Iklan

Khamis, 29 Mei 2014

Resepi Telur Goreng Masak Kicap

Kali ini, saya nak kongsi resepi yang paling mudah dan paling sedap terutama ketika tiada selera atau untuk bersahur di bulan Ramadan nanti. Kadang-kadang orang kata ini lauk untuk orang bujang tetapi kami yang dah berkeluarga ni pun suka sangat. Bila-bila dah bosan masak telur goreng kicaplah paling istimewa.

Bahan-bahan dan Cara Membuatnya

Separuh/ sebiji bawang besar
1-2 biji bawang putih
1/2-1inci halia
Telur ayam
Kicap pekat
Kicap cair
Sedikit air jika perlu

Bawang-bawang dan halia dihiris kasar. Bilangan biji telur terpulanglah kepada anda hendak berapa biji. Gorengkan telur terlebih dahulu dan asingkan. Boleh guna baki minyak hasil gorengan telur atau letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang dan halia sehingga layu atau naik bau. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap cair dan sedikit air. Biarkan ia mendidih dan tuangkan ke atas telur atau masukkan telur ke dalam kuali dan sedia dihidangkan. Boleh juga menambah sebiji cili merah dihiris dan dimasukkan dalam kuah tersebut untuk rasa sedikit pedas. 




Harap para suri di rumah dapat mencuba resepi mudah dan ringkas ini. Anak-anak mesti makan bertambah-tambah. Ia sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan sambal hijau. Mereka yang bujang-bujang, para pelajar atau rakyat Malaysia yang jauh di perantauan juga bolehlah mencubanya. Saya sendiri pernah membawa periuk nasi kecil dan botol kicap plastik sebagai teman apabila sesekali keluar negara. Telur mudah dibeli dan makanan di luar negara kadangkala mahal atau susah hendak cari yang halal. Resipi-resipi ringkas begini memang membantu. Lagipun sesekali makan yang ringkas begini memang membangkitkan selera.

Isnin, 26 Mei 2014

Tauhu Telur Yang Berkhasiat dan Enak

Setelah sekian lama saya memeram resepi ini, barulah kali ini berkelapangan untuk mencubanya. Alhamdulillah siap juga akhir dengan jayanya tauhu telur ini. Rasanya memang sedap, dapat masak 2 kali untuk bekal anak-anak ke sekolah dan sebahagian lagi dapat sediakan untuk minum petang. Terima kasih kepada mereka yang sudi kongsikan resepi ini kepada para suri untuk menambahkan ceria dalam masakan. Saya begitu menghargainya dan semoga Allah mengurniakan kepada mereka pahala yang berpanjangan. 

Bahan-bahannya :

Bahan ini hendaklah dimesin
4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut
Segenggam isi udang
2 biji telur

Bahan ini dihiris halus
Daun bawang
2 biji cili merah
Garam atau perasa Maggi

Cara Membuatnya :

Resepi ini mudah sahaja dan boleh diolah sendiri oleh para suri. Setelah bahan-bahan siap dikisar, campurkan dengan bahan-bahan yang siap dihiris. Contohnya selain udang boleh juga dimasukkan ayam yang dipotong kecil. Kemudian saya menambah cendawan yang dihiris halus2 dan saya hanya menggunakan satu biji cili merah kerana anak-anak saya tidak mahu pedas. Saya letakkan garam kerana tiada perasa maggi. Selesai mencampur dan mengaulkan kedua-dua bahan, masukkan ke dalam tupperware supaya senang dikeluarkan dan tidak melekat. Bolehlah adunan tersebut dikukus dalam 20 minit. Sudah siap dikukus biarkan sejuk, barulah dipotong untuk digoreng. Sediakan sebiji telur yang dipukul sedikit dan dicelup dengan tauhu sebelum digoreng. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos atau sambal hijau. Jika masih berbaki boleh disimpan di dalam peti untuk digoreng pada waktu lain pula.


Di bawah ini gambar tauhu yang sudah dikukus. Saya gorengkan separuh untuk anak-anak dan separuh lagi untuk minum petang. Bagi mereka yang tidak gemarkan makanan berminyak, tidak perlu goreng. Tauhu dipotong dan dimasukkan dalam sup sayuran. Memang best !!!

Harap anda semua dapat mencubanya. Resipi yang mudah, ringkas, enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Memang berbaloi membuatnya kerana sangat sedap dan semua suka akan rasanya. Jom para suri, masukkan dalam senarai masakan anda akan datang. Selamat mencuba dan menjamu selera!

Sabtu, 24 Mei 2014

Teguran Guru Membina Motivasi

Lama benar saya sendiri tak sempat singgah ke blog tercinta ini. Mujur belum sempat bersawang lagi. Tapi dah berhabuk-habuk sampaikan ditegur guru. Malu rasanya dah berusia ni ditegur gurukan! Tapi saya suka, maknanya guru saya prihatin, rajin melawat blog-blog anak muridnya. Apa yang salah dan tak kena ditegurnyalah. Terpulang kepada empunya diri nak dengar atau tidak. Anyway Teacher Zaila, thank you for everything! You are such an awesome teacher.

Beruntungnya saya, anak-anak murid guru di Akademi Bekerja Di Rumah ni ramai tau! Bayangkan jika ada 600 rangkaian blog dengan anggaran 12 orang guru, bermakna seorang guru menjaga 50 orang murid. Bilangan sebenar lebih dari itu, ini hanya untuk memudahkan kiraan. Ramai yang nak dijaganya tu.. Moga-moga semua anak-anak murid ABDR ini baik-baik belaka dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. Itulah yang paling ditekankan dalam rangkaian kami. Malah produk bisnes online yang kami usahakan ada yang milik sendiri dan ada yang milik ahli-ahli ABDR.

Di ABDR, peluang penulisan, peluang menambah rakan-rakan, peluang menambah ilmu pengetahuan dan peluang perniagaan terbuka luas. Semuanya memang sesuai diceburi oleh para suri sekalian. Berada di rumah bukan bererti idea dan kreativiti terhenti. Malah jika rajin dan pandai berusaha seperti guru saya, Pn Zaila, dah tentu kocek suri sentiasa terisi penuh.

Meneladani beliau menyebabkan saya terpanggil membuat bisnes online juga. Kini saya merupakan penjual minyak serbaguna yang halal, produk bumiputera Islam dan berbau wangi serta sah dibawa solat. Banyak kebaikan dengan penggunaan minyak ini. Boleh digunakan untuk bayi sehinggalah kepada mereka berusia emas. Bebas bahan kimia kerana diperbuat dari minyak kelapa dara, minyak mint dan minyak aromatherapi. Nama komersialnya ialah Miracle Refreshing Spray dan nama glamournya ialah minyak ajaib. Boleh lihat page di sini untuk lihat testimoni dan kebaikannya. Nilah rupanya..



Selain itu saya juga membantu para suri dan suami menyediakan makanan yang sedap dan pedas, ringkas dan pantas untuk hidangan seisi keluarga. Produk ini namanya Sambal Hijau Sedap. Produk sambal ini tahan selama 6 bulan kerana ia telah dimasak terlebih dahulu. Memang sesuai untuk meeka yang nak bawa pergi travel. Bawa rice cooker, beras dan kicap je. Anda boleh terus makan dengan nasi putih panas-panas atau dengan roti, lempeng, roti jala atau ubi rebus. Yang bagusnya ia boleh dijadikan rencah dalam masakan. Anda tak perlu nak kisar bawang atau cili kerana semua telah tersedia dimasak. Untuk nasi goreng yang enak, hanya tambah telur atau ayam atau sayuran. Boleh juga dibuat masak lemak dan goreng sayuran. Tiada belacan dalam kandungannya, hanya bawang, cili dan ikan bilis. Pergghh..memang sodaplah.

Inilah bisnes online saya kini. Ada juga di antara ahli ABDR merupakan agen dan dropshipper produk saya. Anda juga boleh jika anda mahu. Saya ingin tunjukkan bahawa dengan berada dalam keluarga ABDR, anda juga boleh berniaga. Dengan ABDR juga anda boleh menulis, ramai dari kalangan ahli-ahli akademi telah mengeluarkan e-book, ada yang dah buat buku juga. Anda pilih apa yang anda mahu.

Sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah untuk lebih dekat dengan keluarga tetapi masih dapat menjana idea dan kewangan anda. Anda boleh mulakan dengan mana-mana kelas yang anda suka seperti berikut;

(1) Kelas Asas Penulisan Blog
(2) Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage (saya belajar yang ini jadi infonya banyak sedikit)

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes)?
a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online.
b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara.
c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan untuk anda
.
d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, Kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adalah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta.
e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjaya yang mahu buat secara sambilan.
f. Apabila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain dan bina jaringan bisnes secara online.

(3) Kelas Asas Akaun Secara Online dan Offline
(4) Bengkel Pengurusan Akaun Bisnes

Boleh email saya, azhana.am@gmail.com untuk pendaftaran mana-mana kelas ya!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...