Iklan

Jumaat, 27 Disember 2013

Pengalaman Menarik di Kuwait

Sekali lagi menaiki Qatar Airways untuk ke negara Kuwait. Pengalaman pertama sebelum ini dengan Qatar Airways menjadikan saya selesa dengan layanan dan penerbangan keduanya. Perjalanan dari Qatar ke Kuwait hanya kuranglebih 1 jam sahaja. Di Kuwait juga seperti di Qatar, wanita bebas memandu kenderaan, ramai juga orang Arab moden dan orang Eropah (kadangkala keliru mungkin mereka orang Arab juga). Negaranya tidak begitu besar dan penduduknya pun tidak begitu ramai. Jalan rayanya kurang sesak di sekitar bandar dan adalah lebih baik berbanding Qatar.

Pengalaman terindah saya di Kuwait ialah pertama kali menikmati susu unta di ladang unta. Walaupun telah beberapa kali ke Madinah dan Mekah dan dibawa menziarahi ladang unta, tetapi saya tidak pernah ikut jamaah lain mencuba susu unta. Kebetulan saya pernah melihat ada jamaah yang tidak serasi lalu cirit-birit. Namun keadaan di Kuwait berbeza.

Kami mendapat jemputan daripada Sheikh Dr Mohammad AtThabatai (maaflah kalau salah ejaannya), Pengerusi Kuwait of Finance House Malaysia yang memang berasal dari Kuwait untuk makan malam. Beliau nampak 'simple', kelihatan muda, merendah diri dan amat mesra.
.
Sebelum makan kami dikejutkan dengan lawatan ke ladang unta dan dijamu kurma, qahwa, syai dan susu unta sebagai permulaan di rumah kecil tanpa bilik lengkap dengan pemanas (pendiang) di ladang tersebut. Suhu 9°C di tengah padang pasir ini menjadikan ladang unta Sheikh tersebut amat sejuk, rasa sejuk mencengkam hingga ke tulang. Pantas saya melarikan diri dari kumpulan tersebut dan tidak mendengar penerangan lanjut tentang ladangnya kerana tidak tahan kesejukan.
 

Enak sungguh susu unta segar diminum dalam mangkuk beramai-ramai. Rasa lemak dan manis. Kemudian dijamu kurma, qahwa dan syai. Saya ingatkan makan malam berlangsung sekali di tempat yang sama tetapi setelah selesai acara minum susu unta kami dibawa ke kawasan lain iaitu ke sebuah rumah besar dipanggil Diwani. Diwani adalah milik Sheikh dan dijadikan khusus sebagai tempat untuk majlis jamuan, keraian dan keramaian. Saya rasa Diwani ini mempunyai 4 tingkat termasuk ruang makan di bawah tanah menggunakan lif. Hebatnya Sheikh ini. Moga dengan kekayaannya dapat menjadi teladan kepada orang lain dan dapat membantu umat Islam seluruhnya.
Rupa-rupanya Tuan Sheikh turut menjemput rakan-rakannya di kalangan ahli-ahli fatwa di Kuwait untuk bermuzakarah dan makan malam bersama di samping meraikan rombongan kecil kami. Perutku sudah berkeroncong dan mata mulai layu. Walaupun malam masih muda di Kuwait iaitu dalam jam 7.00 malam tetapi diriku masih jetlag iaitu masih mengikut masa Malaysia iaitu dah jam 12 malam (5 jam lewat) telah walau beberapa hari di negara orang. Apa lagi kerjanya mengambil gambar di segenap sudut yang cantik di Diwani ini.
 
 
 
Saya menunggu dengan pasrah dalam 2 jam kot barulah kami beredar ke dewan makan di tingkat paling bawah. Makanannya waduh, banyak sekali, akhirnya saya hanya makan sepinggan kerana keletihan. Tapi nasi mandeynya memang marvellous.
 
 
 
Malam itu semua kekenyangan. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Sheikh Dr kerana sudi menjemput kami untuk makan malam bersamanya. Huhu...souq telahpun tutup jadi kami tak sempat menikmati pemandangan pasar dan membuat `lontaran' di bumi Kuwait. Baguslah juga sebab matawangnya amat tinggi. Esok pagi kami akan berangkat ke Madinah. Gambar-gambar di sekitar bandar Kuwait yang sempat di`snap'.
 
 
Selamat tinggal Kuwait. Insyaallah di lain kelapangan, saya akan datang semula sekiranya diizinkan Allah swt. Inilah satu-satunya gambar kami di `airport' dan di bilik menunggu urusan imigresen diselesaikan.
 
Moga anda terhibur dengan perjalanan ringkas saya ke Kuwait kali ini. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum wrh. wbrth.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...