Iklan

Rabu, 2 Oktober 2013

Pendaftaran SSM semudah ABC

Sejak mengikuti program Intensif Jutawan Industri 2013 pada 27-29 September yang lepas, semangat mengusahakan perniagaan sendiri secara sambilan semakin membara. Apatah lagi apabila melihat sahabat-sahabat jutawan yang rata-ratanya telah mempunyai bisnes. Alhamdulillah, Allah Maha Mendengar permohonan hamba-hambaNya. Tiba-tiba saya mendapat mesej dari seorang sahabat yang ingin mendapatkan sebutharga bagi sesuatu barang dalam jumlah yang besar. Walaupun baru sebutharga namun mungkin ini isyarat kepadaku untuk mendaftarkan syarikat perniagaan dengan segera. Sementelah pula saya cuti semalam. Usai menyelesaikan urusan rumahtangga, saya bergegas ke SSM (Suruhan Syarikat Malaysia) di Tingkat 3 Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Kali pertama saya menjejakkan kaki ke sini. Biasanya kalau ke Plaza Alam Sentral ni tempat makan, beli-belah dan cari barang elektronik. Kali ni datang dengan hasrat bukan membuang duit saja-saja, insyaallah untuk terus mengembangkan duit-duit yang ada.
Sayapun menuju ke kaunter untuk mengambil borang lalu petugas tersebut bertanya, "Awak nak buka Syarikat Enterprise atau Sdn Bhd? Kalau Sdn Bhd kena ada setiausaha syarikat, suruh mereka tolong sediakan semua". "Saya hanya nak buka Enterprise je Encik"' jawab saya. Lalu diberikan saya 1 borang. Borang tersebut untuk syarikat enterprise. Ada 2 bentuk perniagaan iaitu perniagaan tunggal dan satu lagi perniagaan perkongsian. Yang tunggal tu macam sayalah, maksudnya syarikat tu saya seorang tidak berkongsi dengan siapapun. Kalau perkongsian tu kenalah borang tu ditulis sekali maklumat rakan-rakan kongsi. Minimum berkongsi 2 orang dan maksimum 20 orang. Para suri yang ada menjalankan apa-apa bisnes di rumah secara online atau offline walaupun secara separuh masa dinasihatkan untuk mendaftar perniagaan anda. Ia akan memudahkan para suri pada masa akan datang.

Bagaimana pula nak mendaftarkan perniagaan kita? 
Siap menulis borang pastikan ada salinan kad pengenalan pemilik dan rakan-rakan kalau syarikat perkongsian. Maklumat yang perlu diisi dalam borang adalah tentang maklumat diri dan jenis perniagaan. Jangan risau kalau tak tahu nombor kod bagi setiap jenis perniagaan. Kita hanya perlu isikan sahaja jenis perniagaan. Itupun kalau tak tahu ada contoh maklumat jenis perniagaan di kaunter pengisian borang. Contoh-contoh pengisian borang ditampal di dinding-dinding tersebut. Insyaallah senang je. Jangan lupa untuk mengisikan 3 pilihan nama syarikat anda. Pihak SSM akan menyemak mulai nama pilihan pertama, jika pilihan kita tu dah digunakan orang barulah dipilih nama seterusnya. Bila dah lengkap hantarkan semula ke kaunter pengambilan borang untuk disemak dan diberi nombor giliran. Lepas tu, apa lagi, kita kena tunggulah sampai nombor giliran kita dipanggil. Semasa menunggu tu bolehlah fikir-fikirkan strategi membuat bisnes atau berkenalan dengan pelanggan-pelanggan lain di situ. 
Sambil menunggu saya dok fikir menu apa nak masak malam nanti
Berapa bayarannya?
Bayarannya boleh dikatakan munasabah dan mampubayar. Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti Azhana Enterprise, bayarannya ialah RM30 setahun dan dikenakan yuran perkhidmatan RM10 jadi jumlahnya ialah RM40 setahun. Saya dapati ramai juga yang menggunakan nama sendiri. Manakala perniagaan yang menggunakan nama syarikat seperti ABC Enterprise, bayarannya ialah RM60 setahun dan dikenakan yuran perkhidmatan RM10 jadi jumlahnya ialah RM70 setahun. Bagi mereka yang ingin terus membayar untuk 5 tahun, bayarannya kalau tak silap saya hanya RM300 sahaja (sila rujuk balik dengan SSM).

Apabila selesai urusan bayaran dan penyemakan nama pilihan, SSM  akan mengeluarkan Sijil Pendaftaran Perniagaan anda dalam tempoh 1 hingga 2 jam sahaja. Begitu mudah bukan.

Anda boleh baca lebih lanjut di link di bawah ini :
http://www.ssm.com.my dan http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...