Iklan

Selasa, 3 Disember 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan Sek SRI SURIA

 
Alhamdulillah selesai satu lagi majlis anugerah kecemerlangan Sekolah Rendah Islam Sri Suria pada 16 November 2013 yang lepas. Biasalah setiap sekolah pada akhir tahun akan membuat majlis penyampaian dan anugerah kecemerlangan. Inilah salah satu cara para ibu bapa dapat menyokong sekolah dan perkembangan anak-anak. Ada anak-anak yang menerima hadiah kecemerlangan dan ada anak-anak yang membuat persembahan. Kehadiran ibu bapa amat penting untuk memberi maklumbalas kepada pihak sekolah dan ibu bapa boleh mendapat tahu tentang perkembangan dan prestasi pembelajaran anak-anak mereka.
Ramai juga para ibu bapa yang hadir. Selepas mendengar ucapan demi ucapan dan pemberian hadiah serta anugerah, tibalah masanya untuk melihat persembahan anak-anak. Tahun ini anak-anak saya tidak menerima apa-apa hadiah kecemerlangan di sekolah agama. Mereka cuma terlibat dalam persembahan sekolah sahaja.
Adik ini khusyuk makan cupcake
Inilah guru besar sekolah, masih muda dan bergaya
Sedang beratur untuk persembahan

Dah selesai persembahan
 

Madiha dan rakan-rakannya
Widad dan Aqilah, bertemu semula rakan sekolah rendah
 
Majlis tamat menjelang tengahari dan pihak sekolah menyediakan nasi ayam untuk semua tetamu yang hadir. Kenyang kami sekeluarga dan dapurpun tak berasap harini. Entri ini sepatutnya keluar di bulan November tetapi rupa-rupanya tersimpan di draf. Maaflah ya.
 
Diam tak diam kita dahpun masuk ke bulan terakhir pada tahun 2013. Para suri pastinya sibuk kerana pelbagai urusan terutama persiapan menjelang sesi persekolahan 2014. Pastikan anda semua membuat perancangan  dalam setiap urusan dan uruskan bajet perbelanjaan dengan bijak. Sampai jumpa lagi, permisi!
 
Boleh berkongsi pandangan dengan saya di fb Azhana AMutalib atau boleh melihat produk yang saya kongsikan untuk kesegaran dan kesihatan anda di Miracle4U-Shah Alam dan Sihat Melalui Makanan Sunnah. Jika anda berminat untuk belajar membuat blog dan fanpage, boleh hubungi saya di azhana.am@gmail.com.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...