Iklan

Isnin, 9 September 2013

Rencah Kehidupan Blogger

Argghh...bukannya senang nak konsisten dalam dunia blogging ni. Apatah lagi diriku yang baru dan masih belajar. Tapi lebih baik dari tak belajar langsung. Ada sahaja yang salah, edit salah tak edit lagi rasa salah. Nampak janggal blog yang tidak tersusun. Bagusnya sekarang semuanya ada `template'. Itupun bagi pelajar dewasa sepertiku masih ada yang tak kena. Apa-apalah Labu. Janji diriku gembira dapat belajar sesuatu yang baru.

Apabila membaca blog-blog di persada maya ini, terasa diri ini kerdil sangat dan rasa jauh ketinggalan. Begitulah agaknya jika kita boleh hitung pahala dan amal kebajikan yang kita lakukan berbanding dengan dosa yang ada, rasa layakkah aku mendampingi ahlul Jannah nanti. Namun Ya Allah aku tetap mengimpikan agar segala amalanku Kau terima dan tempatkan aku di syurgaMu kelak.

Ramai orang muda yang jauh lebih pandai dan sentiasa kemaskini blog mereka. Namun ada juga mereka yang dah veteran masih komited dan konsisten dengan dunia blog mereka. Ada juga yang kulihat bloggers yang sudah 6 bulan, setahun, 2 tahun dan lebih lama dari itu tidak lagi mengemaskini blog mereka. Mungkin pemilik blog ada yang sudah tiada, meninggalkan dunia yang fana ini, mungkin juga pemilik blog terlalu sibuk dengan urusan masing-masing. Kesudahannya blog ditinggal sepi. Apabila blog yang tidak aktif maka followerspun tidak mengikuti lagi mereka. Apabila blog yang proaktif dan penuh dengan alkisah cerita maka ramai pengikut yang setia mengikuti setiap perkembangan di blog. Sama dengan putaran hidup manusia. Semasa masyhur, disanjung dan sekiranya tiada semuanya leka dan alpa, mengejar sesuatu yang lebih menyeronokkan. Itulah pentingnya sirah atau juga sejarah supaya kita ambil tahu dan kenal asal usul sesuatu. Tidaklah kita menjadi manusia yang beriman taklid, hanya ikut-ikutan sahaja atau iman baka iaitu disebabkan keturunan. Semua yang Allah ciptakan itu mempunyai hikmah di sebaliknya dan beruntunglah bagi mereka yang sentiasa berfikir dan berpesan-pesan dengan kebenaran.

Hari ini saya bermuhasabah sebentar ketika saya sudah bergelar seorang blogger. Bukan apa khuatir jika tersasar atau berkongsi perkara yang sia-sia. Moga-moga cetusan ini memberi ingatan kepada para bloggers terutama diri ini dalam meniti perjalanan yang masih panjang (insyaallah sekiranya umur panjang). Doa saya agar kita semua sentiasa berpesan dengan perkara kebaikan dalam apa jua bidang yang kita ceburi dalam dunia bloggers ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...