Iklan

Rabu, 18 September 2013

RESEPI GULAI UDANG ISTIMEWA

Hari ini menu istimewa untuk anak-anak ialah gulai udang. Sebelum pergi kerja kenalah siap-siap masak sebab anak-anak akan balik tengahari untuk ke sekolah yang lain pula. Mujurlah masuk ofis jam 9.30 pagi jadi sempatlah sediakan masakan apa yang patut.
 
Resepi gulai udang ni mudah sahaja seperti memasak lemak atau memasak kari. Bolehlah lihat bahan-bahan untuk resepi di sini.

Bahan A
300gm udang besar (Gulai ini sesuai udang besar. Banyaknya udang bergantung kepada saiz/ bil orang yang makan, saiz saya sesuai untuk anak-anak dalam 4 orang)
2 cawan santan pekat (Boleh tukar dengan susu kotak)
2 batang serai yang diketuk
Kacang panjang dipatah-patahkan secukupnya (Jangan terlalu banyak nanti namanya gulai kacang bukan gulai udang)
Garam secukup rasa

Bahan B (dikisar)
5 biji bawang merah (kecil)
3 biji bawang putih
2 biji cili merah (Kalau nak pedas boleh tambah cili padi)
2 inci kunyit hidup
Satu sudu besar serbuk kari
1 cawan air


CARA MEMASAK :

Mula-mula masukkan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan pula semua bahan B ke dalam periuk. Setelah naik baunya, masukkan udang dan serai. Masak sehingga mendidih. Masukkan santan pekat dan tunggu hingga sehingga hampir mendidih dan masukkan kacang panjang dan garam. Sesudah mendidih, boleh ditutup api dan dihidangkan. Biasanya saya tidak membiarkan sayur kacang panjang begitu lama dimasak kerana ia akan menjadi layu dan bertukar warna. Tentulah tak best.

Para suri bolehlah menyuaipadan gulai tersebut dengan menggoreng ikan atau ayam. Kalau ada sambal belacan dan ikan masin lagi menyelerakan. Resepi gulai udang tersebut telah saya sekalikan dengan kacang panjang jadi tak perlu saya memasak sayur lagi. Memasak untuk anak-anak ini lebih mudah jika dibandingkan dengan orang dewasa kerana lebih ringkas dan tidak perlu bermacam-macam lauk. Bagi yang berkesempatan cubalah resepi ini.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...