Iklan

Khamis, 7 Mei 2015

Resepi Ikan Sweet Sour Paling Sedap dan Ringkas

Lama rasanya saya tak berkongsi resepi ya! Bersawang dah blog saya ni. Sebagai suri yang bekerja di rumah memang sepanjang masa sibuk, urusan anak, urusan keluarga, urusan meniaga, urusan suamipun saya sibuk juga. Yang paling saya `salute' guru-guru yang menjadi tenaga pengajar dalam Akademi Bekerja Dari Rumah. Mereka paling konsisten dengan tugas mereka. Merekalah sumber inspirasi saya untuk terus berkarya dan berkongsi dengan kalian. Moga sedikit-sebanyak coretan saya memberi manfaat kepada pembaca. Seronok tau bernaung di bawah keluarga ABDR ni!

Hari ini Hana nak kongsikan resepi ikan masak masam manis yang sangat sedap. Macam angkat bakulkan! Eh! Taklah, anak-anak dan suami memang komen sedap. Nak tahu sedap atau tak, kenalah cuba membuatnya. Masakan-masakan Hana memang semuanya ringkas dan mudah, yang penting mesti sedap. Anak-anak yang lapar mesti nak makan cepat. Sebab tu masakan ini stail campak-campak je. Anak-anak saya cerewet tau! Kalau tak sedap kuat mengomel. Alhamdulillah anak-anak saya yang di asrama kini lebih matang, makan aje apa yang dihidangkan. Bagus juga kalau ada yang mengomel, sebagai ibu kita boleh memperbaiki skil dan kemahiran memasak kita.

Selalunya kalau Hana beli sebiji nanas, mesti dalam seminggu tu ada 2 atau 3 jenis resepi ni. Yalah nak menghabiskan sebiji tu bukanlah senang. Anak-anak pula hanya makan nanas kalau mereka tak berapa nak nampak nanas yang dipotong besar-besar tu. Kalau masak masam manis ni memang sesuai sangatlah. Menu lain yang menggunakan nanas untuk panduan anda semua ialah ikan masak masam manis, ikan kering masak lemak nanas, pajeri nanas, asam rebus ikan dengan nanas dan nasi goreng nanas. Buat air nanas sedap juga tau!

Penyediaan bahan-bahan masakan

Bawang putih 3 ulas (dipotong dadu halus2)
Bawang besar 1 (dimayang kasar)
Ikan (digoreng dulu)
Cili mesin (1/2 sudu besar atau bergantung kepada tahap kepedasan yang dikehendaki)
Sos Cili (1 sudu besar atau ikut suka)
Sos Tomato (2 sudu besar atau ikut suka)
Sos Masam Manis (2 sudu besar-tak adapun tak apa)
Nanas (agak2le...sikit je, dipotong kecil)
Timun (separuh je dan dipotong dadu kecil)
Tomato (sebiji)
Sedikit gula (jika perlu)
Sedikit garam
Daun bawang untuk hiasan (jika perlu)
Minyak untuk memasak
Sedikit air

Cara membuatnya

Masukkan minyak untuk menumis. Bila minyak dah panas, masukkan bawang-bawang tadi. Tumis sehingga naik bau. Anda boleh masukkan cili mesin, sos cili, sos tomato, sos masam manis dan sedikit air. Tunggu ia mendidih, masukkan nanas, timun dan tomato. Kalau kering boleh masukkan sedikit air lagi. Semuanya dah masak, boleh masukkan gula dan garam. Dah puashati dengan rasanya bolehlah ditutup api dan dicurahkan ke atas ikan goreng. Taburkan dengan daun bawang. Mudah bukan!

Tips-tips lain

Masakan ini boleh juga dinamakan masak 3 rasa sebab ada 3 jenis sos (hahaha...), kalau bukanpun memang serius rasanya macam 3 rasa kat kedai tu. Ok...tips yang Hana nak beritahu ialah tentang ikannya. Ikan yang sesuai untuk masakan ini ialah ikan bawal hitam, ikan siakap, ikan kerapu dan ikan kembong. Ikan-ikan lain tak berapa nak ngam dengan resipi ini. Jangan lupa goreng ikan garing-garing tau! Tips lain ialah tomato boleh diletakkan di akhir masakan supaya lebih segar. Ada juga yang membahagi dua, separuh dipotong dadu dan dicampur dengan nanas dan separuh dipotong besar diletakkan di akhir masakan. Tips yang paling best jangan lupa baca bismillah dan selawat sebelum dan sepanjang memasak. Hatipun mesti mahu tenang dan gembira, mesti bayangkan wajah anak-anak dan suami yang seronok menikmati masakan kita, gerenti masakan jadi sedap.

Ni Hana belanja gambar masakan sebentar tadi. Cuba ye!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...