Iklan

Khamis, 12 September 2013

Lelah Suri Yang Tidak Habis

Walaupun saya telah bersara awal namun saya masih bekerja sementara menanti SOHO (small office home office) saya menjadi realiti. Antara lain saya mula belajar membuat blog dan fanpage, belajar berurusan dengan pelanggan dan pembekal, mengatur masa dan perjalanan diri serta keluarga dan terus berkawan dengan semua orang. Saya belajar membuat blog dan fanpage di Akademi Bekerja Di Rumah. Kalau ada yang berminat hubungi sifu saya email : zailamohamad@yahoo.com, sms/ whatsapp : 012-3228651, http://zailabinimdae.blogspot.com.

Di tempat baru ini saya belajar menjadi pembekal, berusaha memberikan kualiti dan memenuhi kehendak pelanggan sebaik mungkin serta belajar memanfaatkan masa dan peluang yang ada. Pengalaman ini memberikan saya ilmu yang sangat berguna. Namun rutin harian saya seperti suri bekerja yang lain dan malam meneruskan rutin biasa bersama keluarga. Rutin ini menambah lelah dan menghabisi tenaga yang ada. Namun di sebalik itu kita para suri berkongsi situasi yang sama. Satu peristiwa di mana ketika syarikat kami menerima sesuatu projek yang bukan merupakan kepakaran kami maka kamipun mencari rakan kongsi yang pakar dalam bidang tersebut. Kebetulan rakan tersebut rupanya seorang suri yang bekerja di rumah membuat rekabentuk untuk paparan bercetak. Selain itu suri yang mempunyai seorang anak ini turut gigih menjual tudung dan shawl di setiap expo IPTA/S. Wah, di mana-mana ada suri yang bekerja dari rumah (WAHM). Rasa bangga kerana fenomena ini seperti profesion baru bagi para suri. Bagi suri yang baru menjadi surirumah sepenuh masa dan tercari-cari artikel atau bahan yang bersesuaian dicadangkan merujuk Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO)  http://naufalsayang.blogspot.com/.

Apapun kondisi kita sama ada suri di rumah atau suri bekerja, sumbangan suri yang dilakukan dengan ikhlas akan menambahkan pahala dan memancarkan ketenangan dalam rumahtangga. Oleh itu rutin yang lelah tidaklah menjadi kudis buat kita. Sementelah pula kita disarankan bekerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lamanya dan disuruh beribadah seolah-olah kita akan mati esok hari. Oleh itu para suri ceria-ceriakan hidup anda selalu walau saban hari ada sahaja rintangan yang mendatang.

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...