Iklan

Selasa, 17 September 2013

Bila Cukup Korum, Kasih Sayang Bertaut Erat

Cuti Hari Malaysia baru-baru ini, semua anak-anak saya dapat berkumpul bersama. Sejak 2 orang anak dah duduk di asrama jaranglah kami dapat berkumpul beramai-ramai. Kadangkala seorang balik seorang tidak. Kadangkala dua-dua balik tapi masa 2 hari dipenuhi dengan buat schoolwork, tidur dan basuh baju. Hati seorang ibu kadang-kadang berdetik juga takkan cuti 2 hari cikgunya beri kerja sekolah yang banyak. Selain itu kehidupan di asrama nikan penuh aturan dan disiplin maka kepenatan setelah berminggu-minggu bersekolah diluahkan mereka dengan tidur tidur tidur. Aissyh aissyh aissyh. Anak-anak juga mengambil kesempatan membawa baju-baju untuk dibasuh dan digosok sebelum dibawa semula ke asrama. Bukannya tak ada dobi tetapi mereka lebih suka basuh sendiri kerana ada sejarahnya, ada baju-baju yang hilang atau tertukar. Masa 3 hari dirasakan begitu suntuk dan cukup pantas berlalu. Rancangnya nak tengok wayang tapi semua tayangan tak menarik minat mereka. Apalagi makan-makanlah jawabnya. Ayahnyapun masa cutipun ada appointment jadi kami tak banyak pilihan dan hanya sempat makan Tutti Frutti dan dinner di Restoran Serai di Empire Subang. 

Menguruskan makan anak-anak yang dah besar tak serenyah jika dibandingkan semasa mereka kecil namun cerewet dari segi pemilihan makananlah pulak! Si abang memesan nasi goreng kampung dan ikan siakap stim, si kakak pula memang tak kisah jika berkongsi makanan dengan mama, akhirnya memilih kuetiaw daging, adik-adik pula memilih kids menu. 



Ni ajelah menu yang sempat diambil gambar. 

Masa makan memang amat meriah macam restoran tu dapur rumah kita. Mujurlah kami ditempatkan di hujung sekali dan memangpun suasana di Serai meriah.Ada keluarga yang menyambut birthday dan ada rakan-taulan yang bercerita dan bergelak sakan.

Indahnya rasa seorang mama apabila melihat pergaulan kakak, abang dan adik-adik bergurau-senda, sakat-menyakat, berebut untuk bercerita atau mengambil perhatian dan ada yang merajuk. Semua ini akan menjadi kenangan dan semoga kalian sentiasa berkasih sayang dan tidak melupakan jasa mama dan abah dan sentiasa mendoakan kami apabila berjaya kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...