Iklan

Sabtu, 7 September 2013

Punca Suri Berblog

Alhamdulillah blog saya berjaya diwujudkan dengan berkat tunjuk ajar Cikgu Zaila dan dengan dorongan semangat rakan-rakan yang semuanya mempunyai keazaman yang tinggi untuk dan mungkin telah bekerja dari rumah selama ini. Melalui blog ini saya ingin berkongsi kisah rutin kehidupan, secebis pengalaman yang ada, berkongsi resepi-resepi mudah terutama untuk anak-anak, berkongsi tips untuk menambah ilmu dan mempertingkatkan prestasi kehidupan kita dan juga jika berkelapangan saya akan kongsikan kisah-kisah saya melancong ke luar negara.
 
Kata orang tak kenal maka tak cinta, tak berhenti maka tak tahu (kira bolehlah peribahasa ni). Setelah lebih 2 bulan saya `honeymoon' di rumah, saya bertanya pada diri sendiri. Kenapa macam tak ada ummpph bila menjadi seorang suri padahal saya mendapat apa yang saya inginkan iaitu dekat dengan anak-anak pada setiap masa dan ketika. Tiada lagi tekanan kerja di pejabat.  Rupa-rupanya apabila sibuk menjadi suri rumahtangga saya hilang interaksi sosial dengan manusia. Bukan tak bertegur jiran dan guru tetapi interaksi yang menjana pemikiran saya supaya berfikir secara aktif, sentiasa bermotivasi dan positif kurang dan makin tidak bertenaga (longlai je rasa). Saya rindu dengan teman-teman ketika bekerja, rindu dengan karenah ketika bermesyuarat dan rindu dengan pelbagai aktiviti di sana. Saya mulalah `mengganggu' mereka tapi seperti biasa rakan-rakan pejabatku sentiasa sibuk. Akhirnya saya berdamping dengan internet dan bertemu dengan http://akademibekerjadarirumah.blogspot.com dan benar2 tertarik dengan tajuk bombastik Sebuah Travelog Suri Hebat (http://zailabinimdae.blogspot.com) kerana saya ni masih suri yang belum mencapai taraf tersebut. Ya! Suri beginilah yang den mahu.

 
Cukuplah sebagai mukaddimah untuk rakan-rakan mengenali dan mengetahui punca kewujudan blog ini (akupun yang nak belajar dan dah tentu cikgu suruh buat). Perjalanan masih panjang (sebab kelas belum habis lagi ni baru masuk pelajaran kedua). Semoga aku menjadi pelajar yang komited dan konsisten dalam mengusahakan blog ini dan moga blog ini memberi manfaat kepada insan-insan yang membacanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...