Iklan

Khamis, 29 Mei 2014

Resepi Telur Goreng Masak Kicap

Kali ini, saya nak kongsi resepi yang paling mudah dan paling sedap terutama ketika tiada selera atau untuk bersahur di bulan Ramadan nanti. Kadang-kadang orang kata ini lauk untuk orang bujang tetapi kami yang dah berkeluarga ni pun suka sangat. Bila-bila dah bosan masak telur goreng kicaplah paling istimewa.

Bahan-bahan dan Cara Membuatnya

Separuh/ sebiji bawang besar
1-2 biji bawang putih
1/2-1inci halia
Telur ayam
Kicap pekat
Kicap cair
Sedikit air jika perlu

Bawang-bawang dan halia dihiris kasar. Bilangan biji telur terpulanglah kepada anda hendak berapa biji. Gorengkan telur terlebih dahulu dan asingkan. Boleh guna baki minyak hasil gorengan telur atau letakkan sedikit minyak dan tumiskan bawang-bawang dan halia sehingga layu atau naik bau. Kemudian masukkan kicap pekat, kicap cair dan sedikit air. Biarkan ia mendidih dan tuangkan ke atas telur atau masukkan telur ke dalam kuali dan sedia dihidangkan. Boleh juga menambah sebiji cili merah dihiris dan dimasukkan dalam kuah tersebut untuk rasa sedikit pedas. 




Harap para suri di rumah dapat mencuba resepi mudah dan ringkas ini. Anak-anak mesti makan bertambah-tambah. Ia sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan sambal hijau. Mereka yang bujang-bujang, para pelajar atau rakyat Malaysia yang jauh di perantauan juga bolehlah mencubanya. Saya sendiri pernah membawa periuk nasi kecil dan botol kicap plastik sebagai teman apabila sesekali keluar negara. Telur mudah dibeli dan makanan di luar negara kadangkala mahal atau susah hendak cari yang halal. Resipi-resipi ringkas begini memang membantu. Lagipun sesekali makan yang ringkas begini memang membangkitkan selera.

8 ulasan:

  1. hai..cari resepi telor kt sini..

    BalasPadam
  2. Salam akak. Blh x sye guna kicap manis je ? Sye x de kicap pekat tu laa

    BalasPadam
  3. Aku buat x jadi.... hahahahah salah acuan....

    BalasPadam
  4. Kalo bahan x ckup ok ke? Boh halia kicap cair pastu air mnyak dah didih boh telur ok ke? Mnts pendapat.

    BalasPadam
  5. Hari2 mkn telur kicap..mmg terbaikkkk...

    BalasPadam
  6. kesian..nk masak telur masak kicap pun kene google..hihi^^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...