Sejak mempunyai anak seorang, saya telahpun mengambil pembantu rumah. Berbagai-bagai ragam pembantu rumah yang telah saya alami. Ada yang jujur, pendiam, rajin, pemalas, hipokrit, busybody, bercinta, dungu, penipu dan sebagainya. Maaf saya bukan memburuk-burukkan pembantu rumah tetapi itulah sebahagian perangai yang dapat saya kenalpasti daripada pengalaman saya yang lepas.
Saya juga pernah menghantar anak-anak saya ke rumah orang dan taska. Ada berbagai impak yang berbeza. Saya suka apabila anak-anak dihantar ke taska, mereka lebih berdisiplin berbanding jika di rumah. Kadangkala di taska mereka diajar mengemas baju, ada jadual makan, mandi dan bermain. Namun tidak semua taska yang bagus. Pengasuh di taskapun terdiri dari berbagai-bagai latar belakang. Ada yang mesra sehingga kini berkawan dengan keluarga kami menerusi facebook. Ada yang kurang sehinggakan tidak sesuai dengan anak-anak menyebabkan masalah timbul di taska.
Namun apabila tiada pembantu rumah semua urusan rumah para suri terpaksa menanggungnya sendiri. Jika tidak, ada pembantu rumah yang boleh membantu meringankan beban kita seperti membasuh baju, menggosok baju dan membersihkan rumah.
Memang sewajarnya para suri mengasuh anak-anak mereka sendiri namun kerja-kerja di rumahpun memang banyak dan perlu kerjasama dengan para suami agar ibu dapat mengasuh anak-anak dengan sempurna dan ibu sendiri terjaga emosi, mental dan fizikalnya. Jika tidak para suri akan sering kepenatan dan fizikalnya terganggu. Para suami yang tidak mengambilkan isteri pembantu rumah, hendaklah sentiasa membantu meringankan kerja-kerja di rumah.
Pada pandangan saya, para suri sama ada bekerja atau tidak memang memerlukan pembantu. Ini kerana kerja-kerja di rumah dan kerja pengasuhan anak-anak tidak akan berhenti. Pembantu tersebut tidak kiralah sama ada pembantu rumah yang digajikan secara bulanan atau khidmat pekerja yang diambil 2 minggu sekali untuk membersihkan rumah atau para suami sendiri yang membantu atau mengagihkan sebahagian kerja dengan berbayar kepada pusat dobi untuk membasuh dan menggosok pakaian. Peranan menguruskan rumahtangga ini tidak boleh dibebankan kepada para suri sahaja. Mungkin bagi keluarga yang anak-anak sudah besar dan dewasa, merekalah yang membantu ibu bapa menguruskan rumah.
Di dalam ajaran Islam juga tidak membebani para suri dengan semua tugasan di rumah. Para suami bertanggungjawab memastikan keperluan isteri dan keluarganya. Lelaki yang sejati sentiasa menjaga keluarganya agar sentiasa berada dalam keadaan terurus, harmoni dan bahagia.

*****************************************************
#Jom belajar membuat asas membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di sini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan