Iklan

Isnin, 26 Mei 2014

Tauhu Telur Yang Berkhasiat dan Enak

Setelah sekian lama saya memeram resepi ini, barulah kali ini berkelapangan untuk mencubanya. Alhamdulillah siap juga akhir dengan jayanya tauhu telur ini. Rasanya memang sedap, dapat masak 2 kali untuk bekal anak-anak ke sekolah dan sebahagian lagi dapat sediakan untuk minum petang. Terima kasih kepada mereka yang sudi kongsikan resepi ini kepada para suri untuk menambahkan ceria dalam masakan. Saya begitu menghargainya dan semoga Allah mengurniakan kepada mereka pahala yang berpanjangan. 

Bahan-bahannya :

Bahan ini hendaklah dimesin
4 keping tauhu putih
2 tiub tauhu lembut
Segenggam isi udang
2 biji telur

Bahan ini dihiris halus
Daun bawang
2 biji cili merah
Garam atau perasa Maggi

Cara Membuatnya :

Resepi ini mudah sahaja dan boleh diolah sendiri oleh para suri. Setelah bahan-bahan siap dikisar, campurkan dengan bahan-bahan yang siap dihiris. Contohnya selain udang boleh juga dimasukkan ayam yang dipotong kecil. Kemudian saya menambah cendawan yang dihiris halus2 dan saya hanya menggunakan satu biji cili merah kerana anak-anak saya tidak mahu pedas. Saya letakkan garam kerana tiada perasa maggi. Selesai mencampur dan mengaulkan kedua-dua bahan, masukkan ke dalam tupperware supaya senang dikeluarkan dan tidak melekat. Bolehlah adunan tersebut dikukus dalam 20 minit. Sudah siap dikukus biarkan sejuk, barulah dipotong untuk digoreng. Sediakan sebiji telur yang dipukul sedikit dan dicelup dengan tauhu sebelum digoreng. Sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah dengan sos atau sambal hijau. Jika masih berbaki boleh disimpan di dalam peti untuk digoreng pada waktu lain pula.


Di bawah ini gambar tauhu yang sudah dikukus. Saya gorengkan separuh untuk anak-anak dan separuh lagi untuk minum petang. Bagi mereka yang tidak gemarkan makanan berminyak, tidak perlu goreng. Tauhu dipotong dan dimasukkan dalam sup sayuran. Memang best !!!

Harap anda semua dapat mencubanya. Resipi yang mudah, ringkas, enak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Memang berbaloi membuatnya kerana sangat sedap dan semua suka akan rasanya. Jom para suri, masukkan dalam senarai masakan anda akan datang. Selamat mencuba dan menjamu selera!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...