Iklan

Jumaat, 21 Februari 2014

Ragam Anak-Anak dan `Supper'

Hari ini sungguh saya amat-amat keletihan. Anak di asrama tiba-tiba telefon minta diambil. Sepatutnya hujung bulan, mungkin kerana mesyuarat PIBG sekolah tempohari, jadual pulang ke kampungpun berubah. Dari petang sampai ke malam anak-anak berumur 6 tahun hingga ke 12 tahun mempunyai kelas tambahan. Apa lagi jadi pemandu beberapa sesilah pulak.

Hari ini juga supermama terlupa pulak nak makan vitamin. Malam sebelumnya tidur lewat menyiapkan robot anak daraku, Madiha. Gembira sungguh dia bila balik sekolah cikgu beritahu dapat A-. Cikgu dia tahu ke yang membuatnya ibunya. Demi anak, ibu yang seharian non-stop kerja di rumah menggagahkan jua mengasah daya kreativiti yang ada di tengah-tengah malam buta. Kepala, leher dan tengkuk kulumurkan Miracle Refreshing, biar segar dan terjegil mata. Alhamdulillah baunya wangi menusuk hidung dan saya terus rasa segar hinggalah siap Cik Robot. Mujur berupa juga robot ni.

Cik Robot

Para suri janganlah gelak kuat sangat, malulah sebab tak pandai seni pertukangan tangan. Idea tercetus di waktu tengah malam. Orang lain dah berdengkur-dengkur tidur. Moralnya, para suri sekalian hendaklah memenuhi diri dengan 1001 ilmu pengetahuan. Anak-anak tak tengok sijil apa kita belajar dulu, yang dia tahu ibunya supermama.

Sesudah balik tuisyen, anak-anak nak makan lagi sedangkan selepas Maghrib dah makan malam. Supermama ni nak pengsan dan tunggu masa je nak rebah. Dah tak larat nak masuk ke dapur. Jadi hidangan supper terrringkas sekali ialah belilah burger. Beli burger Ramly je, pun sedap juga. Bagi sokongan kepada produk orang Islam. Untung gerai burger sebab anak-anak tak mahu makan sayur kobis mentah, jadi burger dengan keju je.


Dah kenyang, alhamdulillah. Syukur ya Allah! Walau serba kepenatan, letih bersulam bahagia kerana sentiasa berada di samping anak-anak dan melayan karenah mereka. Hari ini supermama nak tidur awal iaitu sebelum detik tengah malam. Ok teman-teman, selamat malam dan mohon maaf sekiranya ada apa-apa kekhilafan di pihak saya. Buat akhirnya, jaga diri, jaga kesihatan dan ceria selalu. Sampai jumpa lagi, assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    BalasPadam
  2. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...