Alhamdulillah pada cuti sekolah kali ini, anak-anak berpeluang menunggang kuda sepertimana yang disarankan oleh Rasulullah saw. Saya teringat bahawa kami pernah menjadi ahli kepada Denai Alam Recreational and Riding Club pada Februari yang lepas tetapi tak pernah berkesempatan untuk pergi berekreasi di sana. Kami menjadi ahli secara kebetulan kerana saya dan suami menjamu steamboat di situ dan kebetulan pekerjanya menawarkan peluang menyertai keahlian DARC. Kami lihat lokasinya memang dekat dengan kediaman kami dan di Shah Alam tiada tempat menunggang kuda untuk anak-anak dan keluarga. Harga yurannya berpatutan iaitu RM180 setahun untuk sekeluarga, iaitu dalam RM15 sebulan. Kamilah rugi sebab dah hampir sepuluh bulan barulah memanfaatkan keahlian tersebut.
Baru-baru ini saya telah berkesempatan membawa anak-anak ke DARC untuk melihat fasiliti yang ada. Musim cuti sekolah ini rupa-rupanya ramai orang berkunjung ke sini terutama anak-anak dan pelancong.
Inilah suasana dalam DARC. Ia ada menyediakan pentas untuk persembahan dan karaoke. Jangan risau jika anda menghabiskan masa seharian di sini kerana ia menyediakan tempat menjual makanan dan minuman, ada surau, kemudahan tandas awam. Pada waktu malam ada steamboat. Bagi seiapa yang ingin menginap ada disediakan chalet.
Saya dan anak-anak memilih `joyride' iaitu menunggang kuda sebanyak 2 pusingan dengan seorang pelatih yang menemani. Horse joyride ini percuma kepada setiap ahli. Tiap-tiap haripun boleh datang.
Selepas itu kami memberi makanan kepada kuda-kuda tersebut di kandang. Makanan yang diberi adalah karot. DARC menjual 3 bungkus dengan harga RM10.00. Mula-mula takut-takut juga sebab kalau salah caranya kuda akan menggigit jari kita. Setelah beberapa kali, anak-anak saya mulai mahir dan seronok bersama kuda-kuda ini.
Di DARC ada hampir 60 ekor kuda dari negara seperti Australia dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin berlatih menunggang kuda sehingga pandai, pakej 6 kali latihan berharga RM180.00 seorang. Setiap latihan ialah setengah jam. Dah selesai bagi makan kuda, kamipun berehat sambil makan aiskrim. Di tempat ini, selain aktiviti berkuda, ada aktiviti memanah, kolam mandi untuk anak-anak dan dewasa, bilik untuk indoor games seperti dart dan karom serta sukan lasak motocross. Dengan kata lain, DARC juga sesuai untuk pelbagai aktiviti bersama keluarga.
Sebelum pulang ke rumah, saya sempat mendaftarkan 2 orang anak saya yang berminat untuk berlatih menunggang kuda. Nanti saya kongsikan latihan yang mereka lalui. Sampai jumpa lagi.
##################################
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan