Iklan

Ahad, 1 Disember 2013

Memahami Dunia Pelaburan

Assalamualaikum semua. Lama saya tak menulis di alam maya. Rindu pada blogku, rindu untuk berkongsi cerita dan pengalaman. Seminggu barulah berkesempatan membuka blog kesayangan. Sepanjang minggu jadualku penuh dengan seminar dan merupakan minggu terakhir aku bertugas di DKSB. Alhamdulillah, hari ini bermulalah secara rasmi aku bergelar surirumah dengan insyaallah persediaan lebih baik dari sebelumnya.
 
Baru-baru ini aku berkesempatan untuk mengikuti Workshop Dunia Pelaburan Saham, Emas dan Hartanah. Bestnya! Banyak sungguh ilmu baru yang aku pelajari. Terasa rugi sedikit kerana lambat mengetahui tentang isu pelaburan. Namun lebih baiklah tahu sekarang daripada tak tahu langsung. Di sini aku kongsikan sedikit ilmu agar anda semua supaya tidak ketinggalan dalam memahami ilmu pelaburan ini. Kalau ada kesempatan masa dan peluang carilah seminar sebegini kerana pelaburan yang paling berharga ialah pelaburan ilmu.
 
index_01
Para penceramah merupakan mentor yang pakar dalam bidang masing-masing. Mereka merupakan orang yang berjaya dalam bidang pelaburan tersebut. Jarang sekali orang-orang Melayu yang berjaya di taraf jutawan berkongsi kejayaan dan pengalaman mereka dengan harga yuran yang sangat minimum. Yalah pendaftaran seorang RM50 boleh membawa seorang lagi rakan. Jadi pelaburan wang RM25 untuk mendapatkan ilmu pelaburan yang sangat berharga. Minda yang tertutuppun jadi celik mendengar penerangan yang sangat berharga ini.

Sedikit biodata tentang mentor-mentor pelaburan ini.

 
Terdapat 3 perkara yang wajib kita tahu tentang pelaburan iaitu ;
1. Pelaburan itu ialah mengeluarkan sejumlah wang untuk membuat duit. Jangan meminjam wang untuk melabur kecuali dalam pelaburan hartanah.
2. Pelaburan bukan judi
3. Pelaburan bukan skim cepat kaya
 
Kita boleh menjana pendapatan pasif daripada pelaburan emas, saham dan hartanah. Bagaimana caranya kenalah mempunyai ilmu pengetahuan kerana sekarang ada bermacam-macam pelaburan yang menipu orang ramai.
 
Hari ini saya nak kongsikan tips jika anda nak melabur dalam emas, anda hendaklah memastikan 2 perkara ini;
1. Beli emas pastikan anda mendapat emas
2. Beli emas hendaklah menggunakan harga pasaran semasa
 
Emas adalah magnet kekayaan, emas adalah kalis inflasi dan emas adalah pelindung kepada kebocoran wang anda. Anda digalakkan beli emas dalam apa bentuk sekalipun sama ada dalam bentuk emas perhiasan, bar, dinar emas dan sebagainya. Emas juga mudah dicairkan. Untuk pengetahuan anda, harga emas sedang jatuh dan memang eloklah untuk anda melabur dengan pembelian emas. Rajin-rajinlah melihat Kezo Jewels atau mana-mana link emas yang kita ada untuk mengetahui perkembangan harga emas semasa. Banyakkan pembacaan anda dan jangan terpengaruh dengan pelbagai skim pelaburan emas. Bila dah faham, lepas ni bolehlah ajak cik abang ke kedai emas, hehe..
 
Nanti saya akan kongsikan sedikit maklumat tentang pelaburan saham pula. Pelaburan hartanah dah pasti semua tahukan! Tentulah tentang pembelian aset rumah, apartmen dan kondominium. Hargapun tengah melambung-lambung tingginya. Dengan ilmu mungkin mudah dan ada caranya, carilah masa menuntut ilmu supaya kita tidak ketinggalan. Belajar dan terus belajar agar kita tidak  tercicir. Jom kawan-kawan, ambil peluang melabur sekarang!
 
Boleh berkongsi pandangan dengan saya di fb Azhana AMutalib atau boleh melihat produk yang saya kongsikan untuk kesegaran dan kesihatan anda di Miracle4U-Shah Alam dan Sihat Melalui Makanan Sunnah. Jika anda berminat untuk belajar membuat blog dan fanpage, boleh hubungi saya di azhana.am@gmail.com. Renung-renungkan kata-kata Warren Buffet, orang yang terkaya di dunia ini.
 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...