Iklan

Selasa, 8 April 2014

Kelas Bursa Station 2 April 2014

Apakah itu Bursa Station? Ia adalah satu software terbaik yang membantu mereka yang membuat pelaburan saham. Ada banyak software dan tools di pasaran tetapi saya mengikut kata sifu yang mencadangkan agar mempelajari penggunaan Bursa Station. Akhirnya pada 2 April 2014 baru-baru ini, saya telah menghadiri program ini, Bursa Station Mastery bersama Ir Sofian, trainer hebat dalam technical analysis


Kelas kami ini dikatakan antara yang paling ramai mengikuti program Bursa Station. Dalam kursus diterang dan ditunjukkan cara-cara mudah untuk menganalisa 30 kaunter terbaik pada hari tersebut mengikut sektor-sektornya dan bagaimana menyusunatur features di dalam software tersebut. Kalau buat sendiri, mahu terkebil-kebil tengok komputer dan tengok urusniaga saham yang berkelip-kelip tu. Lepas tu ditunjukkan cara melihat graf-graf dalam analisa teknikal. Bolehlah faham sikit-sikit daripada zero knowledge sebelum ini. Sekurang-kurangnya ilmu saham berkaitan fundamental dan teknikal asas dah lengkap dalam diri saya yang masih baru ini. Insyaallah selepas kejayaan trade dengan bimbingan Bursa Station, saya berhajat pula untuk mengikuti program Advanced Trader pula. Dah submit doa, moga Allah kabul dan permudahkan. 

Memang tak rugilah hadir ke kelas ni, dapat pula melanggan software Bursa Station ini selama 6 bulan. All in inclusive. Software ni memang sangat awesome. Best ke best!

Bersama Hj Mohd Asri Ahmad

Bersama Ir Sofian dan Jerry

Di akhir program saya sempat bergambar dengan sifu-sifu dalam pelaburan saham. Moga-moga aura kepakaran saham itu juga terpalit kepada saya. Program ini hanya separuh hari. Saya cukup rasa seronok kerana masih berpeluang menuntut ilmu walaupun menjadi seorang suri. Tambahan pula ia diadakan di Shah Alam dan saya dapat menguruskan anak-anak ke sekolah di awal pagi dan pulang tengahari untuk kembali menguruskan mereka. 


Bagi mereka yang berminat dengan pelaburan saham, melaburlah dengan ilmu. Boleh hubungi Wealth Magnet atau mana-mana mentor yang anda sukai untuk meningkatkan kefahaman anda di bidang pelaburan saham ini. Moga saya dan anda semua kaya, berjaya dan bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...