Setiap orang perlu membuat perancangan hidup mereka supaya mereka tidak tersasar dalam mencapai matlamat hidup ketika menjalani aturan hidup seharian. Sudah tentu sebagai seorang Muslim matlamat hidup kita ialah berjaya di akhirat. Bagaimana untuk berjaya di akhirat, pastilah kena berjaya di dunia. Berjaya yang bagaimana yang ingin kita capai di dunia ini. Inilah persoalannya. Berjaya tidak semestinya kena menjadi jutawan, Berjaya tidak semestinya kena berkuasa. Berjaya dalam situasi paling minimum yakni kita mematuhi segala perintah dan hukum-hakam dan menjauhi segala larangan yang disyariatkan dalam Islam walau apapun kondisi kita. Untuk meraih ganjaran paling maksimum, kita kenalah meningkatkan amal kebajikan dan merebut peluang membuat pahala yang disediakan sebanyak-banyaknya.
Kita semua dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini. Khalifah yang bagaimana? Khalifah dalam konteks peranan masing-masing. Sebagai seorang suri tentunya peranan utama sebagai seorang isteri, ibu dan anak. Jika suri itu bekerja maka peranannya juga sebagai seorang pekerja apatah lagi kalau dia menjadi ketua atau pemimpin dalam organisasi. Apapun peranan dan jawatan kita di dunia ini, kita hendaklah menentukan matlamat hidup agar berjaya di akhirat kelak. Ingatlah dunia adalah jambatan ke akhirat. Langkah untuk mencapai matlamat hidup ini adalah dengan membuat perancangan.
Apa pentingnya perancangan suri dalam rumahtangga?
Perancangan adalah penting bagi membantu mencapai matlamat yang ditetapkan. Walaupun sebagai seorang suri sama ada surirumah sepenuh masa di rumah atau suri yang bekerja, kita mestilah mempunyai matlamat yang jelas. Jika kita mempunyai matlamat meningkatkan ekonomi keluarga dan ingin mempunyai bisnes pada masa depan, maka tetapkan perancangan jangka panjang dan jangka pendek.
Tips Membuat Perancangan
Kita mesti melakarkan perancangan untuk jangka masa pendek dan panjang supaya kita boleh menguruskan pelan yang dibuat, membantu membina kerangka bisnes pada masa depan, mengukur tahap pencapaian perancangan yang dilakarkan dan merupakan salah satu cara untuk membuat perubahan dalam bisnes. Tiada guna perancangan yang terlalu lama tempohnya tetapi tidak boleh dipantau pencapaian atau kejayaannya. Contoh perancangan seperti di bawah;
Perancangan Jangka Pendek (Dalam masa 2 tahun)
- Menumpukan kepada menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran. Sebagai contoh Belajar Membina Asas Blog dan FanPage.
- Mula melihat pengalaman orang lain membuat bisnes secara online.
- Menanamkan minat dengan mengkaji jenis-jenis bisnes online yang sesuai.
- Menganalisa untung rugi pilihan jenis bisnes online.
- Mula membuat jualan online secara dropship untuk menimba pengalaman berniaga sendiri.
- Menyertai forum maya usahawan wanita atau WAHM, SAHM bisnes chatting
- Mencari peluang bisnes menggunakan internet, menjana pendapatan secara affiliate dan iklan.
- Menjadi agen atau stokis untuk sesuatu produk kerana telah mempunyai rangkaian yang besar dan luas.
- Membuat e-book berdasarkan pengalaman berblog selama lebih 3 tahun.
- Membuka kedai secara offline apabila permintaan pelanggan mendesak.
Perancangan yang terperinci akan memudahkan suri melihat pencapaian dan merangka strategi baru sekiranya perlu.
3. Memudahkan perancangan dan tugasan
Jangan menghabiskan masa dengan merancang perkara yang sukar dicapai dalam tempoh terdekat. Terlalu banyak berbincang dan tiada tindakan segera juga akan menjadi perancangan gagal.
4. Menjangka risiko dan menyediakan langkah alternatif
Cuba meminimakan risiko yang ada dan sentiasa bersedia menghadapi apa-apa risiko.
5. Mengekalkan keyakinan yang tinggi
Jangan mudah patah semangat. Sentiasa memberi motivasi dan penghargaan terhadap diri apabila mendapat kejayaan.
6. Mendekatkan diri dengan Pencipta dan berdampingan dengan rakan-rakan yang bermotivasi tinggi
Penting untuk sentiasa berada dalam aura positif. Selalulah mengadu dan berdoa kepada Allah swt. Selain itu carilah rakan-rakan yang sentiasa memberi rangsangan positif untuk terus maju.
#Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar membuat blog dan fanpage bolehlah menyertai kami di Kelas Asas Membuat Blog dan FanPage. Anda boleh hubungi saya di alamat email azhana.am@gmail.com.
#Sekiranya anda mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk, kedai atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami, http://www.sohodirectory.blogspot.com. Email/ Whatsapp 0133510426-Azhana untuk mengetahui tempahan pakej-pakej yang disediakan
#Sekiranya anda mempunyai bisnes dan berminat untuk mengiklankan apa sahaja produk, kedai atau program bolehlah merujuk Directory SOHO kami, http://www.sohodirectory.blogspot.com. Email/ Whatsapp 0133510426-Azhana untuk mengetahui tempahan pakej-pakej yang disediakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan