Saya banyak berkongsi resepi sambal kerana keluarga kami sukakan masakan yang pedas-pedas. Kalau tak ada satu menu pedas dalam sehari tu rasa tak lengkap je pemakanan kami. Tapi ada juga seorang anak keempat saya kurang suka memakan makanan pedas.
Hari ini saya akan kongsikan pula resepi mudah sambal 3 dalam 1. Kenapa pula 3 dalam 1? Sebab ada 3 bahan utama dalam satu jenis sambal. Bahan-bahan tersebut ialah kentang, ikan bilis dan tempe. Macam biasa trademark masakan saya ialah resepi tu mudah disediakan. Terpulanglah kepada para suri nak kentang atau ikan bilis atau tempe yang banyak. Anak ketiga saya suka sambal kentang dan anak kelima saya suka sambal ikan bilis jadi sambal ini kiranya gabungan semua bahan tersebut. Cuma yang lecehnya bila nak makan mereka akan terkuis-kuis nak cari kentang dan sorang lagi nak cari ikan bilis. Macam-macamkan ragam budak-budak ni. Mujurlah anak-anak yang lain makan aje apa yang dihidang.
Bahan-Bahannya :
Bawang merah kecil (6 ulas)
Bawang putih (4 ulas)
Sedikit ikan bilis
2 biji kentang dihiris (nak tebal atau nipis terpulang)
Tempe dipotong nipis (saya guna 2 keping)
Cili mesin (5 sudu besar)
Garam, gula, perasa (jika perlu)
Minyak untuk menumis
Cara Membuatnya :
Goreng dulu tempe, ikan bilis dan kentang sehingga garing, sudah masak diangkat dan ketepikan.
Bawang-bawang tersebut ditumbuk/dikisar dan setelah minyak panas ditumis sehingga naik bau. Setelah masak dimasukkan cili mesin dan tumiskan lagi sehingga cili tersebut pecah minyak. Saya biasanya menumis cili ini lama sedikit sehingga warnanya bertukar gelap sedikit (janganlah hangus pula) supaya sambalnya tahan lama dan lebih sedap. Apabila cili masak, letakkan garam dan gula mengikut citarasa anda.
Untuk kekalkan tempe, kentang dan ikan bilis garing, boleh matikan api dan biarkan sejuk sebentar sebelum digaulkan semua bahan yang digoreng. Tetapi boleh juga selepas sambal tersebut masak terus masukkan tempe, kentang dan ikan bilik dan digaulkan sehingga rata macam dalam gambar.
Mmm..dah siap pun. Harini menu saya sambal 3 dalam 1 dengan sup ikan merah. Sambal ini sesuai dimakan dengan sup, kari, gulai dan sebagainya.
Mudah bukan! Harap para suri di rumah dapat mencubanya. Resepi ini menjimatkan masa, bahan-bahannya senang didapati, masakannya mudah disediakan dan sesuai untuk seisi keluarga. Selamat Menjamu Selera!
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya. Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/sms 0133510426
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan, boleh lawat fb Miracle4U dan pm di sini https://www.facebook.com/pages/Miracle4U/1267307066741971
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah, boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah
Sedapni mkn cm 2 je.
BalasPadamJmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com