Iklan

Jumaat, 20 September 2013

Melayan Imran Si Kecil

Baru sahaja balik kerja, anakku yang bongsu Imran berlari-lari menuju ke kereta. Mujur enjin kereta dah mati, risau juga kadang-kadang bila membaca berita tentang kematian kanak-kanak kecil disebabkan kecuaian memandu dan sebagainya. Kebetulan mamanya insan yang paling awal sampai ke rumah jadi diajaknya bermain bola. Mungkin harini tenaganya masih banyak, masih aktif dan mahu bermain di luar rumah. Kadangkala bila aku sampai dah tertidur di ruang tamu.

Memandangkan mamanya dalam good mood ditambah pula dengan hari terakhir bekerja dalam minggu ini (hari Jumaatkan!) sebab esok boleh cuti rehat, aku layankan karenahnya. Sebenarnya Imran yang banyak main sendiri, terjatuhlah, terlanggarlah, terpelecuk dengan bola, menjerit gol (mesti kesan Piala Merdeka) dan akhirnya terbaring kepenatan. Aku tendang bola tu sikit-sikit je bagi merangsang kegembiraannya tu. Kadang-kadang kesian juga sebab tak ada orang nak teman dia bermain bola (Dahlah baju tu sama dengan bola). Abangnya yang suka bermain bola dah tinggal di asrama. Abang yang seorang lagi kalau dah penat balik sekolah nanti dah tentu tak mahu memenatkan badan. Asyik memerap dengan gadget saja.







Entri ini sebenarnya kolum memperkenalkan anak bongsuku. Diberi nama Afiq Imran, orangnya nampak pemalu tetapi bila dah kenal amat ramah orangnya dan suka jadi ketua di kalangan adik-beradiknya, kadangkala susah nak berhenti bercakap, suka menyakat dan sudah tentu sangat suka bermain. Ada masanya Imran suka berlakon sampaikan mama dan abahnya percaya. Sekarang bersekolah tadika di Genius Aulad di Subang Bestari. Dahulu Imran bersekolah tadika Cina waktu pagi dan petang di Genius Aulad. Tetapi Imran selalu ketinggalan dalam pelajaran dan schoolwork tadika Cina terlalu banyak. Mungkin aku merupakan mama yang tidak cukup kuat melihat situasi tersebut. Imran selalu tidak sihat, dimarahi cikgu sebab kadangkala kerja tidak siap, berat badan merosot dan selalu kepenatan. Setelah berfikir panjang dan berbincang dengan suami, Imran direhatkan dari tadika Cina tersebut.
 
Imran baru berusia 5 tahun dan katanya nak jadi pilot. Mama dan abah harap Afiq Imran akan berjaya dalam apa bidang yang diceburi. Yang penting jangan tinggalkan solat, dengar kata mama dan abah, sayang pada abang-abang dan kakak-kakak, rajin belajar dan jangan nakal sangat. Semoga Imran menjadi anak soleh yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...