Genius Aulad Subang Bestari telah mengadakan Little Ihtifal 2013 di Auditorium Angkasa Kelana Jaya pada 2 November 2013 yang lepas. Pagi-pagi lagi aku dah mengejutkan Imran bangun supaya tidak terlewat sampai ke sana kerana pendaftaran bermula jam 8 pagi. Kebetulan abahnya outstation pada waktu tu. Usai menyiapkan sarapan untuk anak-anak yang tinggal di rumah, aku dan Imran, turut ditemani oleh kakaknya Madiha bergerak ke Kelana Jaya. Tak sempat nak google tempat tersebut tetapi aku tahu kawasannya berdekatan dengan Kompleks Tabung Haji. Alhamdulillah sempat sampai jam 8.30 pagi. Walaupun dah sediakan sarapan tapi kami tak sempat minum di rumah jadi apalagi membelilah jawabnya. Biasalah di kawasan pendaftaran banyak booth menjual makanan dan minuman.
Madiha berposing
Bila nak start ni?
Ramainya ibu bapa dan anak-anak
Sebenarnya aku tak tahupun Imran masuk persembahan. Imrankan baru 5 tahun jadi dia tidak terlibat dengan graduation. Tapi hari-hari asyik menyanyi di rumah. Rupa-rupanya jadi gardener ke farmer siap dengan cangkul lagi. Patutlah cikgu suruh cari T-shirt putih. Kelam-kabut malam sebelumnya aku mencari di kedai-kedai pakaian.
Tu Imran dok bercakaplah tu
Imran tersengih mamanya ambil gambar
Sesi akhir menyanyi beramai-ramai
Kami nak balik dah!
Selesai program cepat-cepat kami beredar untuk pulang. Tak larat untuk memasak tengahari kerana jampun dah 12 lebih, aku singgah Restoran Minang di Subang Jaya untuk membeli lauk-pauk (lauk-pauk di sini memang sedap-sedap, bila bekesempatan saya akan buat satu entri tentangnya). Nanti di rumah hanya memasak nasi. Begitulah hidupku serba ringkas bila suami selalu tiada di rumah. Lagipun kat rumah banyak kerja-kerja rutin suri yang sedia menanti. Hingga jumpa lagi!
*********************************************
#Jom belajar membuat asas
membuat blog dan fanpage seperti saya.
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
Jika berminat sila email ke azhana.am@gmail.com/ whatsapp/ sms 0133510426.
#Iklankan produk atau kedai anda di www.sohodirectory.blogspot.com
#Berminat menjadi dropship Miracle Refreshing Spray atau membuat tempahan,
boleh lawat fb Miracle4U-Shah Alam dan pm di sini
#Berminat dengan produk pemakanan sunnah,
boleh lawat http://azhanaam.blogspot.com/search/label/Makanan%20Sunnah
atau di fb Sihat Dengan Makanan Sunnah dan pm di
sini
saya kecewa sungguh dengan management GA Kota Kemuning, haritu dah tetapkan tarikg utk Little Ihtifal di MMU Cyberjaya sekali suka-suka je tukar ke Petaling Jaya, sudahler tempat tukar tarikh pun ditukar juga..
BalasPadamkami ni dah siap booking hotel segala bagi memudahkan segala perancangan, tapi nampak gaya Allah adalahs ebaik-baik perancang..
Alhamdulillah pihak pengurusan sekolah GA Subang Bestari ok. Tempat yang dibuatpun tak jauh dari kediaman kami di Subang Bestari. Mungkin Zaila kena panjangkan aduan ke pihak pengurusan GA Kota Kemuning supaya mereka tak mengulang kesilapan atau lebih berhati2. Betul tu Allahlah sebaik2 perancang, redha dan berlapang dadalah mungkin ada hikmahnya :)
BalasPadamSy tgh survey tadika tuk and sy n brminat jgk dgn GA n.jd sy nk tya pn, OK x GA d subang bestari?
BalasPadamAssalamualaikum Pn Mawaddah
PadamPn kena lihat apa fokus Pn untuk anak. Personal opinion saya, GA Subang Bestari dari segi keseluruhannya memuaskan. Tetapi jika dari aspek penguasaan B.Inggeris memang kurang jika dibandingkan dengan tadika anak2 saya yang lain. Dari sudut fardu ain, asas solat, bacaan doa, iqra', alhamdulillah nampak berkesan terhadap anak. Saya cadangkan Pn survey beberapa tadika utk anak Pn barulah decide. Kadang2 setiap keperluan ibu bapa berbeza. Zaman saya tak banyak tadika yang menawarkan `Islamic Approach in English'. Sekarang mungkin banyak pilihan sebab di sekitar Subang Bestari dah banyak tadika. Harap Pn dapat memilih yang terbaik untuk anak Pn.