Pada musim sejuk, pakaian yang dipakai bukanlah sahaja baju sejuk yang besar. Kami memakai long john (pakaian nipis dari kain kapas yang menyerap haba) terlebih dahulu, selepas itu sweater biasa barulah baju sejuk yang tebal. Jangan lupa memakai stoking kain kapas sebab kalau stoking biasa masih terasa gigitan sejuk tersebut. Sarung tangan juga perlu dipakai. Waktu malam biasanya mencapai suhu negatif, jika keluar jangan lupa sarung kepala dan tutup sehingga telinga. Pakailah juga mafla untuk memastikan suhu badan kita terkawal. Kadangkala bila balik ke bilik letih betul membuka helaian-helaian baju tersebut. Namun memakai banyak lapisan memang membantu mengatasi kesejukan bagi kita yang tidak biasa dengan cuaca sejuk di sini. Kami sekeluarga membawa satu beg besar khusus membawa pakaian sejuk sahaja. Disebabkan cuaca sejuk, kita akan jarang berpeluh dan pakaian boleh digunakan beberapa kali kerana tidak kotor.
Destinasi hari ini sebenarnya ialah ber`shopping' di sepanjang Oxford Street. Tapi kami sampai awal dalam 9.30 pagi, kedai-kedai untuk shopping banyak belum buka jadi kami tukar perancangan menuju ke Madame Tussauds. Dari Oxford Street kami berjalan kaki menggunakan google map, hampir setengah jam juga. Saya rasa seronok menggunakan aplikasi ini. Bagi yang tiada peta, gunakan google map kerana ia tepat dengan jalan-jalan di kota London, tidak seperti di Paris google map kurang membantu. Pastikan juga kad telefon yang dibeli menyokong penggunaan internet.
Paling menarik dan mengujakan untuk anak-anak ialah berkunjung ke Madame Tussauds. Kami yang dewasa juga rasa seronok melihat patung-patung lilin yang nampak seperti asli. Tapi hati-hati kadang kala memang ada orang betul yang menyamar jadi patung. Tetapi ini semua salah satu bahan ketawa di dalam dewan ini. Ada juga badut yang membuatkan kami tak gering gusi ketika menanti giliran masuk. Tiket masuk memang agak mahal, semak dahulu awal-awal di internet agar kita membawa wang secukupnya.
Kami sekeluarga bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat, Mr Obama. Tengah posing tiba-tiba perasan tak cukup seorang. Rupa-rupanya anak sulung saya hilang mengikut atuk dan pakciknya. Nampaknya sepanjang dalam dewan ni gambar kami memang tak cukup korum. Ada macam-macam patung lilin, ada pemimpin besar negara di dunia, ahli-ahli sukan terkenal, ikon superheroes seperti incredible hulk, wonder women, spiderman dan lain-lain. Ada juga artis-artis lama seperti kumpulan Beatles, Marilyn Monroe, artis Bollywood dan ramai lagi. Jom layan gambar-gambar amatur ni.
Selesai di Madame Tussauds, ada banyak kedai di sepanjang jalan. Harganya agak murah dan munasabah seperti keychain, fridge magnet, pouch bag, small handbag. Kami singgah juga beli sedikit sebagai kenang-kenangan dan buah tangan mereka di Malaysia. Kalau pergi ke London jangan lepaskan peluang ke sini. Taklah bosan anak-anak apabila orang-orang dewasa sibuk `shopping'. Tetapi kalau anda datang ke London untuk membeli-belah saya nasihatkan tak perlu bawa anak-anak. Tak boleh fokus membeli macam saya :D.
Bergambar dengan patung detektif Sherlock Holmes
Entri akan datang akan saya ceritakan tempat-tempat `shopping' di Bicester Village dan di Harrods. 2 tempat ini antara tempat kemestian bagi mereka yang berkunjung ke London. Mmm...harga agak berpatutan, kalau ada rezeki ada jualan murah dan jualan bagi yang berjenama amat berbaloi dibeli jika dibandingkan di tempat kita. Ok sampai jumpa lagi, selamat membaca!
Seronoknya dapat bergambar dengan "orang kenamaan" dan "selebriti"
BalasPadam