Iklan

Ahad, 10 November 2013

Menikmati Kecantikan Seni Kaligrafi

Baru-baru ini saya ke Space U8 di Bukit Jelutong Shah Alam kerana urusan kerja. Nama Space U8 canggihnya nama macam kat angkasa lepas. Tempat ni sebenarnya shopping complex, kawasan baru, macam-macam ada, tempat makan-makan, butik dan sebagainya. Rasanya inilah satu-satunya tempat nak tengok movie di Shah Alam. Tempat yang paling saya suka kat sini ialah suraunya. Ada air pancut, cantik interior designnya, rasa macam kat surau ala-ala mewah. Di pintu masuk ground floor Space U8 kami disambut dengan aneka lukisan yang cantik. Rupa-rupanya inilah Galeri Art Gafur.

Pemilik dan artis utama galeri ini namanya Abdul Ghafur bin Haji Tahir. Saya panggil Pak Haji je. Pak Haji ni dahulunya seorang arkitek. Beliau telah menghabiskan masa selama 20 tahun merantau dan mengembara ke seluruh dunia membuat penyelidikan khusus tentang kesenian Islam khususnya Lubnan, Syria, Jordan dan Dubai. En. Ghafur telah menyertai banyak pameran lukisan di dalam dan luar Negara.

Jom hiburkan pancaindera mata kita dengan lukisan-lukisan di Galeri Art Gafur-Contemporay Abstract Islamic Calligraphy.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Inilah pemilik galeri, Hj Ghafur
 
Ada bermacam-macam kategori kaligrafi beliau. Ada tulisan khusus Allah dan Muhammad saw, Zikir, Bismillah, Kufi, Asmaulhusna, Alphabets, Abstract, Ayat berangkai, Architecture dan Sinni. Ada juga lukisan-lukisan dalam bentuk digital yang pastinya berganda-ganda lebih murah dibandingkan lukisan sebenar. Lukisan digital tersebut walaupun murah serendah RM100 tetapi pada fizikalnya kelihatan serupa dengan lukisan sebenar. Jika berkelapangan bolehlah datang berkunjung ke sini dan anda akan terpegun melihat lukisan-lukisan yang cantik ini. Subhanallah, Maha Suci Allah, seni kaligrafi ini begitu indah apabila lukisan terukir dengan ayat-ayat Al-Quran. Malah pemiliknya bercadang untuk menghasilkan lukisan bagi 30 juzuk Al-Quran.
 
 
Email beliau ialah aggaleri@gmail.com, beliau juga boleh dihubungi melalui telefon 018-2197465 / 013-3707668. Para suri bolehlah hiasi rumah dengan lukisan kaligrafi kontemporari dengan harga yang berpatutan.
""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
   Jika berminat  sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
  boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
  boleh lawat  http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
 atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...