Baru-baru ni kami sekeluarga berjalan-jalan `window shopping' di One Utama Damansara. Lama kami sekeluarga tidak berjalan-jalan di shopping mall. Biasanya berjalan-jalan berdua je, hehe... Dah cuti sekolah ni barulah banyak masa sikit. Hajat di hati hendak tengok wayang bersama-sama tetapi perut masing-masing kelaparan. Tup tup ternampak restoran Johnny's. Saya teringat pernah makan bersama rakan-rakan sepejabat suatu masa dahulu di Jusco Bukit Raja (sekarang AEON), Bandar Baru Klang. Rasa lama sungguh tak pekena steamboat. Sayapun tak pernah bawa suami makan steamboat Johnny's ni. Anak-anak lagilah hanya kenal yong tau foo saja. Jadi kali ini saya nak perkenalkan dan belanja semua orang akan kesedapan rasa steamboat di sini. Tapi macam biasa suami tercintalah yang membayarnya.
Ini buku menunya. Maaflah ambil gambar terbalik pulak, tak sempat nak betulkannya. Menunya cukup banyak tapi pengkhususannya ialah steamboat. Selain set steamboat A dan B, ada juga steamboat ala carte, boleh pilih nak makan apa-apapun. Kadang-kadang ada yang tak nak sayur sebab yang set tu kita terima sahaja apa yang dah disediakan. Ada juga berbagai jenis mee dan nasi. Kami sekeluarga memilih Thai Steamboat Set B dengan kuah tomyam dan tambahan 2 nasi goreng serta 2 pencuci mulut (lupa nama sebenarnya tapi best ala-ala waterchestnut gitu). Kuah asal steamboat ialah sup dan jika kita memilih tomyam, ada sedikit bayaran tambahan. Tapi tomyamnya memang power, semua anak-anak dan bapanyapun suka. `Best'lahkan kalau tempat yang kita bawa tu semua orang suka.
Ini suasana di restoran. Amat luas dan lapang. Berbeza betul jika dibandingkan dengan restoran yang sama di Bukit Raja, kecil tempatnya dan terhad keluasannya.
Lamanya nak tunggu masak
Macam-macam ada dalam periuk tu, seafood, ayam, fishball dan sayur-sayuran. Di bawah ini pula pencicahnya. Sedap rasanya tetapi disebabkan tomyam ni dah cukup pedas, kuah cili ni dimakan dengan nasi goreng je.
Rasa puas hati makan di sini dan seronok sebab semua ahli keluarga suka. Anak-anak dah besar ni seronok dibawa berjalan dan makan-makan sebab merekapun akan teruja sama dengan kita. Kalau semasa mereka kecil dulu susah juga sebab masing-masing ada ragamnya dan kadang-kadang terbantut selera dibuatnya. Alhamdulillah licin periuk, pinggan dan mangkuk masing-masing. Boleh dibawa ke program jalan-jalan cari makan kalau begini.
Kalau sesiapa yang ingin makan steamboat dengan harga yang amat berpatutan, bolehlah berkunjung ke Johnny's Restaurant. Makanannya dah tentu sedap dan tempatnya juga selesa. Ada banyak cawangan restoran ini di seluruh Semenanjung. Boleh lihat di sini.
Selepas itu akibat kekenyangan, kami hanya singgah bergambar di luar pawagam, kalau masuk nanti bukannya kami tengok movie, tapi movie yang tengok kami. Lagipun ceritapun kurang menarik terutama buat anak-anak kecil. Belumpun sampai ke rumah, masing-masing dah terlelap dah. Syukur Alhamdulillah, perjalanan indah buat kami sekeluarga malam ini.
Cerita ni sesuai tetapi tayangannya tahun 2014
##################################
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan