Iklan

Rabu, 4 Disember 2013

Resepi Lazat Itali di Gino's Recipe

Gino's Recipe, restoran makanan Itali yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Makanannya halal, sedap dan harganya agak tinggi tetapi berbaloi. Bersebelahan dengan restoran ini ialah Restoran Paku yang menjual makanan untuk sarapan dan tengaharinya ada nasi campur dan malamnya ada masakan Thai. Pemilik kedua-dua restoran ini adalah sama.
Bagi mereka yang tidak pernah ke sini, bolehlah berkunjung ke 1-06G Blok 1, Jalan PJU 1A/1, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Malaysia. Nombor telefon 03-7842 6637. Saya benar-benar sukakan keenakan masakan Itali di sini. Antara makanan favourite kami adalah seperti di sini.
Sebelum kami makan main dish, kami selalu memesan seafood soup. Enak rasanya, dalam sup ini ada kepah, lala, udang, kupang, sotong dan disulami dengan buah zaitun. Sepinggan ini cukup untuk 2 orang dewasa. Menu utama kami biasanya ialah pizza pepperoni. Hidangan yang paling besar (large) memang cukup untuk kami sekeluarga. Anak-anak memang sukakannya. Aroma pizza yang baru masak memang menyentap selera kami untuk menikmatinya  
 
Tengoklah tu cepat je pizza mendapat sambutan. Makanan utama lain yang dipesan ialah spaghetti aglio olio (with beef). Rasanya tidak pedas diperkaya dengan minyak dan buah zaitun serta sayur brokoli. Jika sesiapa yang ingin pedas bolehlah tambah chilli flakes. Inipun satu lagi makanan kegemaran kami sekeluarga. Kadang-kadang tak sempat untuk mencuba resepi-resipi lain kerana anak-anak suka memesan makanan kesukaan mereka sahaja. 
Bersemangat sungguh Madiha, anak keempat saya menikmati spaghettinya. Memang sedap, saya sendiri sukakan rasanya yang cukup serba-serbi. Suasana restoran ini juga sesuai untuk pasangan yang ingin menyambut hari istimewa mereka.Cubalah berkunjung ke restoran ini dan rasakan keenakannya. 
 
Nota :
 
Boleh berkongsi pandangan dengan saya di fb Azhana AMutalib atau boleh melihat produk yang saya kongsikan untuk kesegaran dan kesihatan anda di Miracle4U-Shah Alam dan Sihat Melalui Makanan Sunnah. Jika anda berminat untuk belajar membuat blog dan fanpage, boleh hubungi saya di azhana.am@gmail.com.
 
 
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...