Iklan

Sabtu, 14 Disember 2013

Perjalanan Ke Timur Tengah 2013 : Kuwait (Siri 2)

Perjalanan dari Qatar ke Kuwait menaiki kapalterbang hanya mengambil masa 60 minit. Kami menaiki Qatar Airways yang cukup selesa. Belum sempat terlena, dahpun sampai. Ketika sampai di Kuwait jam 10.00 malam, kami disambut dengan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kuwait. Suhu di Kuwait lebih sejuk berbanding dengan Qatar kerana kedudukannya ke utara. Kami menginap di Hotel Holiday Inn. Hotel ini cantik dan `mahal'.
Keesokan paginya kami menjamu selera di `coffee house' sebagai pengalas perut kerana malam sebelumnya kepenatan dan tidak sempat makan malam. Kebetulan pagi ini kami mendapat jemputan bersarapan di rumah Kedutaan Malaysia di Kuwait. Menu di kedutaan ialah nasi lemak. Terubat rasa rindu akan makanan Malaysia walaupun baru beberapa hari kami di perantauan. Sempat juga kami mengambil gambar dengan Duta Malaysia di Kuwait, pegawai-pegawai dan isteri-isteri mereka. Alhamdulillah semoga ukhuwwah terus terjalin.
 
 
Selesai sarapan dan pertemuan dengan Duta, kami bergerak ke temujanji seterusnya iaitu ke Kuwait International Moderation Center. Pada sesi perbincangan kami dihidangkan dengan 3 jenis air yang menjadi kemestian 2 negara setakat ini. Pertama diberi qahwah, kemudian Syai (teh), jus buah-buah beserta air mineral. Katanya ia sebagai penghormatan kepada para tetamu. Selesai perbincangan, kami sempat solat Zohor dan Asar di institusi ini. Saya agak kehairanan kerana tidak nampak langsung pekerja perempuan. Berbeza dengan Qatar.
Aktiviti seterusnya ialah lawatan kerja ke Ministry of Awqaf and Islamic Affairs Kuwait. Ramai juga orang yang berurusan di tempat ini. Macam di pejabat kerajaan di Putrajaya.



 
Sehari di Kuwait, jadual amat padat sehingga tidak sempat untuk kami pergi ke `souq' dan sebagainya. Kata pegawai Malaysia bila saya bertanyakan tentang Kuwait ialah, `Qatar is a rich country but Kuwait is richer than Qatar'. Ini bermakna Kuwait adalah Negara terkaya di rantau Tanah Arab. Tukaran wangnya menyebabkan kami tidak berbelanja sewaktu di airport Kuwait. 1 dinar Kuwait bersamaan dengan RM11.00. Satu fridge magnet berharga hampir RM18.00. Sedikit maklumat tentang Negara Kuwait dari Wikipedia. Kuwait ialah sebuah Negara raja berperlembagaan yang terletak di pantai Teluk Arab. Negara ini bersempadan dengan Iraq di utara, dan Arab Saudi di selatan. Nama Kuwait ialah singkatan perkataan Arab yang membawa maksud "kubu yang dibina dekat air". Insyaallah jika ada kelapangan saya ingin menziarahi kembali negara ini.
 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...