Iklan

Selasa, 15 Oktober 2013

20 Tips Mudah Rancang Kewangan Peribadi Suri

Sebagai seorang suri yang pastinya menjadi Pengurus Kewangan keluarga, kita mestilah mengetahui serba-sedikit asas perancangan kewangan. Apabila kita dapat merancang kewangan keluarga dengan baik tentulah keluarga menjadi tip top dan memiliki kehidupan yang selesa. Jom para suri sama ada yang bekerja di rumah atau pejabat kita sama-sama praktikkan perkongsian ilmu dari Tokoh Jutawan Internet yang terkenal, Irfan Khairi dalam majalahnya IK (Inspirasi Kejayaan) keluaran isu 10.

1.Setiap kali mendapat gaji, utamakan simpanan dahulu sekurang-kurangnya 10% dari jumlah gaji. Kemudian selesaikan bayaran-bayaran penting seperti bil, bayaran pinjaman dan lain-lain. Selepas itu barulah digunakan untuk keperluan sara diri.

2.Hidup biar ringkas, tetapi kaya dan senang hati. Hidup akan lebih tenang apabila kita tidak mempunyai barang yang disimpan di rumah yang tidak memberikan apa-apa nilai kepada hidup.

3.Rancang dulu sebelum membelanjakan wang dengan membuat belanjawan (bajet). Dengan merancang di atas kertas, pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih terurus. Tanpa perancangan wang anda akan mengalir deras tanpa dikawal.

4.Wujudkan segera dana kecemasan. Kegunaannya adalah seperti untuk kenderaan yang rosak secara tiba-tiba.

5.Jadikan sedekah sebagai kebiasaan dan keutamaan.

6.Rekodkan segala pendapatan dan perbelanjaan. Kelebihan amalan ini kita akan dapat mengenalpasti kebocoran wang dan lebih memahami tabiat kewangan kita.

7.Tunaikan zakat anda. Zakat bukan sahaja penyuci jiwa, hati dan harta kita tetapi ia juga akan meluaskan pintu rezeki kita.

8.Beli buku berkaitan kewangan. Baca, faham dan amalkan.

9.Sebelum ke pasaraya, sediakan senarai barang yang akan dibeli dan sediakan bajet yang mencukupi. Elakkan membawa lebihan tunai bagi mengelakkan anda membeli barang yang tidak diperlukan.

10.Pelbagaikan sumber pendapatan anda tanpa bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Ingat, langit tidak selalunya cerah. Jadi sediakan payung sebelum hujan.

11.Amalkan prinsip kewangan paling asas iaitu beli sesuatu jika perlu sahaja. Hentikan perbelanjaan yang tidak penting dan tidak perlu.

12.Didik anak dari awal untuk menghargai wang. Cara terbaik, ibu bapa menunjukkan cara berbelanja yang baik sebagai teladan kepada anak-anak. Pupuk tabiat menabung dari kecil.

13.Katakan TIDAK kepada skim-skim cepat kaya.

14.Mulakan diri dengan pelaburan seperti hartanah dan emas atau melaburkan wang untuk menambah ilmu dan kemahiran. Pastikan dapat maklumat menyeluruh tentang sesuatu pelaburan.

15.Kad kredit ialah kad hutang. Sebelum memohon kad kredit, tanyakan diri anda adakah anda mampu membayar hutang dan mampukan anda menguruskan diri dari terperangkap dengan kad ini. 

16.Jika anda ingin membeli barangan dapur dan isi rumah yang sedikit, memadailah beli di kedai runcit biasa. Jika banyak, eloklah beli di pasaraya besar kerana ada banyak pilihan di sana.

17.Urus risiko dengan takaful/insurans. Tidak semua orang mempunyai duit yang banyak untuk menguruskan risiko seperti sakit dan kemalangan. Salah satu alternatif ialah menyertai takaful.

18.Salah satu cara melatih tabiat kewangan yang baik ialah berkawan dengan individu yang mempunyai tabiat tersebut.

19.Tiada jalan pintas untuk meraih kekayaan yang besar. Mulakan dari bawah sedikit demi sedikit. Masa yang terbaik ialah bermula dari sekarang dengan memperbaiki urusan kewangan agar aliran kewangan lebih lancar dan positif. Amalkan prinsip-prinsip kewangan asa walaupun ia nampak kuno.

20.Jangan berputus asa apabila anda berada dalam kegawatan kewangan. Ia adalah satu tempoh terbaik bagi anda untuk tidak lagi mengalami nasib begitu dan berusaha untuk menjadi lebih baik. Tiada sesiapa yang mahu melalui kesusahan, tetapi setelah anda melalui kesulitan sudah pasti anda tidak mahu ia berlaku lagi.

Begitulah tips-tips yang telah saya ringkaskan dan amat sesuai untuk kita laksanakan dalam kehidupan seharian kita. Sebagai suri yang bekerja di rumah atau di pejabat, biasanya kita akan dapat menguruskan kewangan keluarga dengan baik apabila ada panduan seperti ini. Bersama-samalah kita memastikan kewangan keluarga kita tip top berbekalkan tips-tips ini. Alangkah seronok apabila kehidupan keluarga kita kaya dan bahagia tanpa belenggu hutang dan masalah kewangan. Fikir-fikirkan dan mulalah merancang kewangan keluarga anda.

7 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat kepada web-owner. Mari kita semua merancang kewangan kita sebelum persaraan supaya boleh membantu untuk kesenangan kehidupan selepas bersara nanti. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) – agen unit trust investment untuk Public Mutual & menguruskan investors di semua negeri terutamanya PENANG, KUALA LUMPUR & JOHOR BAHRU. Juga travel ke negeri-negeri lain bergantung kepada lokasi pelabur.
    .
    Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust sama ada investment KWSP atau pun investment TUNAI, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
    .
    Kita merancang tapi hanya Tuhan yang menentukan. Mari kita berusaha & berikhtiar dahulu, kemudian baru tawakkal.
    .
    Jas
    Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
    Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
    T: +6017-7055 381 / +6012-776 0219
    E: jas.elegant@gmail.com
    W: http://www.facebook.com/investment.unittrust
    .
    “ Personal Opinions: (i) Best Investment Period = 10 Years , (ii) Minimum Return on Recommended Funds = 11% per year. [Proven Track Record available & can be given upon request] ”

    BalasPadam
  2. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Jane Alison, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi hari ini kami melalui e-mel supaya kita boleh memberikan syarat-syarat pinjaman dan syarat-syarat kami di: (saintloanss@gmail.com)

    BalasPadam
  3. Hello, i am Puan Rose anna, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membersihkan hutang anda atau anda memerlukan pinjaman kepada ekuiti Meningkatkan Perniagaan anda? adakah anda pernah ditolak oleh bank-bank dan agensi kewangan yang lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lagi kerana kami berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman tabungan kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, Yang Mempunyai kredit yang buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya hendak Gunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan anda pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    BalasPadam
  4. Perkongsian yg sangat bermanafaat....

    Bagi mereka yang ingin membuka account semasa syarikat cimb atau maybank,tapi tiada introducer, company saya sudi membantu.sila layari blog saya untuk maklumat lanjut :www.kaya-knowledge.blogspot.com. terima kasih.

    BalasPadam
  5. Perkongsian yg sangat bermanafaat....

    Bagi mereka yang ingin membuka account semasa syarikat cimb atau maybank,tapi tiada introducer, company saya sudi membantu.sila layari blog saya untuk maklumat lanjut :www.kaya-knowledge.blogspot.com. terima kasih.

    BalasPadam
  6. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    BalasPadam
  7. Adakah anda memerlukan pinjaman untuk memulakan perniagaan? Ia mengambil
    pinjaman untuk membayar bil-bil anda? Pada masa ini kami tawarkan
    pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan, pinjaman rumah, pinjaman pertanian,
    pinjaman peribadi, pinjaman kereta, dan lain-lain Jika anda perlu
    menyatakan minat anda ke atas pinjaman, supaya kita boleh
    menghantar maklumat lanjut kepada anda.
    Hubungi kami melalui e-mel: sandradonaldloancompany@gmail.com.
    Terima kasih
    +1 951 703 6414

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...