Iklan

Khamis, 7 Mei 2015

Resepi Ikan Sweet Sour Paling Sedap dan Ringkas

Lama rasanya saya tak berkongsi resepi ya! Bersawang dah blog saya ni. Sebagai suri yang bekerja di rumah memang sepanjang masa sibuk, urusan anak, urusan keluarga, urusan meniaga, urusan suamipun saya sibuk juga. Yang paling saya `salute' guru-guru yang menjadi tenaga pengajar dalam Akademi Bekerja Dari Rumah. Mereka paling konsisten dengan tugas mereka. Merekalah sumber inspirasi saya untuk terus berkarya dan berkongsi dengan kalian. Moga sedikit-sebanyak coretan saya memberi manfaat kepada pembaca. Seronok tau bernaung di bawah keluarga ABDR ni!

Hari ini Hana nak kongsikan resepi ikan masak masam manis yang sangat sedap. Macam angkat bakulkan! Eh! Taklah, anak-anak dan suami memang komen sedap. Nak tahu sedap atau tak, kenalah cuba membuatnya. Masakan-masakan Hana memang semuanya ringkas dan mudah, yang penting mesti sedap. Anak-anak yang lapar mesti nak makan cepat. Sebab tu masakan ini stail campak-campak je. Anak-anak saya cerewet tau! Kalau tak sedap kuat mengomel. Alhamdulillah anak-anak saya yang di asrama kini lebih matang, makan aje apa yang dihidangkan. Bagus juga kalau ada yang mengomel, sebagai ibu kita boleh memperbaiki skil dan kemahiran memasak kita.

Selalunya kalau Hana beli sebiji nanas, mesti dalam seminggu tu ada 2 atau 3 jenis resepi ni. Yalah nak menghabiskan sebiji tu bukanlah senang. Anak-anak pula hanya makan nanas kalau mereka tak berapa nak nampak nanas yang dipotong besar-besar tu. Kalau masak masam manis ni memang sesuai sangatlah. Menu lain yang menggunakan nanas untuk panduan anda semua ialah ikan masak masam manis, ikan kering masak lemak nanas, pajeri nanas, asam rebus ikan dengan nanas dan nasi goreng nanas. Buat air nanas sedap juga tau!

Penyediaan bahan-bahan masakan

Bawang putih 3 ulas (dipotong dadu halus2)
Bawang besar 1 (dimayang kasar)
Ikan (digoreng dulu)
Cili mesin (1/2 sudu besar atau bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki)
Sos Cili (1 sudu besar atau ikut suka)
Sos Tomato (2 sudu besar atau ikut suka)
Sos Masam Manis (2 sudu besar-tak adapun tak apa)
Nanas (agak2le...sikit je, dipotong kecil)
Timun (separuh je dan dipotong dadu kecil)
Tomato (sebiji)
Sedikit gula (jika perlu)
Sedikit garam
Daun bawang untuk hiasan (jika perlu)
Minyak untuk memasak
Sedikit air

Cara membuatnya

Masukkan minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, masukkan bawang-bawang tadi. Tumis sehingga naik bau. Anda boleh masukkan cili mesin, sos cili, sos tomato, sos masam manis dan sedikit air. Tunggu ia mendidih, masukkan nanas, timun dan tomato. Kalau kering boleh masukkan sedikit air lagi. Semuanya dah masak, boleh masukkan gula dan garam. Dah puashati dengan rasanya bolehlah ditutup api dan dicurahkan ke atas ikan goreng. Taburkan dengan daun bawang. Mudah bukan!

Tips-tips lain

Masakan ini boleh juga dinamakan masak 3 rasa sebab ada 3 jenis sos (hahaha...), kalau bukanpun memang serius rasanya macam 3 rasa kat kedai tu. Ok...tips yang Hana nak beritahu ialah tentang ikannya. Ikan yang sesuai untuk masakan ini ialah ikan bawal hitam, ikan siakap, ikan kerapu dan ikan kembong. Ikan-ikan lain tak berapa nak ngam dengan resipi ini. Jangan lupa goreng ikan garing-garing tau! Tips lain ialah tomato boleh diletakkan di akhir masakan supaya lebih segar. Ada juga yang membahagi dua, separuh dipotong dadu dan dicampur dengan nanas dan separuh dipotong besar diletakkan di akhir masakan. Tips yang paling best jangan lupa baca bismillah dan selawat sebelum dan sepanjang memasak. Hatipun mesti mahu tenang dan gembira, mesti bayangkan wajah anak-anak dan suami yang seronok menikmati masakan kita, gerenti masakan jadi sedap.

Ni Hana belanja gambar masakan sebentar tadi. Cuba ye!


Isnin, 16 Februari 2015

Kembara Singkat di Dublin, Ireland

Syukur..alhamdulillah sekali lagi saya diizinkan Allah mengikut kembara singkat melawat ke salah sebuah negara di bumi Allah ini. Kali ini saya sempat singgah ke Ireland. Tempat yang dituju ialah Dublin. Matawang Dublin menggunakan Euro bukan pound. Hanya Ireland Utara termasuk di bawah United Kingdom manakala Ireland tidak. Selama 13 jam penerbangan terus dari Malaysia ke London menyebabkan saya rasa letih kerana duduk terlalu lama. Selesai tidur, makan, menonton, begitulah berulang-ulang. Lega apabila flight sudah menjengah airport Heathrow. Sepatutnya kami hanya transit sebentar dan terus ke terminal 1 dan menaiki flight ke Dublin. Proses perjalanan di imigresen London amatlah kurang memuaskan. Queue yang panjang, semakan yang agak lama malah mahu ke Terminal 1 juga jauh dengan menaiki bas. Mungkin lapangan terbangnya sudah berusia tidak seperti KLIA yàng masih baru. Walaupun sudah dimaklumkan kepada pegawai mereka bahawa masa flight kami agak suntuk tetapi tiada maklumbalas atau tindakan untuk memberi laluan kepada kami. Sebenarnya bukan sahaja kami malah beberapa penumpang lain yang sama destinasi seperti kami. Akibatnya kami terlepas flight. Yang bagusnya mereka memberikan flight percuma untuk waktu penerbangan yang lain. Yang tidak seronok, kami berkampung hampir separuh hari di terminal 1 tersebut dan mengganggu jadual perjalanan yang diaturkan.

Cuaca bulan November sudah menjengah ke musim sejuk. Menaiki Aer Lingus, flight domestic Ireland seperti menaiki Firefly. Perjalanan memakan masa hampir 2 jam. Sesampainya kami di bumi Ireland, kami disambut dengan hujan renyai-renyai. Rasa penat hilang apabila melihat kota Ireland yang pertama kali dijejaki. Ia nampak seperti bandar Eropah lain yang tampak lama tidak seperti bangunan di Perth. Di Dublin berbeza masa lebihkurang 8 jam dari waktu di Malaysia.


Kami dibawa ke hotel tidak jauh dari bandar Dublin. Saya memang terlupa dengan nama hotel tersebut. Memang selesa dan di hadapan hotel kami ialah tram yang kerap lalu mengikut jadual. Sempatlah juga saya bergambar sebagai kenangan. 



Malam itu kami dinner dengan wakil kedutaan Malaysia di restoran anak Malaysia berbangsa Cina, restoran Nyonya. Menu makanannya sudah tentu menu Malaysia tetapi restoran tersebut penuh dengan aksesori keCinaan. Oleh sebab terlalu penat di siangnya kami makan ala kadar sahaja. Lauk-pauk yang masih banyak dibungkus untuk pegawai dan pelajar.

Keesokan harinya terdapat program lawatan ke Kedutaan Malaysia dan di sebelah malamnya ada program bersama pelajar-pelajar Malaysia. Masa agak suntuk dan program agak padat menyebabkan kami tak dapat berjalan ke banyak tempat. Kami sempat berjalan-jalan di bandar Ireland sahaja. 

Hari kedua kami makan di restoran Langkawi. Pemiliknya anak Malaysia berbangsa Serani. Persembahan dan keenakan makan di Langkawi lebih menepati citarasa rombongan kami. Memang terbaiklah hidangan mereka malah lebih sedap dari setengah-setengah restoran di Malaysia.


Ramai juga pelajar Malaysia di sini. Ada yang mengambil jurusan perubatan, perakauanan dan lain-lain lagi. Malah ada di antara mereka yang terus bekerja di sini dan masih belum pulang kerana ingin mencari pengalaman kerja. Apapun situasi mereka, nampaknya kami menemui rakyat Malaysia yang masih kukuh identiti dan jati diri sebagai anak Malaysia. Syabas! Moga kalian menjadi rakyat yang cemerlang dan membanggakan negara serta agama.

Tidak banyak tempat yang dapat dikongsikan kerana tiada kesempatan untuk sesi jalan-jalan dan 'melontar'. Hanya gambar-gambar untuk kenangan yang sempat dititipkan di sini. Moga ada kesempatan untuk saya kembali lagi pada masa akan datang.


Sampai jumpa kembali Dublin!

Khamis, 12 Februari 2015

Promosi Februari Miracle Refreshing Scent

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!

Harini Hana nak mewarwarkan promosi Miracle Refreshing Scent (MRS) bagi bulan Februari 2015. Promosi ni memang berbaloi untuk pelanggan tetap dan setia dengan MRS. Anda boleh berkongsi dengan kawan atau ahli keluarga yang lain.

Pembelian 2 botol 50ml hanya RM130 sahaja jimat RM9.80 dari harga asal. Setiap botol 50ml berharga RM69.90. Anda boleh pilih hendak gabungan bauan sweet yang manis atau elegant yang lembut. Promosi ini hanya dalam bulan Februari dan hanya di page Miracle Refreshing Hana sahaja.

Promosi kedua promosi oleh pihak ibupejabat MRS. Hot item trial 10ml dan serum 40ml tidak dijual secara 'loose' atau berasingan. Anda kena dapatkan dalam set combo dengan harga RM45.00. Nampak macam mahal tapi anda sebenarnya dapat 3 produk dan lebih baik kerana anda lebih untung dan jimat RM4.70. Harga sebenar 3 produk ini ialah RM49.70 iaitu harga asal trial 10ml ialah RM14.90 dan serum 40ml ialah RM19.90. Dengan set combo ini, anda beli dengan harga lebih murah.

Set ini memang sesuai sebagai hadiah buat si dia untuk penjagaan rambut, kulit, dandanan diri dan menjadi 'first aid' utama untuk sebarang masalah kesihatan. Pelanggan-pelanggan yang ingin mencuba juga dinasihatkan mendapatkan set combo terlebih dahulu. Bila rasa serasi boleh order yang besar pula. Bukan itu sahaja, set combo ini juga amat diminati kerana packing yang comel dan mudah dibawa ke mana-mana. Kalau nak pergi travel tu memang elok bawa set ini.


Di bawah ini pula ialah harga terkini bagi setiap produk MRS. Harga yang dinyatakan adalah untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Oh! Ada yang bertanya sebab keliru sama ada Miracle Muslimah, Miracle Refereshing Spray dan Miracle Refreshing Scent itu sama? Memang sama. Semasa produk ini mula-mula diperkenalkan memang dengan nama Miracle Muslimah sebab produk ini dibuat khusus untuk penjagaan rambut dan kulit wanita. Lama-kelamaan ramai juga lelaki yang suka dan namanya ditukarkan kepada Miracle Refreshing Spray. Nama kedua ini juga telah ditukar kerana MRS tidak hanya mempunyai produk spray namun mempunyai produk baru serum. Tapi yang simboliknya masih menggunakan singkatan MRS bagi Miracle Refreshing Scent.

Ok feel free to contact me,
Hana
#Distributor MRS
#Miracle Refreshing Hana
sms/wa 0133510426
email : azhana.am@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...