Iklan

Khamis, 19 September 2013

TIPS MENGUATKAN INGATAN PARA SURI

Ala..bang, lupalah letak kat mana barang tadi, macamana ni tak ingat pulak apa yang anak pesan suruh beli, asyik-asyik tertinggal aje barang yang nak dibawa ke pejabat. Inilah antara keadaan Cik Mah sejak akhir-akhir ini. Mulalah dikaitkan dengan faktor dah tua, anak dah ramai, asyik sibuk dengan kerja rumah atau pejabat dan tak ada masa nak fikir banyak. Mungkin ada benarnya tapi takkan nak biarkan keadaan pelupa itu berterusan. Otak kita ni kompleks tetapi boleh dirangsang untuk macam-macam aktiviti kerana otak kanan dan kiri ada fungsi-fungsi yang khusus.

Sebenarnya, kita boleh meningkatkan daya ingatan dan mengurangkan risiko menjadi pelupa dengan mengamalkan tips-tips di bawah ini secara istiqamah. Mari kita amalkan sekarang semasa kita masih sihat dan bertenaga supaya di hari tua kelak kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antara tips-tips yang boleh kita sama-sama cuba untuk menguatkan ingatan para suri adalah seperti berikut;

1. Amalkan Tidur Yang Cukup
Lebih kurang 1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur tetapi ada juga yang suka tidur lewat. Apabila sering tidur lewat, para suri akan keletihan. Dengan keletihan tersebut akan mengganggu maklumat dan data yang disimpan oleh otak dan akan menjejaskan kemampuan untuk belajar sesuatu yang baru. Kalau di waktu siang kita terlalu penat, tidurlah sebentar sebelum atau sesudah Zohor. Elakkan tidur selepas Asar kerana ia sangat tidak digalakkan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang cukup kerana ia sangat penting untuk otak kita.
 
2. Pemakanan Seimbang
Tubuh badan kita memerlukan pemakanan seimbang untuk bekerja, berfikir, membuat kerja rumah, mengasuh anak dan sebagainya. Pengambilan vitamin dan makanan tambahan boleh membantu tetapi hati-hati kerana sekarang ada pelbagai produk yang ada di pasaran dan dikhuatiri memberi kesan sampingan. Elok dirujuk dengan doktor bertauliah terlebih dahulu.

3. Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu daya ingatan kita akan menjadi lebih baik.

4. Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan anda tidak ceria. Anda akan berasa tidak segar, rasa kecewa dan tiada semangat. Secara tidak langsung ia akan melemahkan daya ingatan. Justeru para suri perlu ceria dan rasa gembira supaya dapat menguatkan daya ingatan kita.

5. Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan terganggu. Anda juga cenderung menjadi seorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu kawallah tekanan anda dengan baik.

6. Mengamalkan Minum Teh Hijau
Teh hijau memiliki kandungan anti oksidan yang tinggi dan dapat memerangi radikal bebas yang menyerang saraf otak. Teh hijau juga dapat menajamkan kemampuan otak dan dikatakan boleh merawat punca penyakit Alzheimer.

7. Mencium Wangi Bungi
Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa mereka yang sering mencium bunga mampu berfikir 17% lebih cepat. Sebagai contoh wangian bunga rosemary dikatakan baik untuk suasana bekerja dan wangian lavender baik untuk kenyenyakan tidur. Aroma bunga juga dipercayai menjadikan fikiran kita lebih tajam dan boleh menghilangkan tekanan.

8. Mengalunkan Muzik
Mendengar alunan muzik atau bermain dengan alat muzik juga dikatakan mampu meningkatkan ketajaman berfikir. Eloklah para suri mendengar lagu-lagu salawat kepada Nabi Muhammad saw dan lagu-lagu yang tidak mengasyikkan kita.

9. Belajar Sesuatu Yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu seperti belajar bahasa Mandarin, kursus menjahit, menghadiri ceramah motivasi atau kursus membuat blog.

10. Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan. Cuba ingat sedikit sebanyak fakta yang terkandung dalam bahan bacaan.

11. Katakan Berulang Kali
Untuk meningkatkan ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, sebutkan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda ingat akan maklumat tersebut.

12. Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus terhadap sesuatu perkara. Apabila fokus anda akan dapat menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara.

13. Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan, bermain teka Sudoku dan Bingo.

14. Menulis
Tuliskan perkara-perkara yang ingin anda lakukan dan tampalkan di tempat yang mudah dilihat. Dengan penulisan, ingatan akan menjadi lebih kuat.

15. Membaca Al-Quran
Amalkan membaca Al-Quran walaupun sehelai muka surat setiap hari. Selain mendapat pahala,dengan membaca Al-Quran dapat menerangkan jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

16. Makan Makanan Sunnah
Makanan-makanan yang baik dan membantu untuk menguatkan ingatan terdiri kebanyakannya dari makanan sunnah iaitu manisan madu lebah, air zamzam, kurma, susu segar, kismis, tin, delima, kekacang, soya dan tempe. Ada antara makanan-makanan ini dijual di https://www.facebook.com/sihatmelaluimakanansunnah atau boleh dilihat dalam kolum makanan sunnah di http://azhanaam.blogspot.com. Anda juga boleh sms / whatsapp azhana di nombor 013-3510426/019-3414491 sebarang tempahan.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...