Para suri zaman sekarang sama ada yang bekerja di rumah atau bekerja di pejabat, ramai yang menjalankan perniagaan sampingan. Perniagaan yang dijalankan ini boleh jadi berbentuk online atau offline. Namun demikian disebabkan ketiadaan ilmu perniagaan yang mencukupi, seringkali perniagaan sangkut di tengah jalan. Di antara kesilapan yang dibuat sehingga bisnes lingkup adalah seperti diterangkan di bawah. Artikel ini hasil perkongsian bloggers dalam fb cara mudah urus bisnes.
5 KESILAPAN 'MAUT' YANG MELINGKUPKAN BISNES
5 KESILAPAN 'MAUT' YANG MELINGKUPKAN BISNES
Salam sejahtera, hari ini saya ingin berkongsi berkongsi pengalaman peribadi: 5 Kesilapan Besar yg saya buat yang telah melingkupkan bisnes saya suatu masa dulu. Jom kita ambil pengajaran satu persatu.
1. SALAH KIRA HARGA KOS/ UNTUNG
Ini kesilapan paling besar. Saya buat bisnes hanya kira harga kos produk dan kos pos sahaja. Tapi tak kira sekali 'hidden cost' yg terlibat seperti kos minyak pergi pejabat pos, kos kertas dan ink untuk cetak, kos pekerja dan sewa pejabat. Hujung bulan mesti akaun ada short dan tak untung seperti disangka.
Pengajaran :
Perlu masukkan margin hidden cost anda. Juga perlu tahu berapa marketing cost yang perlu dibelanja untuk mendapat 1 jualan.
2. TIADA SIMPANAN DATABASE PELANGGAN DENGAN TERATUR
Kesilapan ini membuat saya rugi besar sebab tak dapat follow up pelanggan yg bagitau nak bayar dan tak dapat nak blast promo dan sebagainya.
Pengajaran :
Paling minima, nama, no telefon dan email pelanggan anda wajib simpan elok-elok.
3. TIADA SISTEM INVENTORI/ PRESTASI JUALAN
Stok yang tinggal saya tak pernah kira. Berapa yang dah terjual pun tak tahu. Hanya tahu jual sahaja. Kesannya, stok habis, tapi jualan masuk. Ramai pelanggan marah dan tuduh menipu. Nak restock pula ambil masa seminggu.
Pengajaran :
Sangat penting ada sistem tahu berapa terjual, berapa stok tinggal. Jadi anda boleh order siap-siap. Juga kena tahu prestasi jualan produk mana yang laju, hari bila jualan tinggi dan sebagainya.
4. BAZIR MASA BUAT KERJA-KERJA ADMIN/MANAGEMENT
Disebabkan nak berjimat, saya buat semua kerja dari A hingga Z. Buat pemasaran, semak jualan, layan pelanggan, menjawab fanpage, menjawab sms, semak stok, bungkus produk, tulis slip poslaju, pergi pejabat pos. Lama-lama masa saya setiap hari hanya berkisar pada kerja-kerja pentadbiran. Masa untuk marketing tiada. Kemudian jualan saya merudum.
Pengajaran :
Leverage! Jangan nak jadi hero buat semua perkara. Pemilik bisnes wajib fokus lebih pada marketing.
5. TIADA CASHFLOW YANG TERSUSUN
Cashflow setiap hujung bulan saya main taram saja. Tengok balik resit-resit yang dikumpul, kadang-kadangpun lupa apa yang dibeli. Selalunya akaun sentiasa tidak seimbang. Banyak keluar dari untung yang masuk.
Pengajaran :
Catatkan berapa pendapatan masuk, berapa perbelanjaan keluar. Kumpul resit satu hal, tetapi catatkan perbelanjaan itu satu hal yg penting juga.
LIKE, SHARE dan TAG rakan anda yang buat bisnes jika bermanfaat. Kurangkan 90% masa bekerja anda & tingkatkan 90% produktiviti bisnes anda. Info lanjut, layari ---> http://bit.ly/selamatkanbisnes
Diharapkan kita semua dapat mengambil manfaat dari perkongsian 5 tips ini.
****************************************************
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
Betul..
BalasPadamTapi no 4 adalah bg saya kesilapan paling besar dan paling biasa orh buat terutama saya dahulu. Semua kerja kena buat sendiri termasuk buat akaun dan akhirnya semangat hilang,sale kurang,passion tiada = tutup kedai.
Alhamdulillah skrg dpt mula semula dari rumah seperti asal dan belajar dari kesilapan dan perniagaan semakin baik.