Iklan

Isnin, 2 Disember 2013

Resepi Sotong Lada Hitam Berkicap

 
Hari ini kami makan sotong masak lada hitam dengan kicap hasil air tangan anak dara saya yang berumur 14 tahun. Mujurlah waktu cuti sekolah ini dia rajin juga ke dapur tolong mamanya memasak. Baguslah kurang-kurang bolehlah memasak sikit-sikit kalau terdesak. Senang sahaja resipi ini. Bahan-bahannyapun mudah disediakan. Ok jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.
 
Bahan-bahannya :
 
1. 4 ulas bawang merah
2. 2 ulas bawang putih
3. Sedikit halia
4. Satu sudu besar lada hitam
5. Seulas bawang besar dimayang
6. Sedikit kicap
7. Sedikit gula
8. Sedikit garam jika perlu (sebab dah ada kicap)
9. Sotong (saya masak dalam 5 ekor sotong saiz sederhana untuk sekali makan)
 
Cara Memasak :
 
Mula-mula kisar atau tumbuk lada hitam hingga hancur dan selepas itu masukkan bawang merah, bawang putih dan halia dan tumbuk sekali lagi. Kalau ditumbuk sekaligus nanti lada hitam tidak cukup lumat. Selesai urusan menumbuk bolehlah digaulkan dengan sotong yang telah dibersihkan dan dipotong kecil macam dalam gambar ni.
 

Boleh panaskan kuali dan letakkan 3 sudu besar minyak untuk memasak bahan-bahan yang telah digaulkan tadi. Setelah sotong hampir masak masukkan bawang besar yang dimayang, kicap, sedikit gula dan garam. Biasanya saya tak letak garam sebab kuahnya dah rasa masin. Apabila mendidih, bawangpun dah hampir layu tutupkan apinya. Tengok tu anak saya bersungguh-sungguh memasak di dapur, lega saya ada yang membantu tapi tak tahulah sama ada dia ingat tak lagi kalau disuruh buat lain kali. Mungkin saya patut suruh dia tulis resipi dalam buku khas untuknya.

Inilah rupanya, dah siappun. Memang sedap makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau mereka yang tak tahan pedas, kurangkan sukatan lada hitam kepada 1 sudu kecil. Kadangkala saya letak serbuk lada hitam tetapi rasanya tidak ummpph. Pedas lada hitamnya tidak terasa sebab itulah saya menggunakan lada hitam. Lagipun semua anak-anak ada di rumah jadi anak-anak yang besar dah pandai komen masakan mamanya dan minta dimasakkan bermacam-macam menu. Ingat mamanya masterchef ke! :)
 
 
Inilah menu ringkas untuk awal bulan Disember tahun ini. Kalau berkesempatan lagi saya akan kongsikan resipi-resipi yang sedap dan mudah dimasak oleh para suri sekalian pada akhir bulan ini. Kalau tidak, tahun depan sajalah. Bulan Disember jadual suri agak penuh. Minggu hadapan saya akan ke Timur Tengah mengikuti suami untuk sesi lawatan kerjanya. Lepas itu insyaallah kami sekeluarga akan bercuti ke Hong Kong untuk menutup tirai tahun 2013. Hehehe...ada teman-teman yang nak kirim ke?
 
Banyak perkara yang perlu saya uruskan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula. Yalah sekarang saya dah menjawat jawatan CEO Home Sweet Home. Semoga Allah permudahkan segala perancangan yang telah dibuat.
 
Bagi yang ada masa tu boleh layari fan page Miracle4U-Shah Alam, ada Year End Sale 2013 dengan harga yang amat berpatutan di sini. Dapatkan satu untuk kegunaan seisi keluarga. Produk halal, berkualiti dan bagus untuk semua golongan. Produk ini perlu disimpan dalam first aid di rumah masing-masing. Sampai jumpa lagi, selamat mencuba resipi ini.
 
Sesiapa yang ingin berkongsi pandangan dengan saya boleh pm di fb Azhana AMutalib atau boleh melihat produk yang saya kongsikan untuk kesegaran dan kesihatan anda di Miracle4U-Shah Alam dan Sihat Melalui Makanan Sunnah. Jika anda berminat untuk belajar membuat blog dan fanpage, boleh hubungi saya di azhana.am@gmail.com.
 

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...