalau tak tahan pedas kurangkan ye..)
f)Serai sebatang/ dua dititikkan
g)Bunga kantan
h)Daun kesum atau daun limau purut
i)Asam jawa sebesar ibu jari (agak2lah kalau tak suka masam)
j)Cili kering yang telah dimesin sebanyak 4 sudu besar
k)Ikan
l)Air
m)Garam
n)Serbuk perasa jika perlu
o) Minyak masak
p) Sayur seperti bendi atau terung atau tomato

Cara Memasaknya;

Anda boleh rujuk artikel resepi asam pedas Melaka di sini. Caranya sama sahaja. Tapi saya tuliskan ringkasannya untuk rakan-rakan semua ye. Mula-mula masukkan minyak, apabila panas masukkan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan lada hitam yang telah dikisar halus atau ditumbuk terlebih dahulu. Tumiskan bahan-bahan tersebut dan masukkan serai yang dititik. Setelah naik bau, masukkan cili kering yang dikisar. Tumis sehingga pecah minyak atau nampak sedikit garing. Beza dengan asam pedas Melaka ialah saya tak masukkan belacan dan ditambah lada hitam. Saya juga kurangkan sedikit bawang merah.

Bahan tumisan dah pecah minyak, bolehlah masukkan air asam jawa dan ditambah air bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki. Anggaran masakan untuk sekeluarga 4-7 orang makan. Kalau ramai makan kena tambah rencah-rencah yang disebut sebelum ini. Apabila kuah dah hampir nak mendidih, saya masukkan daun limau purut atau daun kesum dan bunga kantan. Kemudian masukkan ikan. Apabila ikan hampir masak, boleh masukkan sayuran seperti bendi, terung atau tomato. Jangan lupa masukkan garam ye...


Taraa....dah masak. Rasanya berbeza sedikit dengan asam pedas Melaka, kuahnya merah kehitaman atau gelap sedikit dan rasanyapun `superb'. Pedas lada hitam memang kaw! Cubalah ye...ini saya masak asam pedas Muor dengan ikan pari.

Jumaat, 9 Januari 2015

Promosi YES Miracle Refreshing 2014



Syukur, Alhamdulillah.. promosi YES yang bermula pada 1 Disember lepas telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari orang ramai. Produk Miracle Refreshing juga semakin dikenali dan diyakini orang ramai. Syukur juga kerana ramai yang dapat berkongsi kebaikan dan menikmati khasiat Miracle Refreshing.

Kami masih dalam tempoh promosi YES 2014 sehingga 31 Januari 2015. Boleh dapatkannya seperti harga promosi di bawah;

1. 10ml : RM 12.90
2. 30ml : RM 39.90
3. 50ml : RM 69.90
4. Serum 40ml : RM 17.90
5. Serum 100ml : RM 39.90 ( BUY 2 FREE 1 )


Sempena tahun baru 2015, kami di Miracle Refreshing Hana turut memperkenalkan pakej jimat melalui pembelian 3 pakej promosi gabungan seperti berikut; 

1. 10ml & Serum 40ml : RM30 (Jimat 80sen)
2. 50ml & Serum 100ml : RM100 (Jimat RM9.80)
3. 30ml & 50ml : RM100 (Jimat RM9.80)


Pakej JIMAT hanya tawaran di page Miracle Refreshing Hana sahaja tau! Semua promosi ini hanya sah sehingga 31 Januari 2015. Penghantaran percuma di sekitar bandar Shah Alam dan di beberapa lokasi terpilih di sekitar bandar Melaka. Selain itu kami mengenakan caj pengeposan sepertimana yang ditetapkan oleh pihak PosLaju iaitu bagi berat 500gm ke bawah ialah RM6 dan berat melebihi 500gm hingga 1kg ialah RM9. Harga produk di atas belum temasuk kos pengeposan. Boleh hubungi kami di talian 0133510426 untuk dapatkan produk awesome ini.


azhanaam.blogspot.com

Kalau siapa-siapa yang berminat untuk join kami sebagai dropshipper dan agent juga amat dialu-alukan. Peluang bisnes sambilan atau sepenuh masa yang amat sesuai diterokai oleh para suri bekerja di rumah atau di pejabat. Ia produk bumiputera Malaysia, halal, dari bahan semulajadi, bebas bahan kimia dan memberi kesan yang baik, insyaallah. 

HANA 0133510426
Distributor MRS

Jalan-Jalan Cari Makan di Muar

Selamat Tahun Baru 2015

Hari ini 9 Januari 2015, sudah lebih seminggu 2015 berlalu. Dah pasakkan azam baru anda? Masih tidak terlewat untuk menanamkan azam baru atau mengukuhkan perlaksanaan azam yang belum terlaksana pada tahun sebelumnya. Azam, cita-cita dan impian itu penting kerana ia ibarat memandu halatuju perjalanan hidup kita pada hari-hari mendatang. Tanpa tujuan dan matlamat yang jelas maka hidup kita jadi sia-sia dan kita akan kerugian dari segi masa, usia, tenaga, keindahan hidup ketika susah mahupun senang. Jadi..apa tunggu lagi senaraikan azam anda!!! Kejayaan tidak menunggu mereka yang suka bertangguh atau suka melewat-lewatkan sesuatu perkara yang baik.

Hujung minggu yang lepas saya berkesempatan bercuti dan balik ke kampung Melaka bertemu dengan bonda tersayang. Bercuti dalam masa yang singkat di hujung minggu memang memenatkan kalau ke bandar Melaka. Jalan raya pasti sesak dengan pengunjung yang menziarahi bandar Melaka. Saya memang kagum melihat kebersihan dan keindahan negeri kelahiran saya ini. Setiap kali masuk tol Air Keroh, terasa seperti tetamu yang disambut dengan deretan pokok-pokok bunga yang terurus dan cantik dan persekitaran menghijau dan bersih. Hahaha...berbeza ketika balik ke kampung yang satu lagi. 

Malas nak memandu ke bandar Melaka, kami membuat keputusan untuk jalan-jalan cari makan ke bandar Muar. Kampung nenek atau ibu mak saya dah lama tidak saya kunjungi sebabya nenek saya selalu duduk di rumah anak-anaknya di Kuala Lumpur.

Belum bergerak lagi, Cik Suami dah mencari posting tentang tempat-tempat makanan sedap di bandar Muar. Sayapun dah terliur apabila teringat-ingat kesedapan mee Bandung di sana. Lainkali jika anda bercuti ke Melaka, bolehlah panjangkan langkah ke bandar Muar. Tak jauhpun, dari bandar Melaka mungkin dalam 40-50 minit jika tiada kesesakan. Itu jika melalui jalan biasa bukan lebuhraya. Jika lebuhraya mungkin cepat lagi. Kami memilih mengikut jalan kampung supaya dapat menjamu mata melihat suasana kampung-kampung di Melaka. Perjalanan dari rumah saya hanya memakan masa 30 minit sahaja.

Cubalah anda buat carian di alamaya, mesti jumpa banyak tempat makanan yang lazat di sekitar bandar Maharani ini. Dah sampai je... kami terus cari Kedai Makan Mee Bandung Abu Bakar. Mujur bawa bonda sekali, jadi tak perlu guna waze. Ia terletak di kawasan bandar. Memang mak dan arwah ayah saya sering singgah sini sewaktu kami kecil dulu. Kita makan dulu ya...



Sebagai melengkapkan `cucian mulut', kami order pula sate ni. Memang istimewa rasanya, manis dan enak. Tiada langsung lemak yang dicucuk sekali. Isinya juga sedang-sedang je tidak terlalu besar macam sate zaman dolu-dolu. Kedai makan ni dibuka dari pagi hingga petang lebihkurang sampai jam 4 sahaja. Selepas itu, Pakcik Bakar akan ke kedai anaknya di Tanjung Emas pula. Tanjung Emas ni tempat rekreasi berhampiran Sungai Muar dan tak jauh dari bandar Muar. Memang sesuai tempat ni untuk anak-anak. Kami tak singgah sebab saya tak bawa anak-anak. Semua sibuk bermain dengan sepupu-sepupunya di Melaka.



Selesai makan, kami berpusing-pusing mencari kedai kopi 434 yang paling sedap di Muar. Kopi ini memang berasal dari Muar. Tapi tak ada rezeki kami sebab kedainya tutup. Roti bakar dan kayanyapun sedap. Sekarang di sesetengah pasarayapun dah dijual kopi 434.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Tanjung Agas mencari murtabak daging Singapore yang dikhabarkan turut dijual di sekitar kawasan ini. Biasanya murtabak ini kami makan di Restoran ZamZam di Arab Street, Singapura. Ohh..senang saja nak mencarinya. Lokasinya ialah di deretan kedai tidak jauh dari Sekolah Sains Muar. Sedap juga murtabaknya cuma rasa telurnya lebih berbanding dagingnya. Hehe...sempat juga tapau murtabak dan asam pedas Muar untuk mereka yang tinggal di rumah.


Perut sudah kenyang, hatipun gembira. Perancangan seterusnya lainkali kami nak gerak di awal pagi untuk merasa nasi beriani istimewa dan mee jawa yang sedap pula. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...