Iklan

Ahad, 15 September 2013

Tips Permulaan Yang Hebat Bagi Para Suri

Suri yang hebat perlu memulakan hidupnya dengan tekad yang kuat dan penuh optimis. Para suri tidak perlu khuatir kerana hidup kita ini di bawah jagaan Allah. Kita perlu berusaha membuat perancangan dan merencanakan hidup kita sebaiknya namun sekiranya sesetengah perancangan tidak menepati maka bersyukurlah kita kerana akhirnya kita perlu akur pada qada' dan qadar Allah swt.

Sabda Rasulullah saw, "Barangsiapa memasuki waktu pagi dengan perasaan aman dalam hatinya, sihat badannya, mempunyai makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dunia dan segala isinya dibawa ke arahnya" (Riwayat AlTurmudzi). Kesihatan, kebahagiaaan, keamanan dan kecukupan itu sebenarnya memberikan kekuatan pada para suri menempuhi hidup mendatang dengan lebih baik. Jangan kita terlalu memberatkan fikiran dengan segala tanggapan negatif dan kesulitan dalam bayangan kita kerana ia akan merosakkan pemikiran kita.

Persiapkan diri kita menerima setiap kenyataan dengan ikhlas. Kita perlu menerima dengan ikhlas dan redha di atas apa yang terjadi sebagai langkah pertama untuk kita mengatasi apa sahaja bebanan bagi setiap perkara yang berlaku.

Kehidupan di dunia ini sebenarnya merupakan satu ujian kepada kita. Menjadi seorang suri yang bekerja atau tidak merupakan ujian kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebenar kepada Allah swt. Apa jua yang kita lakukan akhirnya akan dipersoalkan kelak. Dalam kehidupan seharian hendaklah kita sentiasa berdoa dan bertawakkal kepada Allah swt dan kita akan merasa tenang dengan usaha yang telah kita laksanakan. Sentiasa juga bersyukur dengan nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah swt kepada kita sama ada nikmat yang kita sedari ataupun tidak.

Jom para suri kita muhasabah selalu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...